Tuesday, February 23, 2010

Gambar- gambar di persekitaran Mesyuarat AJK pada 19 Feb 2010






read more...

Dirakamkan MM AJK Ke-2

MINIT MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA
PROJEK TANAM SEMULA BERKELOMPOK
(MINI ESTET) PERIGI JERNIH {TSB (ME) PJ}

Tarikh : 29hb Januari 2010 ( Jumaat )
Masa : 9.30 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat RISDA Rembau


Kehadiran:

Hajah Rokizan binti Haji Ibrahim - Pengerusi
Tuan Syed Rashid bin Syed Mohamad - Pegawai Tanam Semula RISDA
Encik Aziz bin Sidek - Wakil RISDA
Haji Mohd Mahfudz bin Haji Baba - AJK
Haji Abd Rahmid bin Kidam - AJK
Haji Abd Hanizan bin Kidam - AJK
Haji Abd Hamid bin Yasin - AJK
Encik Mohd Rizal bin Mohd Alway - AJK
Encik Jamaludin bin Abd Ghani - AJK
Puan Nooraini binti Mohd Nasir - AJK
Encik Azhar bin Mohd Nasir - AJK
Encik Abdul Rashid bin Abu Talib - Bendahari
Puan Rosmah binti Pilus - Setiausaha

Tidak hadir:

YB Dato Mohd Hidhir bin Abu Hasan (dengan izin) - AJK
Haji Mohd Kamal bin Haji Mohd Mahfudz ( ” ) - AJK
Encik Arfisyam bin Abd Hadi ( ” ) - AJK

Pemeriksa kira-kira:

Haji Mohd Ramli bin Haji Ahmad


1. Pendahuluan

. Pengerusi mengucapkan terima kasih di atas kehadiran AJK yang amat memberansangkan pada mesyuarat tergempar ini. Ini memberikan semangat bagi beliau berusaha sambil mengajak kesemua AJK merapatkan barisan untuk terus bekerjasama untuk melaksanakan projek ini dengan cemerlang.

Beliau juga memberitahu bahawa Laman Blog projek kita ialah http://www. tsbperigijernih.blogspot.com. Sila layari dan menfaatkan sepenuhnya untuk sesesama kita berinteraksi. Semua peserta TSB (ME) PJ juga digalakan melayarinya supaya boleh megetahui semua perkembangan projek. Beliau juga menyarankan supaya semua AJK dan pihak RISDA agar mempunyai e-mel sendiri bagi memudahkan kerja-kerja berhubung seperti surat- menyurat dan sebagainya.

2. Ucapan Tuan Syed Rashid – Pegawai Tanam Semula.

Beliau juga turut gembira dan berterima kasih di atas kehadiran AJK yang amat baik bagi tahun baru 2010. Beliau menyatakan bahawa beliau yang meminta mengadakan mesyurat ini diadakan kerana keadaan semasa, mengenai projek ini semakin panas terutama dalam menentukan hala tuju pemilihan pemborong..

Jelas beliau lagi, mengikut prosedur selepas proses borang-borang pemohonan diluluskan, kad putih akan dikeluarkan atas nama-nama pemohon kepada Pengerusi. Kemudian, Jadual Kerja-Kerja yang telah dirancang oleh AJK boleh diteruskan dengan nasihat dan kerjasama RISDA. Dalam masa yang sama RISDA plantation akan memberhentikan penorehan getah yang sedia ada.

Sebelum proses penebangan bermula, pembayaran pokok akan dibuat kepada tuan-tuan empunya tanah.

3. Laporan TSB (ME) PJ oleh Pegawai Risda

Encik Abdul Aziz bin Sidek memberi laporan bahawa 76 lot kesemuanya:

50 pemohonan peserta telah menghantar borang pemohonan dengan lengkap.

16 peserta telah mengambil borang permohonan tetapi masih belum mengembalikannya ke pelabat RISDA.

7 peserta masih tiada jawapan walaupun telah dihubungi.

3 peserta tidak dapat dikesan.



4. Perbincangan

a. Pencarian Batu Sempadan. Mengenai Batu Sempadan akan diserah kepada kontraktor untuk penandaan semula. Ini termasuk menentukan lot-lot tanah yang tidak masuk dalam projek Mini Estet dahulu.

b. Dividen. Terdapat berlakunya lagi torehan pada pokok-pokok getah hingga kini maka sepatutnya dibayar oleh RISDA Pantation kepada pemilik-pemilik tetapi dividen akhir dibayar pada November 2009.

c. Borang tender. RISDA akan keluarkan borang tender bernilai RM
50.00 setiap satu. Tender Tertutup (Close Tender) akan diserahkan kepada pemborong yang berwibawa, berkelayakan dan mempunyai rekod yang baik dalam senarai RISDA berasaskan dasar sedia ada oleh Kerajaan.

d. Lawatan kawasan kebun. Telah dilakukan pada 3hb. Febuari 2010 jam 9.00 pagi beserta 17 orang terdiri daripada Pegawai-Pegawai Risda, Pengerusi, beberapa orang Ahli Jawatankausa dan peserta-peserta.


e. Jadual kerja TSB(ME)PJ


PROGRAM

Lawatan ke projek TSBMEPJ
Sebutharga daripada pemborong
Pemilihan pemborong
Award tender
Kerja penebangan bermula.


f. Masalah ternakan di persekitan projek. Terdapat banyak ternakan liar di persekitaran kawasan projek seperti Kerbau, Lembu, Kambing. Lazimnya akan terjadi juga pemotongan pagar kawat oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Mesyuarat telah bersetuju:

- Sistem perparitan diguna pakai untuk mengatasi masalah ternakan dan pemotongan kawat.

- Ciri-ciri saiz parit : lebar atas - 10 kaki
lebar dasar - 4 kaki
kedalaman - 6 kaki

- Pemasangan pagar kawat cuma di kawasan berhampiran rumah - rumah di persekitaran dan mana perlu sahaja.
- Kos pembinaan parit jauh lebih murah daripada pagar.
.
Kos perparitan RM 120.00 / rantai
Kos pagar RM 200.00 / rantai


g. Jalan-jalan sedia ada di Ladang.

- Jalan keluar dan masuk di tapak projek hendaklah diuruskan oleh pemborong dengan mendapat kelulusan Majlis Daerah Rembau. Sebaik mungkin Jalan-Jalan Kampung tidak diganggu.

- Jalan-jalan di dalam kebun yang sedia ada akan dikekalkan.


5. Hal-hal lain.

a. Kursus untuk AJK TSB(ME)PJ.
Objektif penghantaran kursus ini oleh RISDA ialah penekanan bina insan untuk produktiviti seperti peningkatan ilmu dan kemudahan teknologi penorehan. Pengangkutan, penginapan dan makan dibiaya oleh RISDA. Pemilihan tarih terpulang kepada semua

- Jadual kursus:

a). Kursus Pengurusan Tanam Semula Berkelompok
Tarikh : 22hb. Mac – 25hb. Mac 2010
31hb Mei – 3hb Jun 2010
26hb Julai – 29hb Julai 2010
18hb Okt – 21hb Okt 2010

b). Kursus Amalan Penanaman Getah Muda
Tarikh : 1hb Feb – 4hb Feb 2010
1hb Mac – 4hb Mac 2010
5hb April – 8hb April 2010
3hb Mei – 6hb Mei 2010
14hb Jun – 17hb Jun 2010
5hb Julai – 8hb Julai 2010
2hb.Ogos – 5hb. Ogos 2010
4hb. Okt - 7hb. Okt 2010

c. Kewangan.

- Mesyuarat telah bersetuju bahawa Akuan Bank diatas nama ........ ditandatangani oleh:

1). Pengerusi
2) Setiausaha
3). Bendahari

- Pengeluaran wang bernilai kurang dari RM20,000.00 boleh ditandatangani oleh dua daripada tiga yang tersenarai diatas dan pengerusi tetap ada.

- Pengeluaran melebihi RM20,000.00 mesti dibuat oleh ketiga- tiganya.

- Semua pembayaran yang dibuat adalah diputuskan dalam mesyuarat.
.

6. Ucapan penangguhan.

Pengerusi sekali lagi mengucapkan berbanyak terima kasih kepada hadirin semua dan memohon maaf jika ada sebarang kata-kata beliau dalam menyaran dan melaksanakan tugas-tugas agar kita sentiasa produktif. Moga-moga diberkati Allah. Mesyuarat ditangguhkan jam 11.30 pagi.



Disediakan oleh:




Rosmah bt Hají Pilus
Setiausaha

17 Feb 2010


Disemak Oleh:

Hajah Rokizan binti Hají Ibrahim
Pengerusi
17 Feb 2010

TSB (ME) PJ
read more...

Wednesday, February 10, 2010

Mesyuarat AJK TSB (ME) Perigi Jernih Bersama RISDA 19 Feb 2010 3pm

__________________________________________________________________________________

Assalamualaikum semua,

Dimaklumkan bahawa satu mesyuarat AJK akan diadakan seperti berikut:-

Tempat: Pejabat RISDA Rembau, Negeri Sembilan
Tarikh: 19 Februari 2010
Masa: 3 pm

Semua AJK dijemput hadir.

Sekian dimaklumkan, terima kasih.

____________________________________________________________________________________
read more...

Sunday, February 7, 2010

Rakaman Minit Mesyuarat AJK pertama.

MINIT MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA
PROJEK TANAM SEMULA BERKELOMPOK
MINI ESTET PERIGI JERNIH (TSB MEPJ)
06 November, 2009, jam 3.00 petang di Pejabat Stesen Risda , Rembau,
Negeri Sembilan.

Kehadiran:

Hajah Rokizan binti Haji Ibrahim - Pengerusi
Tuan Syed Rashid bin Syed Mohamad - Pegawai Tanam Semula RISDA
Encik Mohd Samsul bin Sali - Pemangku Ketua Stesen RISDA Rbau
Encik Abdul Aziz bi bin Sidek - Wakil Risda
Haji Mohd Mahfudz bin Haji Baba - AJK
Haji Abd Rahmid bin Kidam - AJK
Haji Abdul Hanizan bin Kidam - AJK
Encik Mohd Rizal bin Mohd Alway - AJK
Haji Mohammad Kamal bin HajiMohd Mahfudz - AJK
Encik Jamaludin bin Abd Ghani - AJK
Puan Rosmah binti Hají Pilus - Setiausaha

Tidak Hadir

YB Dato Mohamad Hidhir bin Abu Hasan
dengan izin) - AJK
Puan Nooraini bt Mohd Nasir (dengan izin) - AJK
Haji Abd Hamid bin Yasin - AJK
Encik Azhar bin Mat Nasir (dengan izin) - AJK
Encik Arfisyam bin Abd Hadi (dengan izin) - AJK

Encik Abdul Rashid bin Abu Talib - Bendahari

Makluman:

Haji Mohd Ramli bin Haji Ahmad - Pemeriksa Kira-Kira



1. Pendahuluan.

Puan Pengerusi mengalu-alukan dan berterima kasih di atas kedatangan Tuan Syed Rashid, Pegawai Tanam Semula RISDA, Negeri Sembilan Selatan, para-para wakil RISDA dan para AJK ke mesyuarat yang pertama kali diadakan. Beliau juga turut mengingatkan kepara AJK tugas dan tanggungjawab besar dan berat yang menanti, perlu dipikul untuk menjayakan projek ini. Namun kerja-kerja murni ini adalah bersifat sukarela demi kebaikan yang boleh membantu menjana peningkatan pendapatan ahli-ahli peserta yang terdiri daripada masyarakat setempat kampung kita. Semoga usaha-usaha yang kita lakukan diberkati Allah Subhanahuwataala.

Sebelum memulakan perbincangan, bacaan doa selamat dan salam kepada arwah-arwah yang telah meninggalkan harta kepada kita, telah disempurnakan oleh Tuan Haji Rahmid bin Kidam.

2. Ucapan Pegawai RISDA Tuan Syed Rashid b. Syed Mohamad.

Salam dan selamat bermesyuarat kepada Ahli Jawatankuasa. Beliau merakamkan rasa bangga dan menghargai akan kesungguhan Ahli Jawatankuasa untuk menjayakan projek ini. Sistem teknologi terkini seperti email, SMS, blog dsb. yang digunakan oleh Pengerusi akan memudahkan pengurusan dan gerak kerja projek ini.

Beliau turut menyentuh mengenai pengalamannya dalam mengendalikan projek-projek terdahulu. Perkara penting yang perlu ditekankan ialah masalah perihal situasi ahli-ahli, melaksanakan projek, hasil-hasil keuntungan dan jadual kerja agar projek berjalan lancar.

3. Pembentangan perkembangan projek.

Pihak RISDA telah menerima sebanyak 46 lot permohonan peserta-peserta daripada 76 lot. Terdapat juga individu-individu lain di persekitaran lot-lot berhampiran projek ini yang ingin menyertai dan kita mengalu-alukannya. Pengerusi menyarankan agar diperhebatkan lagi kempen TSB ME PJ ini. Satu senarai nama-nama yang berbaki 30 lagi akan diberi kepada AJK.
Tindakan: Pengerusi & En Abdul Aziz bin Sidek

Pihak RISDA akan mengeluarkan surat pembatalan kaveat tersebut kepada peserta-peserta. Mereka perlu membawa surat berkenaan ke Pejabat Tanah Rembau untuk pembatalan kaveat dengan bayaran sebanyak RM60.00

Tindakan: En Abdul Aziz bin Sidek & semua peserta

Dimaklumkan kepada kontraktor yang dipertanggungjawab kelak agar mencari jalan masuk-keluar di kawasan projek untuk pengendalian kerja laluan jentera berat.

Tindakan: Pengerusi
4. Pembentangan kerja.
(*Sila juga lihat Jadual kerja di Lampiran 1)

(1) Pihak RISDA akan memberi notis tamat kerja-kerja menoreh di kawasan lot-lot projek oleh syarikat yang dipertanggungjawabkan. Tarikh akhir kerja pada 31hb Disember, 2009. Bayaran terakhir kepada perserta MEPJ ialah pada Januari, 2010.
Tindakan: Tuan Syed Rashid

(2) Mesyuarat telah memutuskan tarikh akhir pihak RISDA menerima permohonan TSB MEPJ ialah 31 DISEMBER 2009. Walaubagaimanapun selagi pihak kontraktor belum memulakan kerja-kerja memagar kawasan, permohononan lewat masih boleh dipertimbangkan.

(3) Lawatan ke kebun akan dilaksanakan bermula 15 – 31 Disember 2009. Sekurang-kurangnya 10 lot sehari dikenalpasti (tanda batu-batu sempadan) oleh tuan tanah dan para waris.
Tindakan: En. Abdul Aziz b Sidek dan para peserta

(4) Proses melulusan permohonan oleh pihak RISDA bermula 1-15 Januari 2010.

(5) Tender dan sebutharga:

- Atas dasar Close Tender. Penebangan kayu getah dan kerja-kerja bermula 17 Februari, 2010.

- Kontraktor bertauliah dikenalpasti oleh pihak RISDA

- Kelulusan tender adalah berdasarkan keputusan bersama:
a. Pegawai RISDA
b. Pengerusi
c. Setiausaha
d. Bendahari
e. 2 orang AJK :
Tuan Haji Rahmid dan
Tuan Haji Hanizan.

(6) Jenis Tanaman Komoditi dicadangkan adalah Getah dan Kelapa Sawit. Walaubagaimanapun, ianya bergantung kepada pemilihan majoriti.

(7) Semua AJK dialu-alukan untuk mengikuti kursus Pekebun Kecil di IKPK Temerloh yang dibiayai sepenuhnya oleh RISDA. Jangka masa kursus selama 3 – 4 hari. Tarikh kursus akan diberitahu oleh pihak RISDA.


5. Hal-hal lain

(1) Pengerusi telah menyarankan bahawa kehadiran mesyuarat adalah penting. Diharapkan semua AJK dapat menghadirkan diri pada setiap mesyuarat diadakan. Mesyuarat-mesyuarat AJK pada masa akan datang diadakan pada hari Jumaat, jam 3.00 petang untuk kemudahan AJK yang bekerja di luar daerah untuk mengambil time-off atau cuti hujung minggu. (Notis mesyuarat akan diberitahu sekurang-kurangnya dua minggu sebelum).

(2) Pihak RISDA akan menyumbangkan wang insentif RM 2,000 untuk permulaan projek ini.

(3) Akaun projek TSB MEPJ akan dibuka.

(4) Tuan Syed Rashid mohon pihak AJK membentangkan Belanjawan Projek untuk 20 tahun.

(5) Dicadangkan untuk mengadakan Laman Blog Projek TSB MEPJ. Pembina blog akan diberi saguhati atas inisiatif itu.

Tindakan: Hj. Mohamad Kamal bin Hj. Mohd Mahfudz

(6) Kedudukan AJK diperlukan sehingga projek mengeluarkan hasil dalam jangka masa 5 tahun. Walaubagaimanapun, status AJK akan boleh digugurkan apabila mereka enggan memberi sumbangan lagi.

(7) Turut dibincangkan mengenai Penubuhan Tabung Kewangan Projek 50% 50%.

(8) Perundangan AJK juga dibincangkan. Tuan Syed Rashid dan kakitangannya akan membantu dalam penyediaan format.



6. Penutup.

Pengerusi mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Tuan Syed dan pada semua yang hadir. Semoga dengan komitmen semua AJK, hasrat murni pelaksanaan projek ini akan tercapai. Mesyuarat ditangguhkan 5.35 petang.




Disediakan oleh,
Puan Rosmah binti Hj. Pilus.

Dengan Kerjasama IT
En Arfisyam bin Abdul Hadi.

Di semak oleh,
Hajah Rokizan binti Haji Ibrahim
Pengerusi
read more...

Sukacita kami rakamkan surat-surat yang mencetus projek Tanaman Semula Berkelompok (Mini Estet) Perigi Jernih {TSB (ME) PJ} ini.

Lot 1589, Km 1.5, Jalan Chembong-Rantau,
71300 Rembau,
Negeri Sembilan

Tel. 019-6647460
06-6858543 (Rumah)

19 April, 2009

Fail Kami: GR/TSBPJ

Tuan,



Cadangan Projek Tanaman Semula Berkelompok oleh Risda,
Mini Estet Bukit Tinggam, PerigiJernih Rembau, Negeri Sembilan
______________________________________________________________

Merujuk kepada perkara diatas, Projek Mini Estet Risda yang sedia ada selama 25 tahun telah tamat tempuhnya. Sehubungan dengan itu kami berhasrat dan mengesyur supaya dapat kita bersama-sama membuat tanaman semula.

2. Dengan hal yang demikian kami ingin menjemput tuan/wakil hadir mesyuarat untuk membincangkan perkara tersebut:

Tarikh : 3hb Mei, 2009, Ahad

Masa : 3.00 petang

Tempat : di Surau Kg Perigi Jernih, Rembau, Negeri Sembilan.

3. Kerjasama tuan/puan diucapan terima kasih. Semoga dengan cara ini sama-sama kita dapat menyumbang kepada peningkatan ekonomi diri, negeri seterusnya negara.



Saya yang benar,



Hajah Rokizan binti Haji Ibrahim (Amy)
(Lot tanah 1201 & 848)
Peneraju

-------------------------------------------------------------------------------------



Kertas Cadangan Menanam Semula Ladang-Ladang Bukit Tinggam, Perigi Jernih, Rembau, Negeri Sembilan - 3 Mei 2009
_________________________________________________________________________

Pendahuluan

Ladang-Ladang kita yang telah dijadikan Mini Estet dengan kerjasama anak syarikat Risda selama tempuh 25 tahun sebagaimana surat perjanjian telahpun tamat tempuhnya. Saya sebagai salah seorang tuan milik lot ladang rasa terpanggil untuk sama-sama kita dapat memikirkan supaya mendapat produktiviti.

Keadaan semasa

Keadaan Mini estet tersebut telah menjadi hutan. Pokok-pokok getah tua masih ditoreh telah sampai ke pucuk menggunakan galah-galah tinggi. Susu getah dialurkan daripada atas ke bawah menggunakan benang yang panjang. Dalam erti kata lain di penghujung hayat pokok-pokok getah tersebut pihak tertentu telah menfaatkan dengan maksimum untuk mendapatkan hasil yang masih berbaki.

Pendekatan tanam Semula:

i. Tanaman Semula Individu TSI

ii. Tanam Semula Komersial TSK

iii. Tanam Semula Berkelompok TSB


Syor

Sama-sama kita memikirkan yang terbaik agar kita dapat menyumbang kepada peningkatan ekonomi diri, negeri seterusnya negara.


Penutup

Diharap perjumpaan kita ini akan membawa manfaat dan barakah.


Disediakan Oleh:
Hajah Rokizan binti Haji Ibrahim
Peneraju





Minit Mesyuarat Membentangkan Cadangan Projek Tanaman Semula Berkelompok oleh Risda, Kebun-Kebun Kecil Kg Perigi Jernih, Mukim Tanjung Keling, Rembau, Negeri Sembilan pada Ahad, 03hb Mei, 2009, di Surau Kg Perigi Jernih, Rembau, Negeri Sembilan.

1. Kehadiran

Seramai 80 orang empunya tanah/wakil daripada 95 nama senarai ahli-ahli (ada yang mempunyai lebih daripada satu lot).

2. Pendahuluan

Mesyuarat bermula pada jam 3.15 petang. Puan Hajah Rokizan bt Haji Ibrahim sebagai Pengerusi Majlis memperkenalkan diri beliau serta mengalu-alukan kedatangan para hadirin yang datang dari jauh dan dekat.

Pengerusi juga menyatakan kepada hadirin tentang objektif mesyuarat iaitu untuk memberi taklimat tentang Kertas Cadangan Tanaman Semula perkara diatas.

3. a. Pembentangan

i. Ladang-Ladang yang telah diusahakan oleh Risda cara/kaedah Mini Estet dengan kerjasama anak syarikat Risda selama tempuh 25 tahun sebagaimana surat perjanjian telahpun tamat tempuhnya. Beliau sebagai salah seorang tuan milik lot ladang rasa terpanggil untuk bersama-sama hadirin dapat memikirkan supaya dapat menambah produktiviti ladang tersebut.

ii. Keadaan Mini estet tersebut telah menjadi hutan. Pokok- pokok getah tua masih ditoreh telah sampai ke pucuk menggunakan galah-galah tinggi. Susu getah dialurkan daripada atas ke bawah menggunakan benang yang panjang. Dalam erti kata lain di penghujung hayat pokok-pokok getah tersebut pihak tertentu telah menfaatkan dengan maksimum untuk mendapatkan hasil yang masih berbaki.

b. Pendekatan Tanaman Semula oleh Risda

i. Tanaman Semula Individu TSI
ii. Tanam Semula Komercial TSK
iii. Tanam Semula Berkelompok TSB

4. Kesimpulan mesyuarat

a. Ahli-Ahli Jawatankuasa Mini Estet tersebut tidak wujud lagi. Kebanyakan telah meninggal dunia dan tidak diganti. Sehubungan dengan itu mesyuarat telah bersetuju melantik Pengerusi dan Ahli-Ahli Jawatakuasa Baru Sementara. Seperti di Lampiran 1

b. Pengerusi membawa usul hutang-hutang dimansuhkan oleh Mini Estet kerana pada lojiknya tiada lagi hutang setelah tamat tempuh.

c. Mesyuarat sebulat suara menerima baik cadangan menaman semula getah/sawit oleh Risda dengan cara berkelompok (TSB)

d. Pengerusi dan Ahli-ahli Jawatankuasa Sementara akan berhubung dengan pihak Risda untuk proses seterusnya.


5. Persetujuan

Hadirin yang hadir telah menerima baik cadangan serta bersetuju untuk memberi mandat, sokongan dan akan sentiasa berkerjasama dengan Pengerusi dan Ahli-ahli Jawatankuasa sementara demi untuk menjayakan projek ini. Berikutnya lima tahun kemudian akan berunding semula membuat penyerahan atau sebagainya kepada tuan-tuan punya tanah.

6. Penutup.

Pengerusi sekali lagi mengucapkan berbanyak tarima kasih kepada hadirin dengan sokongan mereka. Beliau telah meminta hadirin mengemaskinikan nama, alamat dan nombor telefon pada borang-borang yang telah disediakan. Ini bertujuan untuk memudahkan komunikasi pada masa-masa yang akan datang. Beliau mengingatkan supaya mereka yang balik jauh ke tempat masing-masing berhati-hati di jalan raya supaya selamat. Mesyuarat-mesyuarat akan datang akan diberitahu kelak. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.15 petang.


Disediakan oleh:

Hajah Rokizan binti Haji Ibrahim
Peneraju Projek
Dengan kerjasama
Puan Noorani bt Md Nasir
Setiausaha Sementara.




Lampiran 1


Senarai nama-nama AJK Sementara

Pengerusi : Hajah Rokizan binti Haji Ibrahim

AJK : Yg Berhormat Dato Mohamad Hidhir bin Abu Hasan
Hají Mohd Mahfudz bin Hají Baba
Haji Abd Rahmid bin Kidam
Haji Abd Hamid bin Yasin
Haji Abdul Hanizan bin Kidam
Abdul Rashid bin Abdul Talib
Mohd Rizal bin Mohd Alway
Azhar bin Mohd Nasir
Arfisyam bin Abdul Hadi
Jamaludin bin Abd Ghani
Puan Rosmah bt Pilus.
Setiausaha Puan Nooraini bt Mohd Nasir



________________________________________________________________________________




Minit Mesyuarat Projek Tanaman Semula Berkelompok oleh Risda, Kebun-Kebun Kecil Kg Perigi Jernih, Mukim Tanjung Keling, Rembau, Negeri Sembilan pada Ahad, 13hb Jun, 2009, di Pejabat Stesen Risda , Rembau, Negeri Sembilan.

1. Kehadiran

Seramai 70 orang empunya tanah/wakil daripada 95 nama senarai ahli-ahli (ada yang mempunyai lebih daripada satu lot).

2. Pendahuluan

Puan Hajah Rokizan bt Haji Ibrahim menyemak hadirin yang hadir. Kemudian diserahkan kepada Pengerusi Majlis iaitu Tuan Haji Mansor Ketua Stesen Risda Rembau. Mesyuarat bermula pada 9.35 pagi.

3. Kandungan.

Pegawai Tanam Semula Negeri Sembilan Selatan Tuan Syed Rashid telah memberi penerangan dengan panjang lebar mengenai Tanaman Semula Berkelompok. Ianya adalah projek ahli-ahli sendiri yang melantik Pengerusi dan barisan Ahli-ahli Jawatankuasa yang diberi mandat dan kepercayaan untuk mengurus. Pihak Risda bertindak sebagai penasihat dan sentiasa memantau serta memberi sokongan terhadap projek TSB ini.

Beliau juga menerangkan tanaman semula getah dan kelapa sawit. Berbagai pro dan kontra telah disampaikan.

Mulai hari ini pihak Risda dan Ahli-ahli semua boleh meneruskan kempen mengenai tanaman semula ini. Jangka masa tanaman akan dimulakan tahun hadapan iaitu tahun 2010. Ada masa lagi bagi Ahli-ahli jawatankuasa dan ahli-ahli semua memikirkan tanaman yang hendak dipilih.

Seterusnya beliau menegaskan secara automatik Projek Mini Estet selama 25 tahun telah berakhir dan ahli-ahli tiada lagi menanggung hutang piutang.

4. Perbincangan

Berbagai-bagai persoalan telah dibincangkan dan telah berjalan dengan baik tanpa sebarang kekecuhan. Ini telah menunjukkan kematangan berfikir ahli-ahli dan wakil mereka yang terdiri daripada empat generasi. Antara lain yang disentuh mengenai komoditi getah dan sawit.

Bagi generasi lama projek ini adalah untuk anak-anak mereka sedangkan generasi muda pula berpendapat ada baiknya ahli-ahli sendiri boleh memperolehi habuannya dengan tanaman sawit yang lebih cepat mendapat hasil.

Kaveat gran tanah hendaklah dilakukan secara berkelompok dan akan diuruskan oleh Risda. Bayaran RM40.00 akan dikenakan oleh Pejabat Tanah Rembau.

Bagi siapa yang telah hilang geran tanah boleh dapatkan surat daripada pihak Risda untuk mendapatkan carian resmi dengan percuma.

5. Perlantikan Pengerusi dan AJK TSB.

Perlantikan ini telah disahkan oleh pihak Risda.

Pengerusi - Hajah Rokizan binti Haji Ibrahim

AJK - Yg Berhormat Dato Mohamad Hidhir bin Abu Hasan
- Haji Mohd Mahfudz bin Haji Baba
- Haji Abd Rahmid bin Kidam
- Haji Abd Hamid bin Yasin
- Haji Abdul Hanizan bin Kidam
- Puan Nooraini bt Mohd Nasir
- Mohd Rizal bin Mohd Alway
- Azhar bin Mohd Nasir
- Arfisyam bin Abd Hadi
- Mohammad Kamal bin Mohd Mahfudz
- Jamaludin bin Abd Ghani
Bendahari - Abdul Rashid bin Abu Talib
Setiausaha - Puan Rosmah binti Pilus

Pemeriksa Kira-Kira - Mohd Ramli bin Ahmad

6. Pengisian Borang Mohon Tanam Semula.

Tuan Pengerusi Majlis menekankan demi memudahkan ahli yang tinggal jauh dari Rembau supaya mengisi borang Tanam Semula Risda selepas mesyuarat. Ramai yang telah berbuat demikian.

7. Penutup.

Mesyuarat telah ditangguh pada jam 12.30 tengahari dan diakhiri dengan jamuan makan tengahari.

Disediakan oleh


Rosmah binti Pilus
Setiausaha
Disahkan oleh Pengerusi


_____________________________________________________________________________




Lot 1589, Km 1.5, Jalan Chembong-Rantau,
71300 Rembau,
Negeri Sembilan

Tel. 019-6647460
06-6858543 (Rumah)

02 Januari, 2010

Fail Kami: GR/TSB (ME)PJ

Tuan,



NOTIS AKHIR
Projek Tanam Semula Berkelompok oleh Risda,
Mini Estet Bukit Tinggam, Perigi Jernih
Rembau, Negeri Sembilan
___________________________________________________

Rujuk: Surat-surat kami terdahulu GR/TSBPJ.

Merujuk kepada perkara diatas, Projek Mini Estet Risda yang sedia ada selama 25 tahun telah tamat tempuhnya. Sehubungan dengan itu kami bersama Jawatankuasa-Jawatankuasa yang di pilih dengan kerjasama Risda akan melaksanakan projek Tanam Semula Berkelompok tersebut.

Oleh kerana nama anda ada di dalam senarai kami maka kami memberitahu notis terakhir ini. Setakat ini kami belum menerima sebarang jawapan atau tindak balas daripada pihak tuan. Jikalau tuan berminat menyetai projek Tanam Semula Berkelompok ini sila dapatkan borang permohonan yang boleh di dapati di mana-mana Pejabat Stesen Risda yang berhampiran. Setelah dilengkapkan sila kembalikan ke Pejabat Stesen Risda Rembau DENGAN SEGERA. Untuk makluman terkini, bayaran-bayaran pokok getah kepada tuan-tuan tanah akan dibuat dalam masa terdekat.

Jika kami tiada menerima sebarang jawapan daripada tuan selepas NOTIS ini, Lot tuan tidak akan dimasukan ke dalam projek ini dan kami tidak akan bertanggungjawab ke atasnya kelak.

Saya yang benar,


Hajah Rokizan binti Haji Ibrahim (Amy)
Pengerusi

Salinan kepada: Ketua Unit, Setesen Risda Rembau, Negeri Sembilan.
read more...

6hb Feb 2010 - Hari ke-3 melawat kawasan projek.



Alat penggalak susu dipasang pada batang pokok getah. Tetapi wang yang diterima daripada hasil torehan tidak seberapa yeah!
read more...

Friday, February 5, 2010

4 Feb 2010 - Lagi lawatan ke kawasan projek oleh AJK






Hari kedua melawat tapak oleh AJK.

Kelihatan di dalam plan warna hijau pada lot-lot menujukkan permohonan sudah diterima.

Kelihatan di dalam gambar penoreh menggunakan galah panjang untuk menoreh bahagian pokok yang tinggi. Rakusnya!

Pengerusi.
read more...

Thursday, February 4, 2010

3 Feb 2010 Lawatan ke kawasan Projek.






Seramai 17 orang terdiri daripada Pengerusi, AJK, peserta-perserta, Pegawai Tanam Semula NS Selatan dan kakitangan Risda telah melawat kawasan.

Terdapat semak samun pada keseluruhan kawasan.

Permandangan yang jelek tentang pokok-pokok getah tua yang diperlakukan
dengan rakus.

Masih terdapat penoreh getah menoreh.

Tali-tali panjang di ikat dari bahagian paling atas pokok untuk
mengalirkan susu-susu ke dalam mangkok.

Alat-alat penggalak pengeluaran susu-susu getah di pasang kepada
pokok-pokok getah.

Kini memang tepat masanya, bersama-sama kita melaksanan penanaman semula melalui projek Tanamam Semua Berkelompok (TSB). Semoga dengan terlaksananya projek ini akan dapat menambah hasil pendapatan melalui harta kepunyaan kita sekaligus meningkatkan ekonomi diri dan negara.

Pengerusi.
read more...

Wednesday, February 3, 2010

Aktiviti pada 2 Feb 2010. Semakan borang-borang permohonan peserta



Pengerusi, Setiausaha dan Pegawai Risda sedang menyemak borang-borang permohonan peserta TSB(ME) PJ) dan seterusnya di tandatangani oleh Pengerusi.
read more...

Monday, February 1, 2010

Senarai Nama Perserta Mini Estet Perigi Jernih (1985-2010)

1. Seriah bt Husain, Kg. Padang Lebar, 71300 Rembau, N.S.
2. Awa bt Husin, Kg Perigi Jernih, 71300 Rembau, NS.
3. Limah@Halimah bt Yunus, Bkt Canggang Banting, 42700 Selangor.
4. Asmah bt Shamsudin, 20, Kg Malaysia Baru, 53100 Sg Besi, Sel.
5. Patimah bt Hussin, 6, Jln Bkt Setiawangsa 9, Tmn Setiawangsa,
54200 KL.
6. Selimah bt Sharif, Kg Mampong, 71300 Rembau, NS.
7. Zaharah bt Simin, Kg. Perigi Jernih, 71300 Rembau, NS.
8. Che Minah bt Jamal, Kg Perigi Jernih, 71300 Rembau, NS.
9. Raiah bt Husin, 82, Lrg PJS 2C/11. Taman Medan,46000 PJ.
10.Selamah bt Bulat, 31, Jln Saga, Tmn Senawang Jaya,
70450 Seremban, NS.
11. Zainal Arif bin Ibrahim, B, Kg Felda Sendayan,71950 12. Seremban, NS.
12.Aishah bt Mohd Idris, Kg Batu, 71300 Rembau, NS.
13. Ramlah bt Abd Ghani, Kg Pulau Bongek, 71300 Rembau, NS.
14. Zaleha bt Jamil, 37, Tmn Dato Wan,70400 Ampangan,
Seremban, NS.
15. Kadir bin Said, Kg Tg Keling, 71300, Rembau, NS.
16. Fuziah bt Alias, Kg Batu, 71300 Rembau, NS.
17. Hawa bt Jali, Kg Padang Lebar, 71300 Rembau, NS.
18. Rosmerri bt Md Zin, S.173, Serdang Jaya,43300 Sri Kembangan,
Selangor.
19. Masru bt Hj Said, Pej Tanah Tampin, 73000 Tampin, NS.
20. Awa bt Yassin, Kg Pulau Bongek, 71300 Rembau, NS.
21. Mohamad Alway b Ibrahim, Lot 447, Kg Cheras Baru, Bkt A,
Jln Kuari, 56100 KL.
22. Hariah bt Hj Yusof, Kg Perigi Jernih, 71300 Rembau, NS.
23. Shahrol b Shamsudin, 43, Jalan 29, Selayang Baru, 68100 Bt.
Caves, Selangor.
24. Rahemah bt Yahya, Kg Pulau Mampat, 71300 Rembau, NS.
25. Abd Latif b Md Sharif, Kg Perigi Jernih, 71300 Rembau, NS.
26. Che Zabedah bt Abd Majid, 3, Jln Kosas Utama 2/1, Tmn Kosas,
68000, Ampang, Selangor.
27. Tijah bt Nain, Lot 246,Jiboi,70400 Ampangan, Sbn.
28. Azizah bt Laboh, 11, Rumah Murah Rbau, 71300 Rbau, NS.
29. Tajuddin b Mohd Ali, 13, Jln 7/2 Bdr Tasik Kesuma,43700 Beranang, Sel.
30. Iyah bt Mahmud, Kg. Padang Lebar, 71300 Rbau, NS.
31. Indon bt Ibrahim, Kg. Perigi Jernih, 71300 Rembau, NS.
32. Siti Aishah bt Hj Hussin, Kg Perigi Jernih, 71300 Rbau, NS.
33. Zainuddin b Yahya, 2, Jln Delima 3, Tmn Murni, 81000 Ulu Tiram, Johor.
34. Siti Sahara bt Said, Kg Perigi Jernih, 71300 Rembau, NS.
35. Abu Yazid b Ujang, Kg Sbrang Batu Hampar, 71300 Rbau, NS.
36. Siti Aesah bt Ahmad, Kg Padang Lebar, Rbau, N.S.
37. Ibrahim b Sharif, Lot 620, Jln 18/7, Tmn Sri Serdang, 43300 Sri
Kembangan, Sel.
38. Kamaruddin b Abu Hassan, Kg Selemak, 71300 Rbau, NS.
39. Asmah bt Abd Rahman, Kg Padang Lebar, 71300 Rbau, N.S.
40. Aziz b Hassan, Kg Pulau Besar,71300 Rbau, N.S.
41. Ishak b Md Isa, 40, Jln 14, Tmn Nirwana, 68000 Ampang, Sel.
42. Abu b Yunus, Kg Nerasau, 71300 Rbau, NS.
43. Limah bt Husin, Kg Perigi Jernih, 71300 Rbau, NS.
44. Zaharah bt Majid, Kg Tg Sena Hulu, 71300 Rbau, NS.
45. Nooraini bt Mohd Nasir, A2-01, Indera Putra Courts, Jln Indera Putra
80300 JB.
46. Kamariah bt Senan, Kg Perigi Jernih, 71300 Rbau, NS.
47. Shariff b Bahari, Kg Perigi Jernih, 71300 Rbau, N.S.
48. Zainun bt Wahid, Kg Batu, 71300 Rbau, N.S.
49. Mustafa b Rashid, Bt 27 ¼,Kg Permatang, 78200 Kuala Sg Baru,
Melaka.
50. Mahani bt Tambi, Kg Perigi Jernih, 71300 Rbau, N.S.
51. Timah bt Sengah, Kg Perigi Jernih, 71300 Rbau, N.S.
52. Maria bt Maarof, 2575, Jln SJ 3/18,Tmn Sban Jaya, 70450 Sban.
53. Abd Rahmid b Kidam, 25, Jln Budiman 14, Tmn Mulia, Bdr Tun Razak,
Cheras, KL.
54. Rabiah bt Ab Malik, 11, Rumah Murah Rbau, 71300 Rbau, N.S.
55. Repeah bt Laboh, 67, Jln Pandan Indah 11, Tmn Pandan Indah,
55100 KL.
56. Abd Latif b Md Sharif, Kg Perigi Jernih, 71300 Rbau, N.S.
57. Hawiah bt Aman, Kg Bongek Tengah, 71300 Rbau, N.S.
58. Norifah bt Mansor, Lot 15414, Tmn Perwira, Bt 3, Jln Jelebu,
70400 Ampangan, Sban, NS.
59. Puteh bt Mahadi, 43, Kg Pulau Besar, 71300 Rbau, N.S.
60. Saumor bt Ali, Kg Padang Lebar, 71300 Rbau, N.S.
61. Razali b Othman, 55, Jln Datuk Dagang, Kg Ramal Dalam,
43000 Kajang, Selangor.
62. Siti Aesah bt Ahmad, Kg Padang Lebar, 71300 Rbau, N.S.
63. Manap b Said, Kg Pulau Bongek, 71300 Rbau, N.S.
64. Rebiah bt Ujang, Kg Batu Nunggul, 71300 Rbau, N.S.
65. Ab Ghani b Hassan, Kg Pulau Bintongan, 71300 Rbau, N.S.
66. Ramlah bt Ahmad, Kg Pulau Bongek, 71300 Rbau, N.S.
67. Sani b Peral, 30, Felda Pasoh 4, 72300 Simpang Pertang, NS.
68. Robita bt Mohd Sani, 430F, Komplek Pertanian Titi Tian Kong,
32600 Bota, Perak.
69. Nooriah bt Hassan, 7617,Tmn Seri Kelemak, 78000 Alor Gajah, Melaka.
70. Saodah bt Ujang, Kg Batu Nunggul, 71300 Rbau, N.S.
71. Rokiah bt Ujang, Kg Batu Nunggul, 71300 Rbau, N.S.
72. Ahmad b Sulaiman, Kg Bongek, 71300 Rbau, N.S.
73. Sabiah bt Laboh, Kg Baru, Jln Tambang Kuda, 71300 Rbau, N.S.
74. Abdul Hanizan b Kidam, Kg Padang Lebar, 71300 Rbau, N.S.
75. Mohamad Hidhir b Abu Hasan, 6642, Rumah Kakitangan LPP, Jln Kelubi, 77000 Jasin, Melaka.
76. Zabedah bt Md Isa, 207, Lrg Indah 1,Tmn Dato Shahbandar,
70400 Sban, N.S.
77. Zainap bt Othman, Kg Perigi Jernih, 71300 Rbau, N.S.
78. Faridah bt Maarof, I.C.: 610511-05-5248
79. Jariah bt Yasin, Kg Padang Lebar, 71300 Rbau, N.S.
80. Norlia bt Mohamed, 52, Lrg Serampang, Off Jln teluk Pulai, 41100 Klang.
81. Rohani bt Abdul Ghani, Kg Padang Lebar, 71300 Rbau, N.S.
82. Zabedah bt Abd Ghani, Kg Padang Lebar, 71300 Rbau, NS.
83. Zainon bt Maarof, Kg Padang Lebar, 71300 Rbau, N.S.
84. Zaitun bt Derani, Kg Padang Lebar, 71300 Rbau, N.S.
85. Siti Zaleha bt Kolan, 2, Jln 1/2E, Bdr Baru Bangi, 36500 Bangi, Sel.
86. Mohd Shahari bin Shamsudin, 38, Lrg Kenanga 18, tmn Satria,70450 Senawang, Sban. NS.
87. Noriza bt Shmsudin, Kg Padang Lebar, 71300 Rbau, N.S.
88. Roziah bt Ibrahim, 1224, Jln 18/51, Tmn Sri Serdang,43300 Sri
Kembangan, Sel.
89. Rahimah bt Ibrahim, 8N, Tkt 13, Flat PKNS, Kg Kerinci, 59200 KL.
90. Rokizan bt Ibrahim, Lot 1589, Km 1.2, Jln Chembong-Rantau, 71300 Rbau, N.S.
91. Saleha bt Bahari, Kg Batu Hampar, 71300 Rbau, N.S.
92. Nariah bt Hussin, Kg Batu, 71300 Rbau. N.S.
93. Kamariah bt Hussain, Kg Batu, 71300 Rbau, N.S.
94. Zarina bt Kamaruddin(SWKM), Kg Padang Lebar, 71300 Rbau, N.S.
95. Kadariah bt Yahaya, Kg Pulau Mampat, 71300 Rbau, N.S.
Sukacita dimaklumkan kami telah menghubungi semua nama-nama peserta. Namun masih terdapat segelintir yang tiada respond walaunpun notis akhir penyertaaan telah dihantar melalui surat. Kepada mereka yang belum bertindak mengisi borang penyertaan dan mahu menyertai Projek Tanaman Semula (TSB) ini sila hubungi kami segera - Encik Aziz bin Sidek , 06-6851202/019-6954349 di Pejabat Risda Rembau, atau saya. Gagal berbuat demikian maka nama anda akan terkeluar daripada projek ini.
Pengerusi,
{TSB (ME) PJ}
read more...