Sunday, June 27, 2010

Mesyuarat AJK ke-5

Mesyuarat AJK kali ini:

Tarikh : 9hb Julai, 2010, Jumaat,

Jam : 3.00 petang

Tempat : di Surau Nur Hidayah, Kg PerigiJernih.

Semua AJk dijemput hadir.

Pengerusi,
TSB (ME) PJ
read more...

Saturday, June 26, 2010

Mesy AJK ke-5



-29hb Jun, 2010

Fail kami: GR/TSB(ME)PJ(21) (2010)

Glorious Woodwork Sdn Bhd
2356, Taman Indah, Tampin, NS (UP: NG FEE HIONG)

Tuan,

JADUAL PERJALANAN KERJA LADANG TANAM SEMULA BERKELOMPOK MINI ESTET PERIGI JERNIH {TSB (ME) PJ},REMBAU.NS.

Rujuk:

A. Surat Perjanjian bth 18hb Mei, 2010, Jadual Kerja Pembangunan Ladang TSB (ME) Perigi Jernih, Rembau.

Dengan hormatnya perkara diatas adalah rujuk. Diharap pihak kontraktor dapat mengikut jadual kerja yang telah ditetapkan sebagaimana di Rujuk A.

2. Kerja-kerja penebangan hendaklah dipercepatkan agar kerja-kerja lain boleh dilakukan mengikut jadual.

3. Sayugia diingatkan sekali lagi bahawa kerja menanam anak getah mengikut jadual ialah pada 1hb sep 2010 – hingga 15hb Oktober, 2010.

Untuk tindakan tuan. Kerjasama tuan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian.

Saya yang benar,


Hajah Rokizan binti Haji Ibrahim
Pengerusi,
TSB (ME) Perigi Jernih

Salinan kepada:

Tuan Syed Rashid bin Syed Mohamad
Pegawai Tanam Semula Negeri Sembilan Selatan
Pejabat Risda Tampin.
Tampin, Negeri Sembilan.

Ketua Stesyen Risda Rembau


------------------------------------------------------------------------------
read more...

Sunday, June 20, 2010

Projek TSB(ME) PJ setakat 20 Jun,2010

Saujana permandangan daripada bukit yang paling tinggi.





Kerja-kerja mengumpul dan membakar.



read more...

Tuesday, June 1, 2010

Laporan daripada Pengerusi sehingga 1hb Jun, 2010.







Setakat ini kesemua lot berjumlah 82. Penambahan 6 lot daripada Mini Estet dahulu. Lot yang mempunyai pokok getah telah dibayar wangnya kepada tuan-tuan tanah.


Jumlah keluasan ialah 70.8281 hektar bersamaan 175,0169 ekar.


Sekarang pemborong masih lagi membuat kerja-kerja menebang telah capai keluasan 30%. Kerja-kerja dilakukan dalam keadaan cuaca yang masih lembab.
read more...