Monday, August 23, 2010

Minit Mesyuarat AJK Ke - 5

MINIT MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA KALI KE 5
PROJEK TANAM SEMULA BERKELOMPOK (MINI ESTET) PERIGI JERNIH {TSB (ME) PJ}

Tarikh : 9hb Julai 2010 (Jumaat)
Masa : 3.00 ptg
Tempat : Kompleks Surau Nur Hidayah Kg. Perigi Jernih.


Kehadiran :

Hjh Rokizan Bt Hj Ibrahim - Pengerusi
Hj Mohd Mahfudz Bin Hj Baba - AJK
Hj Abd Rahmid Bin Kidam - AJK
En. Jamaludin Bin Othman - AJK
Hj Abdul Hanizan Bin Kidam - AJK
Puan Noraini Bt Mohd. Nasir - AJK
En. Abdul Rashid Bin Abu Talib - Bendahari
Puan Rosmah Bt Hj. Pilus - Setiausaha


Turut hadir :

Hj. Mansor Bin Abd. Kadir - Ketua Stesen RISDA Rembau
En Abdul Aziz Bin Sidek - PPR Rembau
En. Ng Fee Hiong - Glorious Wood Work Snd Bhd

Tidak hadir:

YB Dato Mohd Hidhir bin Abu Hasan (dengan izin) - AJK
Haji Mohd Kamal bin Haji Mohd Mahfudz ( ” ) - AJK
Encik Arfisyam bin Abd Hadi ( ” ) - AJK,
Haji Abd Hamid bin Yasin ( ” ) - AJK
Encik Mohd Rizal bin Mohd Alway - AJK
Encik Azhar bin Mohd Nasir - AJK


Pemeriksa kira-kira:

Haji Mohd Ramli bin Haji Ahmad








1. PENDAHULUAN.

Pengerusi mengucapkan terimakasih diatas kehadiran Ahli Jawatankuasa yang ada.. Mesyuarat terakhir adalah pada 25hb Febuari 2010 lalu dan hari ini adalah mesyuarat AJK kali ke 5. Semenjak mesyuarat lalu hingga kini berbagai-bagai permasalah telah timbul namun telah dapat kita atasi. Beliau menyatakan Tuan Syed Rashid tidak dapat hadir kali ini dan berpesan mohon bincang mempercepatkan kerja oleh pemborong..

Pengerusi telah menjelaskan bahawa Projek TSB (ME) PJ adalah gabungan antara tiga pihak iaitu AJK ialah sebagai pengurusan, RISDA sebagai pentadbiran dan Glorious sebagai pemborong. Ketiga-tiga organiasi mesti bekerjasama, saling perlu memerlukan dan bantu membantu demi melihat kejayaan projek TSB (ME) PJ ini. . Apabila ketiga-tiga organisasi ini dapat melaksanakan tugas masing-masing dan bergabung dengan baik, maka Insyaalah kerja-kerja mudah dilakasanakan. Jangan ada diantara pihak ini tekan dan menekan.

Projek menelan belanja lebih kurang RM 1 juta dan pihak AJK memerlukan dana 15% hingga 20% untuk pengurusan. Setakat ini semua perbelanjaan mengurus adalah menggunakan wang saku daripada ahli-ahli AJK sendiri. Walaubagaimanapun Puan Pengerusi berharap agar pihak AJK akan terus dapat mengatasi segala masalah dan cabaran bersama.


2. UCAPAN KETUA STESEN RISDA REMBAU, TUAN HJ. MANSOR BIN ABD. KADIR.

Beliau mengucapkan tahniah diatas penguruan yang baik dan mengalu-alukan mesyuarat AJK akan datang di adakan di Pejabat RISDA memandangkan keadaan dan tempat yang kurang selesa di komplek surau Nur Hidayah Kg Perigi Jernih.

Wang perbelanjaan Pengurusan AJK boleh dituntut dan tuntutan bayaran pula adalah tindakan Tuan Syed Rashid.

Tuan Hj Mansor memohon dipercepatkan perlaksanaan kerja agar jadual kerja dipatuhi oleh pemborong demi mengejar masa untuk menanam pada bulan Oktober, 2010.


3. MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT LALU

Tuan Hj Abdul Hanizan bin Kidam mencadangkan minit mesyuarat bertarikh 25hb Febuari 2010 diterima. Tuan Haji Abdul Rahmid bin Kidam menyokong.


4. PERKEMBANGAN PROJEK

Setiausaha telah menerangkan walaupun banyak masalah yang timbul mengenai laluan masuk keluar namun semuanya telah dapat diselesai bersama oleh Pengerusi, AJK dan Pemborong. Dalam keadaan yang lembab namun kerja-kerja penebangan telah selesai 70% Disamping itu kerja-kerja membersih dan membakar dijalankan juga serentak dan berperingkat.

Tuan Hj Abdul Hanizan pula menambah walaupun ada masalah-masalah kecurian dan lain-lain berlaku namun telah dapat ditangani secara bersama. Pihak pemborong ada petugas memantau keselamatan kawasan dan jentera kerja dalam tapak projek.


5. TAKLIMAT OLEH KONTRAKTER EN. NG PEE HIONG

Masalah utama yang dihadapi sekarang adalah cuaca iaitu hujan kerap turun dan ini menganggu jadual kerja. Masih ada 20% hingga 30% kerja penebangan perlu diselesaikan. Keluasan tambahan kawasan projek juga sebanyak 25.4717 hektar yang baru ditandatangani pada 18hb Mei 2010 lalu menjadikan keluasan lebih besar berjumlah 72.9466ha atau 180.2518 ekar. Beliau berjanji akan terus menjalankan semua proses kerja mengikut jadual.


6. ISU BERBANGKIT.

a. Tuan Hj. Mansor akan mengarahkan surat putih dikeluarkan dan penanaman tetap pada Oktober, 2010 ini. Setakat ini perbekalan benih dari RISDA tiada masalah. Namun Hj. Abdul Rahmid memohon dikeluarkan serentak jumlah benih-benih pokok untuk penanaman dalam satu LO walaupun bekalan secara berperingkat-peringkat.
- Tindakan: Tuan Hj. Mansor.

b. Gunakan jentera untuk melubang bagi mempercepatkan kerja dan tentukan membaris (barisan) hendaklah lurus.
- Tindakan: Pemborong

c. Pemantauan anak benih untuk penanaman mestilah 2 tingkat daun dan 2 kaki tinggi, sihat dan cantik. Manakala 3 kaki tinggi perlu untuk kerja permulihan saja. Akuan terima barang hendak ditandantangani oleh Pengerusi atau AJK.
- Tindakan: Pengerusi dan AJK.

d. Puan Noraini mencadangkan kepada pemborong agar kerja yang belum selesai hendaklah dibahagi-bahagikan mengikut fasa dan ada plan kerja bagi memudahkan kerja mengikut jadual.
- Tindakan: pemborong.

e. Kepastian persempadanan dibuat oleh pemborong , satu pintu keluar masuk dan pastikan perangkap binatang dalam keadaan berfungsi.

- Tindakan: pemborong dan AJK.

f. Kerja penebangan dan pembersihan perlu dibuat tuntutan untuk aktifkan akaun projek TSB(ME)PJ. AJK sebulat suara membuat keputusan kos penebangan yang dituntut adalah RM 50.00/ ha. Tuntutan hendalah dilampirkan bersama minit mesyuarat untuk disalurkan ke dalam tabung TSB(ME)PJ.

- Tindakan: RISDA dan AJK.



7. ISU SEMASA.

Apabila perlu, pemborong sendiri boleh membuat jalan dalam kebun bagi kawasan berbukit dan gaung untuk memudahkan kerja. Sila pastikan di kawasan berbukit jumlah 200 pokok dapat ditanam berbanding dengan tanah rata sebanyak 240 pokok setiap ekar.

Peruntukan prasarana jalan boleh diberikan oleh pihak RISDA selepas pokok mula ditoreh.


8. MEMBENTANGKAN PENYATA KEWANGAN.

Penyata kewangan berakhir 31 Mei, 2010 dibentangkan oleh Bendahari seperti yang telah diedarkan. Cadangan diterima oleh Puan Noraini bt Mohd. Nasir dengan syarat tanpa keraguan pemeriksaan daripada Pemeriksa Kira-kira. Mesyuarat berasa amat dukacita tanpa kehadiran Pemeriksa Kira-kira yang tidak pernah hadir dalam setiap mesyuarat AJK tanpa alasan.


9. HAL-HAL LAIN.

a. Kursus Pengurusan TSB di Institiut Kemajuan Pekebun Kecil , Temerloh , Pahang pada 26 hingga 29 Julai 2010 dan nama-nama peserta yang dipanggil akan dihantar oleh pihak RISDA.

b. Pihak RISDA akan mengeluarkan wang pengurusan mesyuarat sebanyak RM2.50 seorang bagi setiap kali mesyuarat. Sila buat tuntutan.

- Tindakan: Bendahari

c. Daripada wang tabung, AJK boleh meggunakan 10% untuk pengurusan dan anggaran RM400.00 sebulan. Perkara ini telah dipersetujui sebulat suara AJK. Segala tuntutan bayaran hendaklah berserta dengan resit. Contoh yang perlu dituntut ialah bayaran pembinaan dan penyelengaraan laman blog TSB (ME) PJ.

d. Tanaman kontan boleh dipertanggungjawabkan kepada pemborong dengan kebenaran AJK dengan terma-terma terntentu. Surat perjanjian dikeluarkan bagi menjamin kebersihan kawasan dan kesuburan pokok tidak terjejas.

e. AJK bercadang untuk mengadakan mesyuarat Agung TSB(ME) PJ pada 10 Oktober 2010 bersamaan hari Ahad sempena Hari Raya Syawal tahun ini.

f. Dalam surat perjanjian pemborong telah bersetuju untuk pengurusan kawasan bagi tahun pertama. Bagi tahun ke-2 dimohon kerja-kerja yang sama dengan harga kos yang tidak berubah. Pemborong bersetuju.

g. Penghantaran barang keluar masuk projek di bawah pantauan Pengerusi dan AJK iaitu Tuan Hj Abdul Hanizan Bin Kidam.

h. Lot 1226, adalah tanah tiada daftar pemilik tetapi termasuk dalam projek TSB (ME) lalu. Bayaran tabung belum dibuat. Tuan Hj Mansor akan membuat semakan kepada anak syarikat RISDA.

i. Tuan Hj Rahmid menyeru AJK sentiasa bersama-sama memantau projek. Pihak pemborong diharap membuat laporan kerja dengan mengikuti perkembangan teknologi yang bersistematik setiap kali bermesyuarat. Sebarang masalah agar dapat diselesaikan bersama demi menjayakan projek TSB kita.


10. UCAPAN PENANGGUHAN

Pengerusi mengucapkan syukur, walaunpun banyak kekangan projek telah dapat berjalan baik. Mesyuarat kali ini mengambil masa yang lama. Beliau berharap sangat-sangat supaya projek berjalan seperti yang dijadualkan mengikut perancangan. . Tarikh penanaman hendaklah mengikut jadual iaitu pada Oktober 2010. Belaiu sekali lagi menyarankan kepada AJK dapat bermuafakat serta bersikap positif demi kejayaan projek TSB (ME) PJ ini. Mesyuarat ditangguhkan jam 6.30 ptg.


Disediakan oleh:



Rosmah binti Pilus,
Setiausaha



Disemak oleh,



Hajah Rokizan binti Haji Ibrahim
Pengerusi

Rakaman gambar projek setakat 16hb Ogos, 2010

Kerja-kerja membuat teres.

Kerja-kerja pembersihan.

Kerja-kerja mengumpul masih dilakukan.
read more...

Monday, August 9, 2010

30hb Julai, 2010

Pengerusi,Ketua stesen Risda Rembau dan beberapa AJK melawat tapak. Kerja-kerja menebang hampir selesai.



read more...

26hb -29hb Julai, 2010 Kursus Pengurusan Tanam Semula

Pengerusi dan sebahagian Ahli-Ahli Jawatankuasa telah hadir Kursus Pengurusan Tanam Semula di Institiut Pekebun Kecil, Pahang.

Pengerusi menyampai ucapan di malam penutup kursus.

Majlis taklimat.
Lawatan ke TSB Teluk Santang, Temerloh, Pahang.
Bergambar kenangan bersama Pengetua IKPK, Temerloh iaitu En Radzil.
Perserta kurus bergambar di depan Stesen RISDA Rembau sebelum berangkat ke IKPK Temerloh, Pahang.
read more...