Showing posts with label Gambar dan ulasan Pengerusi.. Show all posts
Showing posts with label Gambar dan ulasan Pengerusi.. Show all posts

Tuesday, March 4, 2014

3hb Feb 2014- Lawatan bersama Kontraktor dan Pegawai RISDA.

Ulasan Pengerusi:
- Kebun  telah siap diracun.
- Pokok-pokok yang tiada masalah terus hidup subur.
- Pokok-pokok ada yang patah oleh tiupan angin yang kuat beberapa hari lalu.
- Terdapat juga anak-anak pokok sulaman yang ke-3 terus hidup dan ada yang mati disebabkan gangguan haiwan.
-  Ada pokok-pokok
yang perlu dicantas lagi.
-  Jalan-jalan dikebun banyak yang rosak dan perlu diperbaiki.


 
read more...

05 Dis 2013. Benih Sulaman Sampai.


Pengerusi melawat projek dan mendapati anak-anak benih 2 tingkat daun yang sihat sebanyak 3000 ribu telah di bekalkan.

Anak-anak benih ini akan disulam  tanaman kepada lot-lot yang pokok-pokok telah mati.  Ini merupakan tanam sulaman yang ke-4.




read more...

Tuesday, June 25, 2013

Rakaman Keadaan Pokok-Pokok Getah di kebun sehingga 20hb Jun, 2013.

Selepas menangguhkan mesyuarat, pada hari tersebut, Pengerusi serta beberapa ahli AJK telah melawat kebun.

1.  Dengan pemantauan yang baik oleh pihak pengurusan dan pentadbiran  maka didapati pemborong telah melaksanakan kerja mereka.  Keadaan  kebun baik dan bersih.

2.  Didapati pokok-pokok yang tidak diganggu  90%,

tumbesarannya naik subur.

3.  Tanaman yang mati  telah di sulam sebanyak 3 kali. Pokok yang disulam elok naiknya.

4.  Masih terdapat pokok-pokok sulaman yang mati.

5.  Kita masih menunggu benih bagi sulaman kali ke-4. 

6.  Tanaman benih-benih pokok mati adalah disebabkan gangguan haiwan seperti Kerbau, Lembu, Kambing, Babi dan musuh-musuh lain.

7. Diharap semua ahli-ahli  boleh memberi kerjasama dengan baik  mengenai perlaksanaan projek kita ini.



  
read more...

Thursday, November 3, 2011

Keadaan Tanaman yang tidak setara

1. Keadaan tanaman tidak membesar setara (uniform) kerana benih-benih tidak dibekalkan oleh pihak RISDA secara serentak.

2. Pihak RISDA tidak membekalkan benih-benih mengikut jadual yang telah dijanjikan walaupun Jawatankuasa dan Pemborong telah mengurus dan menyiapkan infra straktur mengikut jadual. Sepatutnya semua bekalan benih telah selesai ditanam pada penghujung tahun 2010.

3. Kebelakangan ini benih-benih yang telah dibekalkan tidak baik mutunya.

4. Sehingga kini bekalan benih-benih masih berbaki lantas keadaan dikebun mendukacitakan.

5. Saya sebagai Pengerusi dan kesemua Ahli-ahli Jawatankuasa amat rasa kecewa dengan cara pentadbiran pihak RISDA.












Oleh kerana pembekalan anak-anak benih yang tidak dapat dibekalkan serentak maka pertumbuhan pokok-pokok tidak setara. Lagi mengecewakan kerana anak-anak benih masih belum lagi dibekalkan sepenuhnya.
read more...