Sunday, June 20, 2010

Projek TSB(ME) PJ setakat 20 Jun,2010

Saujana permandangan daripada bukit yang paling tinggi.





Kerja-kerja mengumpul dan membakar.



read more...

Tuesday, June 1, 2010

Laporan daripada Pengerusi sehingga 1hb Jun, 2010.







Setakat ini kesemua lot berjumlah 82. Penambahan 6 lot daripada Mini Estet dahulu. Lot yang mempunyai pokok getah telah dibayar wangnya kepada tuan-tuan tanah.


Jumlah keluasan ialah 70.8281 hektar bersamaan 175,0169 ekar.


Sekarang pemborong masih lagi membuat kerja-kerja menebang telah capai keluasan 30%. Kerja-kerja dilakukan dalam keadaan cuaca yang masih lembab.
read more...

Monday, May 17, 2010

Menandatangani Surat Perjanjian 17hb Mei, 2010
















Dokumen Perjanjian ditandantangani oleh Pengerusi TSB (ME) PJ dan Glorious Woodword Sdn Bhd dihadapan Pegawai Tanam Semula N.S. Selatan.
read more...

Rakaman gambar-gambar pada 16hb Mei, 2010. di perkarangan Surau Kg. Perigi Jernih, Rembau, N.S.

G

























Senarai nama-nama peserta (peringkat 2) yang menerima bayaran pokok kayu getah pada 16hb Mei, 2010.

1.Rebiah bt Ujang
Kg. Batu Nunggul, 71300 Rembau, N.S.
Lot 838.
1.0370 hektar.

2.Rusly b Ab Ghani
2756, Jln SJ 3/4, Tmn Sban Jaya, 70450 Sban, N.S.
Lot 839
1.6314 hektar.

3.Fuziah bt Alias
Kg. Batu, 71300 Rembau, N.S.
Lot 840
1.6150 hektar.

4.Shariff b Bahari
796, Kg Sri Parit, 71010 Lukut, Port Dickson, N.S.
Lot 850
1.1850 hektar.

5.Masru binti Said
Lot 294 Tmn Cahaya Bkt Sebang 78000 Alor Gajah, Melaka.
Lot 853
0.8079 hektar.

6.Asmah bt Shamsudin
Lot 636, Tmn Sri Rembau,71300 Rembau, N.S.
Lot 854
0.8346 hektar.

7.Zaleha bt Jamil
37, Jln Dahlia 5, Tmn Dato Wan, 70400 Ampangan, Sban, N.S.
Lot 855
0.8070 hektar.

8.Zainal Arif b Ibrahim
1202 Tmn Sri Intan 73000 Tampin, N.S.
Lot 861
0.8270 hektar.

9.Zainap bt Othman
Kg. Perigi Jernih, 71300 Rembau, N.S.
Lot 863
0.7883 hektar.

10.Zainun bt Wahid**
Kg. Batu, 71300 Rembau, N.S.
Lot 864 &1409
0.8213 & 0.8473 hektar.

11.Mustafa bin Rashid
Bt 24, Kg Lubok Redan, 78300 Mesjid Tanah, Melaka.
Lot 1200
0.7714 hektar.

12.Tajudin bin Mohd Ali
13, Jln 7/2, Bdr Tasik Kesuma, 43700 Beranang, Sel.
Lot 1203
1.000 hektar.

13.Laili bt Ab Hadi
Kg. Tanjong Keling, 71300 Rembau, N.S.
Lot 1220
0.8281 hektar.

14.Mohamad Hidhir b Abu Hasan
J744, Jln Orkid 1, Tmn Maju, 77000 Jasin, Melaka.
Lot 1223
0.7262 hektar.

15.Sabiah bt Laboh
Kg. Baru, Jln Tambang Kuda, 71300 Rbau, N.S.
Lot 1225
0.7082 hektar.

16.Kamaruddin b Abu Hassan**
Kg. Selemak, 71300 Rembau , N.S.
Lot 1231 & 1236
0.6167 & 0.6956

17.Sani b Peral
30, Felda Pasoh 4, 72300 Simpang Pertang, N.S.
Lot 1238
0.9864 hektar.

18.Kamariah bt Hussain
Kg. Batu, 71300 Rembau, N.S.
Lot 1248
1.2646 hektar.

19.Salmy bt Abu Bakar
Kg. Bongek , 71300 Rembau, N.S.
Lot 1266
0.6197 hektar.

20.Mohd Ramli bin Ahmad
Kg Pulau Bongek Tengah, 71300 Rembau, N.S.
Lot 1408
0.8220 hektar.

21.Zainal bin Aziz
Lot 510, Tmn Sri Rembau, 71300 Rembau, N.S.
Lot1410
0.9232 hektar.

22.Che Minah bt Jamal
Kg. Perigi Jernih, 71300 Rbau, N.S.
Lot 1477
0.5420 hektar.
read more...

Thursday, May 6, 2010

Lagi rakaman gambar-gambar penebangan pokok-pokok getah.

Pengerusi, Hj Mahfudz dan Hj Hanizan (Ali) pada 3 hb Mei 2010 telah membuat pemantauan tebang pokok-pokok pada lot-lot yang telah diluluskan.










read more...

Monday, April 26, 2010

Laporan Projek oleh Pengerusi TSB(ME) PJ, 26hb April, 2010.




1. Pendahuluan.

Laporan ini merangkumi daripada tarikh 21 Mac 2010 sehingga 26hb April 2010.

2. Peristiwa dan progress.

1). Sebagaimana peserta-peserta mengetahui iaitu 56 orang telah dibayar wang pokok-pokok getah pada 21 Mac 2010. Ramai yang menerima dengan baik dan mengucapkan terima kasih. Seperti biasa ada segelintir yang bising tetapi setelah diterangkan oleh Pengerusi dan Pegawai Tanam Semula RISDA mereka mungkin telah faham.

2). Kami dapati pada hari tersebut ramai yang menghulurkan sumbangan wang sebesarnya RM50.00 dan paling sedikit .30 sen yang berjumlah RM431.30. Mewakilkan Pengerusi, pungutan telah bertambah RM154.90 Jumlah kutipan sebanyak RM586.20. Sebenarnya sebelum ini Pengerusi dan AJK bergerak diatas belanja sendiri dalam mengendalikan projek ini.

3). Permohonan yang berbaki sebanyak 20 + + sehingga kini masih belum dapat kelulusan. Ini disebabkan berbagai perkara/masalah persaorangan yang perlu Pengerusi, AJK dan RISDA atasi. Ini menimbulkan masalah walaupun demikian demi progress projek, kerja-kerja selanjutnya diteruskan juga.

4). Seminggu kemudian kecuh dengan penorehan berlaku di tapak projek. Macam-macam tomahan dilemparkan daripada segelintir peserta. Tidak kurang juga daripada seorang dua AJK sendiri yang tidak sepatut berlaku. Orang-orang yang tidak berkenaan pun mengambil kesempatan.

5). Kebenaran laluan menyisir keretapi telah diperolehi oleh Pemborong dengan pihak Keretapi Tanah Melayu. Tetapi untuk meneruskan kerja-kerja kita seharusnya menunggu kesemua permohonan lulus. Walaubagaimanapun kayu-kayu getah telah mula di tebang mulai 31 Mac 2010 pada lot-lot yang telah lulus. Perjalanan masuk/keluar lori-lori muatan kayu-kayu telah berjalan lancar. Namun pada minggu berikutnya kerja-kerja pemasang rasuk (beam) dilakukan di sisiran jalan keretapi. Lori-lori tidak dapat melaluinya seperti biasa.

6). Pengerusi telah memohon laluan Desa Permai Mampong daripada pihak Kerajaan Tempatan dan telahpun mendapat kelulusan. Deposit telah dibayar oleh pemborong sebanyak RM10,000.00. Perundingan telah pun dibuat oleh Pengerusi dan beberapa orang AJK penduduk taman namun mereka meminta bayaran daripada Pemborong sebanyak RM20,000.00. Beberapa orang lagi minta RM20,000.00 termasuklah seorang AJK TSB (ME) PJ. Apabila dijumlahkan sebanyak RM40,000.00. Saya tidak membenarkan pembayaran ini.

7). Pengerusi telah memohon jalan-jalan alternatif. Tetapi perkara yang sama juga berlaku. Seterusnya Pengerusi menggunakan kuasa yang ada, berbudibicara dengan pihak-pihak tertentu maka akhirnya mendapat laluan menyusur rezab Sg Mampong. Kini kerja-kerja membuat laluan sedang dijalankan dalam keadaan cuaca yang lembab.

3. Penghargaan

Saya ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kerana sumbangan tenaga dan kesungguhan berkerjasama yang telah diberikan demi perjalanan projek ini. Mereka ialah:

1) Setiausaha, Puan Rosmah binti Pilus

2) AJK, Hj Hanizan bin Kidam (Ali)

3) AJK, Haji Mahfudz bin Haji Baba,

4) Bendahari, En Abd Rashid bin Abu Talib

5) AJK, Haji Mohammad Kamal bin Hj Mohd Mahfudz.

6) The Glorious Woodwork Sdn Bhd.

Pihak-pihak berkuasa tempatan ialah:

1) YBhg Tn Hj Mohd Rawi bin Baharom, Pegawai Daerah.

2) Tn Hj Zubir bin Khalid, Penguasa Daerah, Perparitan & Saliran

3) En Sallehuddin bin Mohd Noor, Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan)

4) Puan Nor Rahila binti Mohd Yusof, Pengurus Besar, Pertubuhan Peladang Kawasan.


4. Syor

Sekali lagi saya sebagai Pengerusi menyeru, sama-sama kita berusaha demi kebaikan masyarakat setempat
menjurus berbakti kepada bangsa, Negara dan Agama. Usah timbulkan permasalahan.


5. Penutup

Diharap laporan ini akan menyedarkan kesemua AJK dan peserta-peserta akan kesungguhan kita
melaksanakan projek TSB (ME) PJ ini.


Sekian laporan saya.



Hajah Rokizan binti Haji Ibrahim
Pengerusi
TSB (ME) Perigi Jernih

26hb April, 2010
read more...

Sunday, April 25, 2010

Progress Log Bridge Dan Laluan Rezab Sg Mampong- 25hb April, 2010
















read more...