Friday, November 5, 2010

30hb Oktober, 2010 - Berunding mengenai tanaman kontan


Membawa En Rosli ke tapak untuk cadangan tanaman kontan.
read more...

Friday, October 29, 2010

28hb Oktober, 2010 - Tanaman Anak pokok Getah Bemula.






Sebagaimana yang telah dijadualkan maka pada 28hb Oktober,2010 anak-anak benih pokok Getah telah sampai di tapak projek TSB (ME) PJ. Dengan demikian bermula proses menanam. Mari sama-sama kita memantau untuk kebaikan bersama dan berdoa ke hadrat Allah S.W.T. semoga tanaman di projek kita selamat dan hidup segar. Amin.
read more...

Jerangkap haiwan




Sebanyak 3 set Jerangkap Haiwan telah siap di pasang di 3 pintu masuk projek.
read more...

20 Oktober, 2010 - Perbincangan Mengenai Persempadanan TSB(ME) PJ Dengan Tanah Keretapi Tanah Melayu & Penghantaran Baja oleh RISDA

Perbincangan antara Pengerusi dan Pengurus Projek KTM dan Pegawai-Pegawainya mengenai persempadanan TSB(ME)PJ dan Tanah KTM.






Sebanyak 75 unit bag @ 25kg Baja Rock Phosphate dan Risda 1 Ammonium Nitrate (CCM) 225 unit bag @ 25kg telah diterima untuk projek TSB (ME) PJ.
read more...

Wednesday, October 6, 2010

28hb September, 2010 - Bersama pemborong, AJK-AJK melihat perkembagan tapak.


Kerja-kerja pembersihan, membuat teres, parit keliling hampir keseluruhan selesai.

read more...

25hb September, 2010 - Pengerusi bersama AJK Arfisyam di tapak projek


Kerja-kerja membuat parit keliling terus dilakukan.
read more...

Thursday, September 23, 2010

Perkembangan projek setakat 19 September 2010

20hb September, 2010

GR/TSB(ME)PJ(23)(2010)

Tuan Haji Zubir bin Khalid,
Penguasa Daerah
Jabatan Parit dan Saliran,
Komplek Pejabat-Pejabat Kerajaan,
71300 Rembau, Negeri Sembilan.

Tuan,

MOHON LANJUTKAN TEMPUH SEHINGGA DISEMBER 2010
JAMBATAN SEMENTARA ( LOG BRIDGE )
DI SUNGAI KG PERIGI JERNIH, REMBAU, NEGERI SEMBILAN
UNTUK PEKEBUN-PEKEBUN KECIL,
TANAM SEMULA BERKELOMPOK (MINI ESTET)
PERIGI JERNIH {TSB(ME) PJ}, REMBAU DENGAN KERJASAMA RISDA

Rujuk: A: Surat kami GR/TSB(ME)PJ(12) bth 14 Apr 2010.
B: Surat kami GR/TSB(ME)PJ (15) bth 22 Apr 2010.

Dengan hormatnya saya ingin merujuk kepada perkara di atas.

1. Memandangkan kerja-kerja penamaman belum dilakukan maka saya memohon jasa baik pihak tuan untuk membenarkan laluan tersebut di lanjutkan kepada tarikh diatas.

Kerjasama tuan diucapkan ribuan terima kasih.

Saya yang benar,



Hajah Rokizan binti Haji Ibrahim
Pengerusi
TSB (ME) Perigi Jernih





Salinan kepada:

Pegawai Daerah,
Pejabat Daerah Dan Tanah Rembau,
Komleks Pentadbiran Daerah
71300 REMBAU,
Negeri Sembilan.
(UP: Encik Sallehudin) - Rujuk GR/TSB(ME)PJ(16)2010 bth 22 Apr 2010.


Tuan Syed Rashid bin Syed Mohamad
Pegawai Tanam Semula Negeri Sembilan Selatan
Pejabat Risda Tampin.
Tampin, Negeri Sembilan.

Ketua Stesen RISDA Rembau

Pembinaan teres berjalan lancar.

Pembinaan parit bagi hampir seluruh sempadan projek sedang dibina.
Permandangan projek di hilir kampung.
read more...