Selepas menangguhkan mesyuarat, pada hari tersebut, Pengerusi serta beberapa ahli AJK telah melawat kebun.
1. Dengan pemantauan yang baik oleh pihak pengurusan dan pentadbiran maka didapati pemborong telah melaksanakan kerja mereka. Keadaan kebun baik dan bersih.
2. Didapati pokok-pokok yang tidak diganggu 90%,
tumbesarannya naik subur.
3. Tanaman yang mati telah di sulam sebanyak 3 kali. Pokok yang disulam elok naiknya.
4. Masih terdapat pokok-pokok sulaman yang mati.
5. Kita masih menunggu benih bagi sulaman kali ke-4.
6. Tanaman benih-benih pokok mati adalah disebabkan gangguan haiwan seperti Kerbau, Lembu, Kambing, Babi dan musuh-musuh lain.
7. Diharap semua ahli-ahli boleh memberi kerjasama dengan baik mengenai perlaksanaan projek kita ini.
Mesyuarat kali ini telah diadakan dalam jangka jarak yang lama dengan mesyuarat AJK terdahulu oleh kerana kesesakan masa Pengerusi dan Pegawai Tanam Semula NS Selatan. Ditambah lagi dengan kesihatan kami yang tidak menentu. Walaubagaimanpun kerja-kerja pengurusan dan tugas-tugas pemborong telah tetap dilaksanakan.