Monday, May 17, 2010

Menandatangani Surat Perjanjian 17hb Mei, 2010
















Dokumen Perjanjian ditandantangani oleh Pengerusi TSB (ME) PJ dan Glorious Woodword Sdn Bhd dihadapan Pegawai Tanam Semula N.S. Selatan.
read more...

Rakaman gambar-gambar pada 16hb Mei, 2010. di perkarangan Surau Kg. Perigi Jernih, Rembau, N.S.

G

























Senarai nama-nama peserta (peringkat 2) yang menerima bayaran pokok kayu getah pada 16hb Mei, 2010.

1.Rebiah bt Ujang
Kg. Batu Nunggul, 71300 Rembau, N.S.
Lot 838.
1.0370 hektar.

2.Rusly b Ab Ghani
2756, Jln SJ 3/4, Tmn Sban Jaya, 70450 Sban, N.S.
Lot 839
1.6314 hektar.

3.Fuziah bt Alias
Kg. Batu, 71300 Rembau, N.S.
Lot 840
1.6150 hektar.

4.Shariff b Bahari
796, Kg Sri Parit, 71010 Lukut, Port Dickson, N.S.
Lot 850
1.1850 hektar.

5.Masru binti Said
Lot 294 Tmn Cahaya Bkt Sebang 78000 Alor Gajah, Melaka.
Lot 853
0.8079 hektar.

6.Asmah bt Shamsudin
Lot 636, Tmn Sri Rembau,71300 Rembau, N.S.
Lot 854
0.8346 hektar.

7.Zaleha bt Jamil
37, Jln Dahlia 5, Tmn Dato Wan, 70400 Ampangan, Sban, N.S.
Lot 855
0.8070 hektar.

8.Zainal Arif b Ibrahim
1202 Tmn Sri Intan 73000 Tampin, N.S.
Lot 861
0.8270 hektar.

9.Zainap bt Othman
Kg. Perigi Jernih, 71300 Rembau, N.S.
Lot 863
0.7883 hektar.

10.Zainun bt Wahid**
Kg. Batu, 71300 Rembau, N.S.
Lot 864 &1409
0.8213 & 0.8473 hektar.

11.Mustafa bin Rashid
Bt 24, Kg Lubok Redan, 78300 Mesjid Tanah, Melaka.
Lot 1200
0.7714 hektar.

12.Tajudin bin Mohd Ali
13, Jln 7/2, Bdr Tasik Kesuma, 43700 Beranang, Sel.
Lot 1203
1.000 hektar.

13.Laili bt Ab Hadi
Kg. Tanjong Keling, 71300 Rembau, N.S.
Lot 1220
0.8281 hektar.

14.Mohamad Hidhir b Abu Hasan
J744, Jln Orkid 1, Tmn Maju, 77000 Jasin, Melaka.
Lot 1223
0.7262 hektar.

15.Sabiah bt Laboh
Kg. Baru, Jln Tambang Kuda, 71300 Rbau, N.S.
Lot 1225
0.7082 hektar.

16.Kamaruddin b Abu Hassan**
Kg. Selemak, 71300 Rembau , N.S.
Lot 1231 & 1236
0.6167 & 0.6956

17.Sani b Peral
30, Felda Pasoh 4, 72300 Simpang Pertang, N.S.
Lot 1238
0.9864 hektar.

18.Kamariah bt Hussain
Kg. Batu, 71300 Rembau, N.S.
Lot 1248
1.2646 hektar.

19.Salmy bt Abu Bakar
Kg. Bongek , 71300 Rembau, N.S.
Lot 1266
0.6197 hektar.

20.Mohd Ramli bin Ahmad
Kg Pulau Bongek Tengah, 71300 Rembau, N.S.
Lot 1408
0.8220 hektar.

21.Zainal bin Aziz
Lot 510, Tmn Sri Rembau, 71300 Rembau, N.S.
Lot1410
0.9232 hektar.

22.Che Minah bt Jamal
Kg. Perigi Jernih, 71300 Rbau, N.S.
Lot 1477
0.5420 hektar.
read more...

Thursday, May 6, 2010

Lagi rakaman gambar-gambar penebangan pokok-pokok getah.

Pengerusi, Hj Mahfudz dan Hj Hanizan (Ali) pada 3 hb Mei 2010 telah membuat pemantauan tebang pokok-pokok pada lot-lot yang telah diluluskan.










read more...

Monday, April 26, 2010

Laporan Projek oleh Pengerusi TSB(ME) PJ, 26hb April, 2010.




1. Pendahuluan.

Laporan ini merangkumi daripada tarikh 21 Mac 2010 sehingga 26hb April 2010.

2. Peristiwa dan progress.

1). Sebagaimana peserta-peserta mengetahui iaitu 56 orang telah dibayar wang pokok-pokok getah pada 21 Mac 2010. Ramai yang menerima dengan baik dan mengucapkan terima kasih. Seperti biasa ada segelintir yang bising tetapi setelah diterangkan oleh Pengerusi dan Pegawai Tanam Semula RISDA mereka mungkin telah faham.

2). Kami dapati pada hari tersebut ramai yang menghulurkan sumbangan wang sebesarnya RM50.00 dan paling sedikit .30 sen yang berjumlah RM431.30. Mewakilkan Pengerusi, pungutan telah bertambah RM154.90 Jumlah kutipan sebanyak RM586.20. Sebenarnya sebelum ini Pengerusi dan AJK bergerak diatas belanja sendiri dalam mengendalikan projek ini.

3). Permohonan yang berbaki sebanyak 20 + + sehingga kini masih belum dapat kelulusan. Ini disebabkan berbagai perkara/masalah persaorangan yang perlu Pengerusi, AJK dan RISDA atasi. Ini menimbulkan masalah walaupun demikian demi progress projek, kerja-kerja selanjutnya diteruskan juga.

4). Seminggu kemudian kecuh dengan penorehan berlaku di tapak projek. Macam-macam tomahan dilemparkan daripada segelintir peserta. Tidak kurang juga daripada seorang dua AJK sendiri yang tidak sepatut berlaku. Orang-orang yang tidak berkenaan pun mengambil kesempatan.

5). Kebenaran laluan menyisir keretapi telah diperolehi oleh Pemborong dengan pihak Keretapi Tanah Melayu. Tetapi untuk meneruskan kerja-kerja kita seharusnya menunggu kesemua permohonan lulus. Walaubagaimanapun kayu-kayu getah telah mula di tebang mulai 31 Mac 2010 pada lot-lot yang telah lulus. Perjalanan masuk/keluar lori-lori muatan kayu-kayu telah berjalan lancar. Namun pada minggu berikutnya kerja-kerja pemasang rasuk (beam) dilakukan di sisiran jalan keretapi. Lori-lori tidak dapat melaluinya seperti biasa.

6). Pengerusi telah memohon laluan Desa Permai Mampong daripada pihak Kerajaan Tempatan dan telahpun mendapat kelulusan. Deposit telah dibayar oleh pemborong sebanyak RM10,000.00. Perundingan telah pun dibuat oleh Pengerusi dan beberapa orang AJK penduduk taman namun mereka meminta bayaran daripada Pemborong sebanyak RM20,000.00. Beberapa orang lagi minta RM20,000.00 termasuklah seorang AJK TSB (ME) PJ. Apabila dijumlahkan sebanyak RM40,000.00. Saya tidak membenarkan pembayaran ini.

7). Pengerusi telah memohon jalan-jalan alternatif. Tetapi perkara yang sama juga berlaku. Seterusnya Pengerusi menggunakan kuasa yang ada, berbudibicara dengan pihak-pihak tertentu maka akhirnya mendapat laluan menyusur rezab Sg Mampong. Kini kerja-kerja membuat laluan sedang dijalankan dalam keadaan cuaca yang lembab.

3. Penghargaan

Saya ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kerana sumbangan tenaga dan kesungguhan berkerjasama yang telah diberikan demi perjalanan projek ini. Mereka ialah:

1) Setiausaha, Puan Rosmah binti Pilus

2) AJK, Hj Hanizan bin Kidam (Ali)

3) AJK, Haji Mahfudz bin Haji Baba,

4) Bendahari, En Abd Rashid bin Abu Talib

5) AJK, Haji Mohammad Kamal bin Hj Mohd Mahfudz.

6) The Glorious Woodwork Sdn Bhd.

Pihak-pihak berkuasa tempatan ialah:

1) YBhg Tn Hj Mohd Rawi bin Baharom, Pegawai Daerah.

2) Tn Hj Zubir bin Khalid, Penguasa Daerah, Perparitan & Saliran

3) En Sallehuddin bin Mohd Noor, Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan)

4) Puan Nor Rahila binti Mohd Yusof, Pengurus Besar, Pertubuhan Peladang Kawasan.


4. Syor

Sekali lagi saya sebagai Pengerusi menyeru, sama-sama kita berusaha demi kebaikan masyarakat setempat
menjurus berbakti kepada bangsa, Negara dan Agama. Usah timbulkan permasalahan.


5. Penutup

Diharap laporan ini akan menyedarkan kesemua AJK dan peserta-peserta akan kesungguhan kita
melaksanakan projek TSB (ME) PJ ini.


Sekian laporan saya.



Hajah Rokizan binti Haji Ibrahim
Pengerusi
TSB (ME) Perigi Jernih

26hb April, 2010
read more...

Sunday, April 25, 2010

Progress Log Bridge Dan Laluan Rezab Sg Mampong- 25hb April, 2010
















read more...

Saturday, April 24, 2010

Rakaman gambar-gambar dipersekitaran tapak projek setakat 23hb April 2010










Sebahagian pokok-pokok yang telah ditebang.
Berbincang membuat laluan disisiran Sg. Mampong.
Pembinaan Log bridge.





























read more...

Rakaman surat-surat permohonan kepada pihak-pihak berkuasa tempatan.



TANAM SEMULA BERKELOMPOK
(MINI ESTET) PERIGI JERNIH
{TSB (ME)PJ}, REMBAU,
NEGERI SEMBILAN.
(Dibawah Projek RISDA)
D/A Lot 1589, Km 1.5, Jalan Chembong-Rantau,71300 Rembau, Negeri Sembilan.
06-6858543. 019-6647460, http://tsbperigijernih.blogspot.com, E-mail: rokizan@yahoo.com


22hb April, 2010

GR/TSB(ME)PJ(16)2010

Yang Berbahagia,
Pegawai Daerah,
Pejabat Daerah Dan Tanah Rembau,
Komleks Pentadbiran Daerah
71300 REMBAU,
Negeri Sembilan.
(UP: Encik Sallehuddin bin Mohd Noor)

Tuan,

MOHON LALUAN JALAN PEGAWAI DAERAH
DI KG PERIGI JERNIH, REMBAU, N.S
PROJEK UNTUK PEKEBUN-PEKEBUN KECIL,
TANAM SEMULA BERKELOMPOK (MINI ESTET)
PERIGI JERNIH {TSB(ME) PJ}, REMBAU DENGAN KERJASAMA RISDA


Rujuk:

A: Percakapan telefon antara En Sallehuddin/Puan Hajah Rokizan pada petang 21hb April 2010.
B: Perbincangan kita di pejabat tuan pada pagi 21hb April, 2010.
C: Surat kami GR/TSB(ME)PJ(14)2010 bth 14hb April, 2010.

Saya dengan hormatnya merujuk kepada perkara diatas.

2. Melalui Rujuk A, sebagaimana yang saya telah maklumkan kepada tuan bahawa pihak Jabatan Parit dan Saliran telah memberi kebenaran menggunakan laluan rezab Sg. Mampong untuk tujuan penganggkutan kayu-kayu getah tersebut.

3. Walaubagaimanapun kerjasama tuan untuk meluluskan permohonan kami melalui Rujuk B diucapkan ribuan terima kasih. Maka dengan ini bahawa surat kami melalui Rujuk C berhenti setakat itu sahaja. Jika ada sebarang perubahan kami akan hubungi pihak tuan kelak.

Sekian dan terima kasih.

Saya yang benar,



Hajah Rokizan binti Haji Ibrahim
Pengerusi
TSB (ME) Perigi Jernih.

Salinan kepada:

Tuan Haji Zubir bin Khalid,
Penguasa Daerah
Jabatan Parit dan Saliran,
Komplek Pejabat-Pejabat Kerajaan,
71300 Rembau, Negeri Sembilan.
________________________________________________________________________________
TANAM SEMULA BERKELOMPOK
(MINI ESTET) PERIGI JERNIH
{TSB (ME)PJ}, REMBAU,
NEGERI SEMBILAN.
(Dibawah Projek RISDA)
D/A Lot 1589, Km 1.5, Jalan Chembong-Rantau,71300 Rembau, Negeri Sembilan.
06-6858543. 019-6647460, http://tsbperigijernih.blogspot.com, E-mail: rokizan@yahoo.com


22 hb April, 2010

GR/TSB(ME)PJ(15)(2010)

Tuan Haji Zubir bin Khalid,
Penguasa Daerah
Jabatan Parit dan Saliran,
Komplek Pejabat-Pejabat Kerajaan,
71300 Rembau, Negeri Sembilan.

Tuan,

MOHON MEMBUAT JAMBATAN SEMENTARA ( LOG BRIDGE )
DI SUNGAI KG PERIGI JERNIH, REMBAU, NEGERI SEMBILAN
UNTUK PEKEBUN-PEKEBUN KECIL,
TANAM SEMULA BERKELOMPOK (MINI ESTET)
PERIGI JERNIH {TSB(ME) PJ}, REMBAU DENGAN KERJASAMA RISDA

Rujuk:

A: Percakapan telefon antara Tn. Hj. Zubir/Hajah Rokizan pada petang 21hb April, 2010.
B: Perbincangan kita di pejabat tuan pada pagi 21hb April, 2010.
C: Surat kami GR/TSB(ME)PJ(12)(2010) bth 14hb April, 2010.

Dengan hormatnya saya ingin merujuk kepada perkara di atas.

2. Melalui Rujuk A, saya mohon izin mendapat kebenaran laluan menyusur jalan rezab Sungai Mampong sebagaimana yang tuan persetujui.

3. Dengan ini sebagaimana lakaran pelan melalui Rujuk C, berubah sedikit iaitu log bridge melalui lot 1460 melintas ke lot 416 (izin daripada empunya kedua-dua lot yang sama) dan terus ke rezab Sungai Mampong keluar ke jalan raya. Dengan ini bermakna permohonan kedudukan Log bridge yang asal telah dipindahalih ke posisi yang selari daripada lot 1460 kepada lot 416.

4. Kelulusan tuan mengenai permohonan ini diucapkan terima kasih.

Saya yang benar,


Hajah Rokizan binti Haji Ibrahim
Pengerusi,
TSB (ME ) Perigi Jernih.
____________________________________________________________________________________
TANAM SEMULA BERKELOMPOK
(MINI ESTET) PERIGI JERNIH
{TSB (ME)PJ}, REMBAU,
NEGERI SEMBILAN.
(Dibawah Projek RISDA)
D/A Lot 1589, Km 1.5, Jalan chembong-Rantau, 71300 Rembau, Negeri Sembilan.
06-6858543, 019-6647460, http://tsbperigijernih.blogspot.com, E-mail:rokizan@yahoo.com


14hb April, 2010

GR/TSB(ME)PJ(13)2010

Puan Nor Rahila bt Mohd Yusof,
Pengurus Besar PPK Rembau,
71300 Rembau, Negeri Sembilan.

Tuan,

MOHON LALUAN DI PPK KELAPA SAWIT PERIGI JERNIH 1
PROJEK UNTUK PEKEBUN-PEKEBUN KECIL,
TANAM SEMULA BERKELOMPOK (MINI ESTET)
PERIGI JERNIH {TSB(ME) PJ}, REMBAU DENGAN KERJASAMA RISDA
___________________________________________________________________



Dengan segala hormatnya saya ingin merujuk kepada perkara diatas.


2. Saya sebagai Pengerusi projek ini ingin memohon jasa baik tuan untuk memberi laluan kepada Pemborong yang telah di pilih iaitu Glorious Woodwork Sdn Bhd untuk melaksanakan projek tersebut. Pemborong memerlukan tempuh selama 6 bulan iaitu daripada bulan April, 2010 sehingga September, 2010 untuk membuat kerja-kerja penebangan pokok-pokok kayu getah sehingga kerja-kerja menanam untuk 56 lot pekebun-pekebun kecil yang mengandungi 47.4749 hektar yang telah diluluskan oleh RISDA. Ada berbaki 20 lot yang masih menunggu kelulusan. Apabila diluluskan nanti oleh RISDA projek ini berjumlah lebih kurang 75 hektar. Bersama-sama ini dikepil:


a. Salinan Surat Penerimaan Tawaran oleh Pemborong bertarikh 1hb. Mac 2010.

b. Lakaran pelan laluan di pohon.

3. Untuk makluman tuan, pada peringkat awal laluan adalah mengikut Jalan Sisiran Keretapi. Penggunan laluan ini tidak dapat diteruskan lagi kerana pihak keretapi memulakan kerja memasang rasuk (beam).

4. Saya amat berharap semoga permohonan ini mendapat kelulusan daripada pihak tuan. Kerjasama tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

Saya yang benar,




Hajah Rokizan binti Haji Ibrahim,
Pengerusi
TSB (ME) PJ

Salinan kepada:

Tuan Syed Rashid bin Syed Mohamad,
Pegawai Tanam Semula Negeri Sembilan Selatan,
Pejabat Risda Tampin.
Tampin, Negeri Sembilan.

Ketua Stesen RISDA Rembau,

Yang Berbahagia,
Tuan Haji Mohamad Rawi bin Baharom,
Pegawai Daerah
Pejabat Daerah Dan Tanah Rembau,
Komleks Pentadbiran Daerah,
71300 REMBAU,
Negeri Sembilan.

Tuan Haji Zubir bin Khalid,
Penguasa Daerah,
Jabatan Parit dan Saliran,
Komplek Pejabat-Pejabat Kerajaan,
71300 Rembau, Negeri Sembilan.
_________________________________________________________________________________

TANAM SEMULA BERKELOMPOK
(MINI ESTET) PERIGI JERNIH
{TSB (ME)PJ}, REMBAU,
NEGERI SEMBILAN.
(Dibawah Projek RISDA)
D/A Lot 1589, Km 1.5, Jalan Chembong-Rantau, 71300 Rembau, Negeri Sembian.
06-6858543, 019-6647460, http://tsbperigijernih.blogspot.com, E-mail: rokizan@yahoo.com



14hb April, 2010

GR/TSB(ME)PJ(12)2010)

Tuan Haji Zubir bin Khalid,
Penguasa Daerah
Jabatan Parit dan Saliran,
Komplek Pejabat-Pejabat Kerajaan,
71300 Rembau, Negeri Sembilan.

Tuan,

MOHON MEMBUAT JAMBATAN SEMENTARA ( LOG BRIDGE )
DI SUNGAI KG PERIGI JERNIH, REMBAU, NEGERI SEMBILAN
UNTUK PEKEBUN-PEKEBUN KECIL,
TANAM SEMULA BERKELOMPOK (MINI ESTET)
PERIGI JERNIH {TSB(ME) PJ}, REMBAU DENGAN KERJASAMA RISDA
__________________________________________________________________


Dengan hormat saya ingin merujuk kepada perkara diatas.


2. Saya sebagai Pengerusi TSB (ME) Perigi Jernih ini ingin memohon jasa baik tuan untuk memberi kebenaran membuat jambatan sementara (log bridge) melintasi Sungai Kg Perigi Jernih. Pembinaan jambatan sementara (log bridge) ini akan dilakukan oleh Pemborong yang di pilih iaitu Glorious Woodwork Sdn Bhd guna untuk memberi laluan lori-lori masuk/keluar. Projek tersebut memerlukan tempuh selama 6 bulan iaitu daripada bulan April, 2010 sehingga September, 2010 untuk membuat kerja-kerja penebangan pokok-pokok kayu getah sehingga kerja-kerja menanam untuk 56 lot pekebun-pekebun kecil yang mengandungi 47.4749 hektar yang telah diluluskan oleh RISDA. Ada berbaki 20 lot yang masih menunggu kelulusan. Apabila diluluskan nanti oleh RISDA projek ini berjumlah lebih kurang 75 hektar.

3. Untuk makluman tuan, pada peringkat awal laluan adalah mengikut Jalan Sisiran Keretapi. Penggunan laluan ini tidak dapat diteruskan lagi kerana pihak keretapi memulakan kerja memasang rasuk (beam). Bersama-sama ini dikepil:

a. Salinan Surat Penerimaan Tawaran oleh Pemborong bertarikh 1hb. Mac 2010.

b. Lakaran pelan jambatan sementara (log bridge).

c. Surat akuan kebenaran laluan daripada tuan-tuan punya tanah.


4. Saya amat berharap semoga permohonan ini mendapat kelulusan daripada pihak tuan. Kerjasama tuan didahului dengan ucapan terima kasih.




Saya yang benar,




Hajah Rokizan binti Haji Ibrahim,
Pengerusi
TSB (ME) PJ

Salinan kepada:
Tuan Syed Rashid bin Syed Mohamad
Pegawai Tanam Semula Negeri Sembilan Selatan
Pejabat Risda Tampin.
Tampin, Negeri Sembilan.

Ketua Stesen RISDA Rembau,


Yang Berbahagia,
Tuan Haji Mohamad Rawi bin Baharom,
Pegawai Daerah
Pejabat Daerah Dan Tanah Rembau,
Komleks Pentadbiran Daerah
71300 REMBAU,
Negeri Sembilan.


Puan Nor Rahila bt Mohd Yusof,
Pengurus Besar PPK Rembau,
71300 Rembau, Negeri Sembilan
_________________________________________________________________________________
TANAM SEMULA BERKELOMPOK
(MINI ESTET) PERIGI JERNIH
{TSB (ME)PJ}, REMBAU,
NEGERI SEMBILAN.
(Dibawah Projek RISDA)
D/A Lot 1589, Km 1.5, Jalan Chembong-Rantau,71300 Rembau, Negeri Sembilan.
06-6858543. 019-6647460, http://tsbperigijernih.blogspot.com, E-mail: rokizan@yahoo.com



14hb April, 2010

GR/TSB(ME)PJ(14)2010


Yang Berbahagia,
Tuan Haji Mohamad Rawi bin Baharom,
Pegawai Daerah,
Pejabat Daerah Dan Tanah Rembau,
Komleks Pentadbiran Daerah
71300 REMBAU,
Negeri Sembilan.

Tuan,

MOHON LALUAN JALAN PEGAWAI DAERAH
DI KG PERIGI JERNIH, REMBAU, N.S
PROJEK UNTUK PEKEBUN-PEKEBUN KECIL,
TANAM SEMULA BERKELOMPOK (MINI ESTET)
PERIGI JERNIH {TSB(ME) PJ}, REMBAU DENGAN KERJASAMA RISDA


A. Surat kepada YBhg tuan Pegawai Daerah, GR/TSB(ME)PJ(10)(2010) bth 31hb Mac, 2010 adalah berkaitan.
B. Surat kami kpd MDR, GR/TSB(ME)PJ (11)(2010) bth 5hb Apr, 2010.
C. Surat tuan (104) dm MDR.pel bth 9 Apr 2010.

Dengan hormat saya merujuk kepada perkara diatas dan mengucapkan ribuan terima kasih diatas kelulusan tuan melalui Rujuk C.

2. Dengan ini saya dukacita memaklumkan kepada tuan bahawa penduduk penduduk Taman Desa Permai Mampong serta Ahli-Ahli Jawatankuasanya telah meminta RM40,000 daripada pemborong iaitu Glorious Woodwork Sdn Bhd. Dengan hal demikian kami tidak dapat memenuhi permintaan mereka memandangkan ini adalah projek untuk orang kampung sedangkan saya serta Ahli-Ahli Jawatankuasa menjalankan kerja-kerja ini dengan sukarela.

3. Sehubungan dengan itu kami memohon jalan alternatif iaitu memohon 60 meter sahaja Jalan Pegawai Daerah iaitu memasuki Jalan Kg Perigi Jernih, Rembau seperti yang di kepil didalam lakar pelan yang bertanda kuning. Selainnya saya akan menghubungi pihak-pihak tertentu untuk mendapatkan kelulusan bagi sambungan laluan ke tapak projek tersebut.

4. Untuk makluman tuan, pada peringkat awal laluan adalah mengikut Jalan Sisiran Keretapi. Penggunan laluan ini tidak dapat diteruskan lagi kerana pihak keretapi memulakan kerja memasang rasuk (beam).

4. Saya amat-amat berharap tuan dapat meluluskan laluan ini. Kerjasama tuan didahului dengan ucapan ribuan tarima kasih.


Saya yang benar,




Hajah Rokizan binti Haji Ibrahim,
Pengerusi
TSB (ME) PJ

Salinan kepada:

Tuan Syed Rashid bin Syed Mohamad,
Pegawai Tanam Semula Negeri Sembilan Selatan,
Pejabat Risda Tampin.
Tampin, Negeri Sembilan.

Ketua Stesen RISDA Rembau,

Tuan Haji Zubir bin Khalid,
Penguasa Daerah,
Jabatan Parit dan Saliran,
Komplek Pejabat-Pejabat Kerajaan,
71300 Rembau, Negeri Sembilan.

Puan Nor Rahila bt Mohd Yusof,
Pengurus Besar PPK Rembau,
71300 Rembau, Negeri Sembilan.
_____________________________________________________________________________________



TANAM SEMULA BERKELOMPOK
(MINI ESTET) PERIGI JERNIh
{TSB (ME)PJ}, REMBAU,
NEGERI SEMBILAN.
( Dibawah Projek RISDA)
D/A Lot 1589, Km 1.5, Jalan Chembong-Rantau,71300 Rembau, Negeri Sembilan.
06-6858543. 019-6647460, http://tsbperigijernih.blogspot.com, E-mail: rokizan@yahoo.com



Fail kami: GR/TSB(ME)PJ(11) (2010)

Yang Berbahagia,
Tuan Haji Mohamad Rawi bin Baharom,
Yang Dipertua
Majlis Daerah Rembau
Pejabat Majlis Daerah,
71300 REMBAU,
Negeri Sembilan.

Tuan,

MOHON MEMBERI LALUAN MASUK & KELUAR
MELALUI TAMAN DESA PERMAI MAMPONG, REMBAU,
UNTUK PROJEK TANAM SEMULA BERKELOMPOK

(MINI ESTET) PERIGI JERNIH {TSB(ME)PJ}
DENGAN KERJASAMA RISDA
______________________________________________________________________________________

Rujuk:

A Surat kepada YBhg tuan Pegawai Daerah, GR/TSB(ME)PJ(10)(2010) bth 31hb Mac, 2010 adalah berkaitan.
B. Percakapan telefon antara Puan Juliza bt Zakaria/Puan Hajah Rokizan binti Haji Ibrahim pada 5hb Apr 2010.

Dengan segala hormatnya saya ingin merujuk kepada perkara diatas.

Saya sebagai Pengerusi Projek tersebut ingin memohon jasa baik tuan untuk memberi laluan kepada Pemborong yang telah di pilih iaitu Glorious Woodwork Sdn Bhd untuk melaksanakan projek tersebut. Pemborong memerlukan tempuh selama 6 bulan iaitu daripada bulan April, 2010 sehingga September, 2010 untuk membuat kerja-kerja penebangan pokok-pokok kayu getah sehingga kerja-kerja menanam untuk 56 lot pekebun-pekebun kecil yang mengandungi 47.4749 hektar yang telah diluluskan oleh RISDA. Ada berbaki 20 lot yang masih menunggu kelulusan. Apabila diluluskan nanti oleh RISDA projek ini berjumlah lebih kurang 75 hektar. Bersama-sama ini dikepil:

a Salinan Surat Penerimaan Tawaran oleh Pemborong bertarikh 1hb. Mac 2010.

b Lakaran pelan projek.

2. Bayaran wang deposit akan dilaksanakan oleh Pemborong apabila tuan mengkehendakinya.

3. Saya amat berharap agar tuan dapat memberi kelulusan atas permohonan ini. Kerjasama tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

Saya yang benar,


Hajah Rokizan binti Haji Ibrahim
Pengerusi
TSB (ME) PJ

read more...