Latest Posts

Wednesday, April 13, 2016

12 Feb 2016 Lawatan lot-lot pemulihan

Pengerusi dan AJK serta rakan-rakan lama melawat kawasan pemulihan dan pemantauan kerja-kerja meracun.




read more...

Tuesday, September 8, 2015

Mesyuarat Agung Awalan Koperasi Tanam Semula Berkelompok Perigi Jernih Berhad

Pada 18hb Ogos, 2015 setelah selesai Perasmian  Penorehan Getah oleh RISDA.  Majlis  telah di sambut pula oleh Pegawai Suruhanjaya Koperasi Malaysia Wilayah untuk sama menyaksi 

Mesyuarat Agung Awalan Koperasi. Seramai 85 Ahli-ahli peserta telah hadir.
read more...

Perasmian Penorehan oleh RISDA pada 18 Ogos, 2015












12hb Julai, 2015. Lawatan oleh Tn Hj Imran, Pengarah Pembangunan RISDA.



 
 
 
22hb June,2015, Temudega di Pejabat Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Seremban, NS.
 
 
 
 


 
 
 
 
 
 


read more...

Tuesday, June 9, 2015

Mesyuarat Agong TSB(ME) Perigi Jernih Rembau Negeri Sembilan 2015 pada 23 Mei 2015















Assalamualaikum semua,


Mesyuarat Agong TSB(ME) Perigi Jernih Rembau Negeri Sembilan 2015


Dimaklumkan bahawa satu Mesyuarat Agong TSB(ME) Perigi Jernih (PJ) Rembau Negeri Sembilan 2015 telah diadakan dengan jayanya pada 23 Mei 2015 yang lalu di tapak kebun TSB (ME) PJ.

Antara perkara yang telah dimaklumkan di dalam mesyuarat tersebut ialah ada di antara pokok getah di projek TSB (ME) PJ ini yang boleh ditoreh tidak lama lagi dan para peserta telah bersetuju untuk torehan dan pengurusan dibuat secara bersatu.

Sehubungan itu, satu Sesi Perasmian Penorehan Getah TSB (ME) Perigi Jernih akan diadakan pada 18 Ogos 2015 ini di tapak kebun TSB (ME) PJ (Akan diberitahu lagi melalui email dan whatsapp).

Bagi memastikan kelancaran urusan torehan ini, pohon kerjasama semua peserta untuk mengemukakan perkara-perkara berikut ke pejabat Lembaga Getah Malaysia yang berhampiran dengan seberapa segera:-

1) Borang kad getah (Borang KAT-G LGM) Lembaga Getah Malaysia (LGM) berserta no akaun,
2) 2 gambar ukuran passport
3) Salinan geran
4) Salinan buku akaun bank

Ini bertujuan untuk membolehkan pihak LGM menyalurkan bantuan kepada semua peserta terlibat sekiranya ada. Setiap orang yang ada nama dalam geran perlu memohon.

Bagi mereka yg tinggal di:
Perak - Pejabat Lembaga Getah Malaysia di Ipoh.
LGM Melaka di Bukit Katil.
LGM Johor di Segamat.
LGM Kedah di Sg Petani.
LGM NS di Jalan Zaaba, Seremban.
LGM Selangor dan WP di Jalan Ampang.


-Ahli-ahli boleh pergi sendiri ke LGM intuk mendapat kad KAT-G itu.


KAT-G yg bakal siap akan diserahkan kpd peserta pada Hari Perasmian Itu nanti.

-Ahli-ahli perlukan melengkap borang persetujuan toreh getah oleh TSB (ME) PJ pada perjumpaan itu nanti.

-Ada 8 lot bermasalah. Tanam banyak kali tak hidup. Sekarang telah masuk ke dalam skim pemulihan. Pagar keliling gunakan chain link.

-Persetujuan menubuhkan Koperasi TSB(ME) PJ.

Terlalu banyak faedah dan menfaat boleh ahli-ahli perolehi apabila wujudnya koperasi Bersatu teguh bercerai roboh.

-Wang Tabung boleh di masukkan ke dalam akaun Simpanan Tetap.

-Torehan dan pengurusan telah dipersetujui dibuat secara bersatu. Kini 80% yg boleh ditoreh hasilnya nanti  akan diagihkan secara sama rata kepada semua peserta mengikut keluasan lot. Lama-kelamaan baki 20% akan terus membesar sehingga mecapai 18 inci keliling akan ditoreh juga. Konsep satu untuk semua, semua untuk satu.

Penorehan bersatu/berkelompok  juga banyak diberikan sokongan dan bantuan oleh RISDA seperti membekalkan alat-alat kelengkapan menoreh, baja dan cuka untuk beberapa tahun. RISDA juga akan tetap memantau.

Ada beberapa lagi bantuan dari masa kesemasa akan dibantu dan dipandu oleh RISDA spt pasarana dlm beberapa hal lagi.

- Bangunkan Depoh dalam kebun untuk kumpul getah. 

Lot 1234 Rohana Alias,
lot 1230 Hj Rahmid dan lot 840 Hjh Rokizan (tapak Depoh lama) sudi sumbangkan sedikit ruang tanah dan bersedia untuk mengorbankan/menebang15 pokok-pokok untuk tujuan membangunkan depoh. Pilihan akan dibuat oleh RISDA mengikut kesesuaian.

-Peserta secara automatik dapat masuk ke dalam kumpulan khairat kematian daripada RISDA.

-Skim sara usaha hidup untuk peserta berpendapatan RM 1500 dan berusaha sendiri.
Bantuan IKS RISDA. Peserta TSB boleh mohon sebanyak RM10,000 untuk modal perniagaan dibawah Industri Kecilan.

-Sila batalkan kaveat pada gran/lot tanah.

-Sila kemaskini nama pemilik geran tanah kepada Pengerusi.

-Sila juga kemaskini nombor telefon dan whatsaap kepada Pengerusi untuk kemudahan perhubungan.

-No tel dan whatsaap  Pengerusi 019- 6647460.

Jemput sertai group whatsapp ahli TSB (ME) PJ untuk makluman terkini dari semasa ke semasa.

Untuk makluman. Sekian. Terima kasih.


Hajah Rokizan(Amy) binti Haji Ibrahim
Pengerusi TSB ( ME) PJ






18 Mei 2015 Perbincangan  dengan Pegawai Pembangunan RISDA Tampin mengenai penghantaran  alat-alat penorehan















10 Apr 2015 Mesyuarat AJK di Pejabat Stesen RISDA Rembau  telah dihadiri oleh Puan Hajah Normah bt Tumpang, Pegawai Tanam Semula NS Selatan.


Dipersekitan Mesyuarat Agong.














read more...

Tuesday, March 4, 2014

3hb Feb 2014- Lawatan bersama Kontraktor dan Pegawai RISDA.

Ulasan Pengerusi:
- Kebun  telah siap diracun.
- Pokok-pokok yang tiada masalah terus hidup subur.
- Pokok-pokok ada yang patah oleh tiupan angin yang kuat beberapa hari lalu.
- Terdapat juga anak-anak pokok sulaman yang ke-3 terus hidup dan ada yang mati disebabkan gangguan haiwan.
-  Ada pokok-pokok
yang perlu dicantas lagi.
-  Jalan-jalan dikebun banyak yang rosak dan perlu diperbaiki.


 
read more...

05 Dis 2013. Benih Sulaman Sampai.


Pengerusi melawat projek dan mendapati anak-anak benih 2 tingkat daun yang sihat sebanyak 3000 ribu telah di bekalkan.

Anak-anak benih ini akan disulam  tanaman kepada lot-lot yang pokok-pokok telah mati.  Ini merupakan tanam sulaman yang ke-4.




read more...

Rakaman gambar-gambar 29 Nov 2013, Mesyuarat AJK di Pejabat Ghazro.

Mesyuarat AJK yg ke-14 ini adalah merupakan mesyuarat terakhir kami bersama Pegawai Tanam Semula NS Selatan Tuan Syed Rasid bin Mohamad.  Allahyarham telah kembali ke Raahmatullah pada 25hb Disember, 2013. Al Fatihah ...semoga rohnya dimasukan ke dalam gulungan solehan.
read more...