Wednesday, March 24, 2010

Gambar-gambar di persekitaran pembayaran pokok getah diperkarangan Surau Kg Perigi Jernih, Rembau, NS pada 21 Mac 2010.

30.03.2010 - Sumbangan wang didalam kotak oleh peserta-peserta sebanyak RM586.20. Alhamdulillah inilah wang boleh membantu pengurusan. Terima kasih.








































Kira wang tu, jangan tak kira. Membahagi wang dengan rakan kongsi.






















































read more...

Tuesday, March 23, 2010

Rakaman surat mohon kelulusan peserta-perserta yang berbaki.

Menyemak dan menandatangani borang permohonan yang berbaki. Pengerusi, Setiausaha dan En Aziz Sidek




___________________________________________________________________________________


Lot 1589, Km 1.5, Jalan Chembong-Rantau,
71300 Rembau,
Negeri Sembilan

Tel. 019-6647460
06-6858543 (Rumah)
rokizan@yahoo.com
http://tsbperigijernih.blogspot.com

12 Mac, 2010

Fail Kami: GR/TSBPJ 2010 (8)

Ketua Stesen RISDA
Stesen RISDA Rembau
71300 Rembau, Negeri Sembilan

Permohonan Ahli-Ahli TSB (ME) Perigi Jernih

Merujuk kepada perkara diatas bersama-sama ini disertakan senarai permohonan ahli-ahli yang telah lulus iaitu 52 permohonan.

Mengikut rekod senarai yang telah kami terima daripada pihak tuan yang mengikuti Program Mini Estet terdahulu adalah 76 lot. Disini disertakan juga senarai permohonan yang belum dilulus/diterima sebanyak 24 permohonan. Maka dengan ini saya merayu supaya permohonan peserta-peserta yang berbaki dilulus dengan segera demi untuk melicinkan projek ini.

Kerjasama pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

Saya yang benar,



Hajah Rokizan Binti Haji Ibrahim
Pengerusi,
TSB (ME) PJ

Salinan kepada:

Tuan Said Rashid bin Syed Mohamad
Pegawai Tanam Semula Negeri Sembilan Selatan
Pejabat Risda Tampin.
Tampin, Negeri Sembilan

Kesemua peserta-peserta yang berbaki seramai 24 (yang belum mendapat kelulusan).

_______________________________________________________________________________


Senarai Permohonan Peserta-Peserta TSB(ME) PJ yang telah lulus setakat 1hb Mac 2010

1 .
Nooriah binti Hassan
7617, Tma Sri Kelemak, 78000 Alor Gajah, Melaka.
Lot 824
0.3871 Hektar

2.
Iyah bt Mahmud **
Kg. Padang Lebar, 71300 Rembau, N.S.
Lot 825
0.7826 Hektar

3.
Iyah bt Mahmud **
Kg. Padang Lebar, 71300 Rembau, N.S.
Lot 826
0.7568 Hektar

4.
Indon bt Ibrahim
Kg Perigi Jernih, 71300 Rembau, N.S.
Lot 827
0.713 Hektar

5.
Che Minah bt Jamal
Kg. Perigi Jernih, 71300 Rembau, N.S.
Lot 835
0.908 Hektar

6 .
Hawiah bt Aman
Kg Bongek Tengah, 71300 Rembau, N.S.
Lot 836
1.28 Hektar

7.
Faridah bt Abdullah
55, Lorong Air Kuning 4, Jln Air Kuning, Air Panas, 53200 Setapak, K.L., W.P.
Lot 847
0.8465 Hektar

8 .
Rokizan bt Ibrahim **
Lot 1589, Km 1.5, Jln Chembong-Rantau, 71300 Rembau, N.S
Lot 848
1.1179 Hektar

9.
Saumor bt Mohd Ali
Kg. Padang Lebar, 71300 Rembau, N.S.
Lot 849
1.1407 Hektar

10.
Zabedah bt Md Isa
207, Lrg Indah 1,Tmn Dato Shahbandar, 70400 Seremban, N.S.
Lot 852
1.429 Hektar

11.
Zainon bt Maarof
Lot 216A, Kg Padang Lebar, 71300 Rbau, N.S.
Lot 856
0.8625 Hektar

12.
Puteh bt Mahadi
43, Kg. Pulau Besar, 71300 Rembau, N.S.
Lot 857
0.8178 Hektar

13.
Mohamad Alway b Ibrahim
Lot 447, Kg Cheras Baru, Bkt A, Jln Kuari, 56100 KL.,
Lot 859
0.8347 Hektar

14.
Kantho bin Pijo
Kg. Bt.3 Jalan Bangi, 43500, Semenyeh, Selangor
Lot 860
0.8321 Hektar

15.
Abu Yazid b Ujang
Kg Seberang Batu Hampar, 71300 Rbau, N.S
Lot 862
0.8017 Hektar

16 .
Siti Aesah bt Ahmad **
Kg Padang Lebar, 71300 Rembau, N.S.
Lot 865
0.7673 Hektar

17 .
Siti Aesah bt Ahmad **
Kg Padang Lebar, 71300 Rembau, N.S.
Lot 866
0.8574 Hektar

18 .
Seriah bt Husain
Kg. Padang Lebar, 71300 Rembau, N.S
Lot 869
0.8144 Hektar

19.
Che Zaibedah bt Abd Majid
3, Jln Kosas Utama 2/1, Tmn Kosas, 68000, Ampang, Selangor.
Lot 924
2.0664 Hektar

20.
Siti Rokiah@Ropiah bt Arshad
34, Rumah Rakyat Sg Layang, 71300 Rembau, NS.
Lot 925
0.8853 Hektar

21.
Selimah bt Sharif
177, Jln Seri Aman 8, Tmn Seri Aman Lukut, 71010 NS.
Lot 1012
0.8452 Hektar

22.
Kamariah bt Senan
Kg Perigi Jernih, 71300 Rbau, NS.
Lot 1013
0.8728 Hektar

23 .
Rokizan bt Ibrahim **
Lot 1589, Km 1.5, Jln Chembong-Rantau, 71300 Rbau, N.S
Lot 1201
0.8295 Hektar

24.
Siti Zaleha bt Kolan
2, Jln 1/2E, Bdr Baru Bangi, 36500 Bangi, Selangor.
Lot 1202
1.3532 Hektar

25.
Tajuddin b Mohd Ali
13, Jln 7/2 Bdr Tasik Kesuma,43700 Beranang, Selangor.
Lot 1203
0.3152 Hektar

26.
Hariah bt Hj Yusof
Kg Perigi Jernih, 71300 Rembau, N.S.
Lot 1204
1.054 Hektar

27.
Zainin bt Hashim
Lot 6239, Bt 36, Jln Dengkil, Kg Bkt Canggang, Banting, 46000 Selangor.
Lot 1211
0.4553 Hektar

28 .
Mahani bt Tambi
Kg Perigi Jernih, 71300 Rbau, N.S
Lot 1218
0.8347 Hektar

29.
Zaharah bt Simin
Kg. Perigi Jernih, 71300 Rembau, N.S.
Lot 1219
0.822 Hektar

30.
Mohd Shahari bin Shamsudin **
38, Lrg Kenanga 18, Tmn Satria,70450 Senawang, Sban. N.S.
Lot 1221
0.7448 Hektar

31.
Maria bt Maarof
2575, Jln SJ 3/18,Tmn Sban Jaya, 70450 Sban, N.S.
Lot 1222
0.799 Hektar

32.
Siti Sahara bt Said ***
Kg Perigi Jernih, 71300 Rembau, N.S.
Lot 1224
0.8779 Hektar

33.
Siti Rohani bt Abd Samat
1,Lorong Lautan Samudera 9/5, Seksyen 9, Bandar Puncak, 42300 Kuala Selangor, Selangor.
Lot 1227
0.6441 Hektar

34.
Siti Sahara bt Said ***
Kg Perigi Jernih, 71300 Rembau, N.S.
Lot 1228
0.6703 Hektar

35.
Rosli bin Hamid
Kg Perigi Jernih, 71300 Rembau, N.S.
Lot 1229
0.5691 Hektar

36.
Abd Rahmid b Kidam
25, Jln Budiman 14, Tmn Mulia, Bdr Tun Razak, Cheras, KL.
Lot 1230
0.6196 Hektar

37.
Mohd Shahari bin Shamsudin **
38, Lrg Kenanga 18, Tmn Satria,70450 Senawang, Sban. N.S.
Lot 1232
0.7949 Hektar

38.
Siti Sahara bt Said ***
Kg Perigi Jernih, 71300 Rembau, N.S.
Lot 1233
0.822 Hektar

39.
Timah bt Sengah
Kg Perigi Jernih, 71300 Rbau, N.S.
Lot 1234
0.7714 Hektar

40.
Abdul Hanizan b Kidam
Kg Padang Lebar, 71300 Rbau, N.S.
Lot 1235
0.7461 Hektar

41.
Kering@Limah bt Husin
Kg Perigi Jernih, 71300 Rbau, N.S.
Lot 1237
0.9105 Hektar

42.
Jamilah bt Adom
2923E, Jln Uda, Tmn Uda,05350Alor Setar, Kedah
Lot 1239
0.885 Hektar

43.
Ibrahim b Sharif
Lot 620, Jln 18/7, Tmn Sri Serdang, 43300 Sri Kembangan, Sel.
Lot 1241
0.7588 Hektar

44.
Mariam bt Kamarudin
Lot 246,Jiboi,70400 Ampangan, Seremban, N.S.
Lot 1242
0.86 Hektar

45.
Siti Aishah bt Hj Hussin
Kg Perigi Jernih, 71300 Rembau, N.S.
Lot 1243
0.8473 Hektar

46.
Zaharah bt Majid
Kg Tg Sena Hulu, 71300 Rembau, N.S.
Lot 1244
1.0117 Hektar

47.
Nooraini bt Mohd Nasir
A2-01, Indera Putra Courts, Jln Indera Putra, 80300 JB.
Lot 1245
0.7967 Hektar

48.
Raiah bt Husin
82, Lrg PJS 2C/11. Taman Medan,46000 Petaling Jaya, Selangor.
Lot 1246
0.7143 Hektar

49.
Norhayati bt Abd Malek
11, Rumah Murah Rembau, 71300 Rbau, N.S.
Lot 1247
1.1129 Hektar

50.
Ahmad b Sulaiman
Kg Bongek, 71300 Rembau, N.S.
Lot 1257
0.6197 Hektar

51.
Zainuddin b Yahya
2, Jln Delima 3, Tmn Murni, 81000 Ulu tiram, Johor.
Lot 1267
0.4931 Hektar

52.
Rahemah bt Yahya
Kg Pulau Mampat, 71300 Rembau, N.S.
Lot 1268
0.5311 Hektar

53.
Ramlah bt Abd Ghani
Kg Pulau Bongek, 71300 Rembau, N.S.
Lot 1269
0.5564 Hektar

54.
Abu b Yunus
Kg Nerasau, 71300 Rembau, N.S.
Lot 1397
0.7208 Hektar

55.
Selamah bt Bulat
31, Jln Saga, Tmn Senawang Jaya, 70450 Seremban, N.S.
Lot 1411
1.0244 Hektar

56.
Manap bin Said
Kg. Pulau Bongek, 71300 Rembau, N.S.
Lot 1412
1.2899 Hektar


Jumlah 47.4749 Hektar
read more...

Saturday, March 6, 2010

Rakaman Laporan Lawatan-lawatan ke Tapak Projek

LAPORAN LAWATAN KE TAPAK
PROJEK TSB (ME) PERIGI JERNIH.

Lawatan 1, 03hb Feb 2010.

Seramai 17 orang terdiri daripada:

Hajah Rokizan binti Haji Ibrahim Pengerusi
Tuan Sy Rashid bin Sy Mohamad Pegawai Tanam Semula NS Selatan
Haji Mansor b Hj Kadir Ketua Stesen RISDA Rembau
En Abd Aziz bin Sidek RISDA
Puan Rosmah binti Pilus Setiausaha
En Abd Rashid bin Abu Talib Bendahari
Hj Mohd Mahfudz bin Haji Baba AJK
Hj Abdul Rahmid bin Hj Kidam AJK
Hj Hanizan bin Hj Kidam AJK
Hj Abdul Hamid bin Yunus AJK
En Jamaludin bin Ghani AJK
Puan Hjh Zaharah bt Simin Peserta
Puan Hjh Nur Ashiha bt Yahaya Peserta
Puan Hjh Siti Sarah bt Said Peserta
Hj Ayub/Rebiah bt Ujang Peserta
2 orang Kakitangan RISDA


1. Pendahuluan

Semua berkumpul di Surau Kg Perigi Jernih. Kami bertolak ke kawasan projek jam 9.55 pagi dengan 2 buah kereta pancuan 4 roda dan 3 buah motosikal.

2. Peristiwa dan pemerhatian

Kami meredah seluruh kawasan dan terdapat pokok-pokok getah tua masih ditoreh dengan rakus seperti menggunakan galah panjang, dipasang tali dari paras tinggi untuk alirkan susu getah ke dalam mangkok. Terdapat alat penggalak susu di tekap ke pohon-pohon getah.

Keseluruhan kawasan mempunyai pokok-pokok getah tua yang teruk keadaannya.

Keadaan keseluruhan Mini Estet telah menjadi hutan mentelahan pula bagi lot-lot yang dahulunya tidak masuk dalam projek Mini Estet, hutannya tebal.

Terdapat jalan-jalan ladang bagi pengangkutan dan banyak simpang-simpang. Ada juga jalan-jalan mati. Keadaaan jalan-jalan hilang turapannya, berlopak-lopak dengan lambaian pohon-pohon hutan di sekeliling jalan.

Terdapat juga jalan masuk dari Taman Desa Permai Mampong yang tembus ke Kampong Pulau Bongek Baru di bawah Majlis Daerah tetapi jalan ini turapannya tidak sempurna dengan adanya batu-batu yang tercabut sehingga Puan Rosmah binti Pilus, Setiausaha terjatuh daripada motorsikalnya. Ini menyukarkan lalu lintas bagi kedua-dua kampong.

Diakhir lawatan projek, kami tiba semula di base yakni di Surau Kg Perigi Jernih jam 12.15 tengahari. Kemudian Pegawai Risda Tanam Semula NS Selatan memberi penerangan/taklimat

3. Penerangan/taklimat oleh Pegawai Tanam Semula NS Selatan.

Beliau berpuas hati dengan aktiviti melawat kawasan. Penglibatan yang ramai telah menujukkan komitment AJK yang baik.

Beliau telah menjelaskan lagi mengenai contour tanah berbukit-bukit, berlurah dan terdapat juga tanah rata. Ini memerlukan pembinaan teres di kebanyakan kawasan.

Oleh kerana kawasan keseluruhan projek ini di kelilingi oleh Kampung-kampung maka tidak sesuai memagar keseluruhan lebih kurang 50 hektar. Lebih baik di buat parit mengikut spekifikasi untuk mengelakan kemasukan musuh-musuh seperti manusia dan binatang ternakan yang hidup liar.

Beliau sendiri akan membuat Anggaran Aliran Wang Tunai (cash flow) untuk dibentangkan pada mesyuarat AJK yang akan datang.

Akhir katanya beliau memulangkan kuasa memilih Pemborong kepada Pengerusi dan Ahli-ahli Jawatankuasa yang dipilih apabila sampai masa pemprosesannya.

4. Penangguhan

Beliau dan kesemua kakitanganya beredar jam 12.40 tengahari.

5. Dialog

Hadirin yang lain meneruskan agenda berdialog dan akhirnya demi kebaikan semua kami membuat keputusan. Kami akan mencari dan memilih pemborong-pemborong yang berkemampuan, berkalibar, berwibawa dan mesti mempunyai rekod yang baik dalam senarai RISDA.

Kami bersurai jam 1.20 tengahari.



Lawatan 2, 04 Feb 2010

Hadir:
Hajah Rokizan binti Haji Ibrhaim -Pengerusi
Puan Rosmah binti Pilus - Setiausaha
Encik Abdul Rashid bin Abu Talib - Bendahari
Haji Mohd Mahfud bin Haji Baba - AJK
Haji Hanizan b Hj Kidam - AJK
Pemborong 1 (1 orang)

Bertolak dari Surau Kg Perigi Jernih jam 9.30 pagi. Lawatan yang serupa kami lakukan seperti lawatan 1. Telah berakhir pada jam 11.45 pagi

Ulasan/pandangan pemborong

- Lilitan pokok-pokok tidak cukup besar dan kelihatan semuanya standard.
- Antara batas pokok-pokok getah adalah jarak.
- Mencari jalan keluar masuk
- Memahami coutour tanah di tapak kawasan.
- Beliau telah biasa dengan RISDA dan juga sanggup melaksanakan kerja-kerja apabila diberi peluang lagi. Pemborong mempunyai Kilang Proses Kayu Getah. atas nama Glorious Woodwork Sdn Bhd.



Lawatan 3, 06 Feb 2010

Hadir:

Puan Hajah Rokizan binti Haji Ibrahim -Pengerusi
Encik Abdul Rashid bin Abu Talib - Bendahari
Haji Mohd Mahfudz bin Haji Baba - AJK
Haji Abdul Hanizan bin Kidam - AJK
Pemborong 2 (2 orang)

Kami bertolak dari Surau Kg Perigi Jernih jam 9.30 pagi. Membawa pemborong mengeliling kawasan projek. Telah berakhir jam 11.45.

Ulasan/Pandangan Pemborong

- Kawasan projek tidak berbukit tinggi.

- Beliau mempunyai rakan kongsi. dan daripada Izahifa Enterprise. Biasa dengan berja-kerja RISDA. Pernah membuat projek di Kuala Terengganu dan Grik. Beliau akan membelah pokok-pokok getah di tapak kawasan kiranya terpilih. Seterusnya menolak kayu-kayu yang dibelah kepada kilang-kilang di luar.

- Beliau berhasrat datang ke tapak projek bersama rakan-rakannya dan berjanji akan memberi cadangan sebutharga (proposal) kepada Pengerusi sebelum 19 hb Feb 2010.


Lawatan 4, 10 Feb 2010*

Hadir:

Encik Abdul Rashid bin Abu Talib - Bendahari
Haji Abdul Hanizan bin Hj Kidam - AJK
Pemborong (2) (dua orang)

Mereka bermula dari Surau Kg Perigi Jernih jam 9.00 pagi. Membawa pemborong keseluruh kawasan tapak projek dan berakhir jam 11.30 pagi.

Ulasan/pandangan Peborong

Menurut Bendahari dan AJK Hj Hanizan mereka telah membawa pemborong membawa pegawai bank dan seorang rakan kongsinya. Mereka ingin mendapat maklumat tentang kos namun Bendahari dan AJK menjawab itu di luar tugas mereka.


6. ULASAN PENGERUSI

1) Objektif

Objektif Pengerusi ialah untuk melihat projek ini dapat dijayakan dengan cemerlang. Inilah sumbangan kami terhadap masyarakat setempat kampong kami yang segulungan besar adalah saudara-saudara kami

2) Pemilihan Pemborong

Untuk memilih pemborong, sebaik mungkin kami akan memenuhi kehendak sesama AJK. Sebenarnya, Pengerusi selalu mendapat panggilan telefon oleh beberapa pemborong mengenai Projek TSB (ME) PJ ini. Kami tidak mengabaikannya namun setelah menyemak dan menyelidik ramai daripada mereka ini adalah broker-broker.

Kami perlu mencari pemborong yang boleh membuat kerja-kerja hingga akhirnya projek mampu maju dan berjaya seterusnya membahagiakan orang-orang kampong kita yang kesemuanya seanak saudara.

3) Pemilihan tarikh lawatan dengan pemborong-pemborong

Oleh kerana kami tidak mahu pertindihan masa mengenai hal-hal keluarga yang mana anak perempuan kami akan masuk hospital pada 10 Feb 2010*. Beliau menjalani pembedahan caesarean pada 11 Feb 2010 seterusnya kami perlu beberapa hari berada dihospital memberi khidmat seorang ibu terhadap anak. Atas sebab-sebab tersebut kami mempercepat tarikh-tarikh lawatan ke tapak.

7. Penutup

Kami amat menghargai dan merakamkan ucapan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua yang terlibat di dalam lawatan ke tapak. Projek. Sekian laporan kami.


Hajah Rokizan binti Haji Ibrahim
Pengerusi
TSB(ME) Perigi Jernih

Rembau 20hb Februari, 2010
read more...

Friday, March 5, 2010

Rakaman gambar pada mesyuarat AJK Pemilihan Pemborong pada 25 Feb 2010






Dipersekitan mesyuarat pemilihan pemborong. Keadaan serius tetapi tenang.

Bergambar setelah tender ditawarkan kepada pemborong.

Pengerusi, Setiausaha, Bendahari, 2 orang AJK, PPR, Ketua Stesen RISDA Rembau dan Pegawai Tanam Semula NS Selatan menandatangani Surat Tawaran kepada Pemborong.
read more...

Rakaman Minit Mesyuarat AJK Ke-3.

MINIT MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA
PROJEK TANAM SEMULA BERKELOMPOK
(MINI ESTET) PERIGI JERNIH [TSB(ME)PJ]

Tarikh : 19hb. Febuari, 2010 ( Jumaat )
Masa : 3.25 petang.
Tempat : Bilik Mesyuarat RISDA Rembau

Kehadiran:

Hajah Rokizan binti Haji Ibrahim - Pengerusi
Haji Mohd Mahfudz bin Haji Baba - AJK
Haji Abd Rahmid bin Kidam - AJK
Haji Abd Hanizan bin Kidam - AJK
Haji Mohammadd Kamal bin Haji Mohd Mahfudz - AJK
Encik Mohd Rizal bin Mohd Alway - AJK
Encik Azhar bin Mat Nasir - AJK
Encik Arfisyam bin Abd Hadi - AJK
Encik Abdul Rashid bin Abu Talib - Bendahari
Puan Rosmah binti Pilus - Setiausaha

Turut hadir:

Tuan Said Rashid bin Syed Mohamad - Pegawai Tanam Semula RISDA
Tuan Haji Mansor bin Abd Kadir - Ketua Setesen RISDA Rembau
Encik Abd. Aziz bin Sidek - PPR

Tidak hadir (dengan izin)

YB Dato Mohd Hidhir bin Abu Hassan - AJK
Tuan Haji Abd Hamid bin Yasin - AJK
Puan Nooraini binti Mohd Nasir - AJK
Encik Jamaludin bin Abd Ghani - AJK

Pemeriksa kira-kira:

Haji Mohd Ramli bin Haji Ahmad


1. Pendahuluan

Pengerusi mengucapkan terimakasih kepada semua yang hadir dalam mesyuarat AJK TSB (ME) PJ buat kali ketiga. Beliau menegaskan lagi penanaman semula perlu di buat dalam tahun ini juga kerana pokok-pokok getah telah melebihi 25 tahun. Mesyuarat kali ini lebih banyak membincangkan mengenai soal-soal pemborong.

Beliau juga telah menyentuh mengenai Laman Blog kita yang mendapat sambutan daripada tuan-tuan tanah dan sebaik usaha mengemaskinikan demi untuk ketelusan.


2. Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat

Pengesahan Minit Mesyuarat yang lepas telah dicadangkan oleh Tuan Haji Rahmid bin Kidam dan disokong oleh Tuan Haji Hanizan bin Kidam.


3 Ucapan Pegawai Tanam Semula NS Selatan,Tuan Syed Rashid

Beliau mengucapkan syabas dan tahniah kepada Hj Mohammad Kamal dengan kewujudan blog tsbperigijernih.blogspot.com. Ianya banyak membantu kerja pengurusan projek TSB(ME)PJ. Berbagai maklumat boleh didapati dan segala gerak kerja dikemaskini dalamnya.

Terkini beliau telah meluluskan sebanyak 51 permohonan yang berjumlah seluas 47.4749 hektar projek TSB (ME) PJ. Beliau telah membentangkan Cash flow projek dengan terperinci selain perbelanjaan jangka panjang 20 tahun kepada AJK. Semua laporan adalah sulit.

Pemilihan kontraktor akan dibuat dialam mesyuarat pada 25hb. Febuari, 2010 jam 9.30 pagi di pejabat RISDA Rembau. Beliau menjelaskan AJK yang telah dipilih sahaja akan hadir mesyuarat tersebut. Borang tender bernilai RM 50.00 dikenakan kepada kontraktor-kontraktor yang berminat.

Naskah tender merangkumi:

a. Mempelawa melaksanakan Projek Tanam Semula TSB(ME)PJ
b. Sebut harga
c. Menandatangani Surat Perjanjian


4. Perkara-perkara semasa

a. Surat putih dikeluarkan oleh pihak RISDA dan berkuatkuasa pada 1hb. March. 2010

b. Mengikut perkiraan lot-lot:

- 6permohonan peserta masih didalam proses.
- 11 masih belum dikembalikan, ke Pej RISDA Rembau ,
- 6 masih bermasalah
- 3 masih tiada tindakbalas.

c. Penandaan batu sempadan hendaklah dilakukan oleh pemborong. Jalan-jalan lama dalam ladang dikekalkan.

d. Pembayaran wang kayu getah akan dibayar kepada tuan-tuan tanah yang diluluskan permohonan sahaja. Bayaran hendaklah dilakukan sebelum kerja-kerja menebang dilakukan. Mesyuarat menjelaskan lagi tuan-tuan tanah telah sebulat suara memberi mandat kepada AJK dan mesyuarat sekali lagi menekankan pembayaran 50%-50% yang mempunyai kayu-kayu getah. Bagi yang tiada kayu hendaklah diganti wang tabung apabila mendapat hasil kelak.

5. Hal-hal lain

a. Pengerusi mengemukakan buku akuan bank Mini Estet Perigi Jernih yang lama berjumlah RM 977.93 (Ringgit Sembilan ratus tujuh puluh tujuh dan sen sembilan puluh tiga sahaja). Mesyuarat memohon jumlah wang tersebut akan dipindahkan ke akaun baru dengan kelulusan oleh pihak RISDA.

b. Cukai tanah bagi tahun 2010 hendaklah di bayar oleh individu.

c. Semua AJK akan menjalani kursus Pengurusan Tanaman Berkelompok (TSB) pada 31hb. Mei 2010 hingga 3hb. Jun 2010 . .


6. Ucapan penangguhan

Pengerusi berkata setakat ini usaha-usaha kita terlalu amat mencabar. Walaubagaimanapun beliau berharap semoga kita dkurnikan kesihatan yang baik, banyak bersabar dalam melaksanakan projek ini. Mudah-mudahan kita semua mendapat keberkatan dari Allah Subhanahu Wataala. Mesyuarat ditangguhkan jam 4.50 petang.

Disediakan oleh

Rosmah binti Plus
Setiausaha


Disemak oleh;
Hajah Rokizan binti Haji Ibrahim
Pengerusi

05 Mac 2010
____________________________________________________________________________________
read more...