Saturday, March 6, 2010

Rakaman Laporan Lawatan-lawatan ke Tapak Projek

LAPORAN LAWATAN KE TAPAK
PROJEK TSB (ME) PERIGI JERNIH.

Lawatan 1, 03hb Feb 2010.

Seramai 17 orang terdiri daripada:

Hajah Rokizan binti Haji Ibrahim Pengerusi
Tuan Sy Rashid bin Sy Mohamad Pegawai Tanam Semula NS Selatan
Haji Mansor b Hj Kadir Ketua Stesen RISDA Rembau
En Abd Aziz bin Sidek RISDA
Puan Rosmah binti Pilus Setiausaha
En Abd Rashid bin Abu Talib Bendahari
Hj Mohd Mahfudz bin Haji Baba AJK
Hj Abdul Rahmid bin Hj Kidam AJK
Hj Hanizan bin Hj Kidam AJK
Hj Abdul Hamid bin Yunus AJK
En Jamaludin bin Ghani AJK
Puan Hjh Zaharah bt Simin Peserta
Puan Hjh Nur Ashiha bt Yahaya Peserta
Puan Hjh Siti Sarah bt Said Peserta
Hj Ayub/Rebiah bt Ujang Peserta
2 orang Kakitangan RISDA


1. Pendahuluan

Semua berkumpul di Surau Kg Perigi Jernih. Kami bertolak ke kawasan projek jam 9.55 pagi dengan 2 buah kereta pancuan 4 roda dan 3 buah motosikal.

2. Peristiwa dan pemerhatian

Kami meredah seluruh kawasan dan terdapat pokok-pokok getah tua masih ditoreh dengan rakus seperti menggunakan galah panjang, dipasang tali dari paras tinggi untuk alirkan susu getah ke dalam mangkok. Terdapat alat penggalak susu di tekap ke pohon-pohon getah.

Keseluruhan kawasan mempunyai pokok-pokok getah tua yang teruk keadaannya.

Keadaan keseluruhan Mini Estet telah menjadi hutan mentelahan pula bagi lot-lot yang dahulunya tidak masuk dalam projek Mini Estet, hutannya tebal.

Terdapat jalan-jalan ladang bagi pengangkutan dan banyak simpang-simpang. Ada juga jalan-jalan mati. Keadaaan jalan-jalan hilang turapannya, berlopak-lopak dengan lambaian pohon-pohon hutan di sekeliling jalan.

Terdapat juga jalan masuk dari Taman Desa Permai Mampong yang tembus ke Kampong Pulau Bongek Baru di bawah Majlis Daerah tetapi jalan ini turapannya tidak sempurna dengan adanya batu-batu yang tercabut sehingga Puan Rosmah binti Pilus, Setiausaha terjatuh daripada motorsikalnya. Ini menyukarkan lalu lintas bagi kedua-dua kampong.

Diakhir lawatan projek, kami tiba semula di base yakni di Surau Kg Perigi Jernih jam 12.15 tengahari. Kemudian Pegawai Risda Tanam Semula NS Selatan memberi penerangan/taklimat

3. Penerangan/taklimat oleh Pegawai Tanam Semula NS Selatan.

Beliau berpuas hati dengan aktiviti melawat kawasan. Penglibatan yang ramai telah menujukkan komitment AJK yang baik.

Beliau telah menjelaskan lagi mengenai contour tanah berbukit-bukit, berlurah dan terdapat juga tanah rata. Ini memerlukan pembinaan teres di kebanyakan kawasan.

Oleh kerana kawasan keseluruhan projek ini di kelilingi oleh Kampung-kampung maka tidak sesuai memagar keseluruhan lebih kurang 50 hektar. Lebih baik di buat parit mengikut spekifikasi untuk mengelakan kemasukan musuh-musuh seperti manusia dan binatang ternakan yang hidup liar.

Beliau sendiri akan membuat Anggaran Aliran Wang Tunai (cash flow) untuk dibentangkan pada mesyuarat AJK yang akan datang.

Akhir katanya beliau memulangkan kuasa memilih Pemborong kepada Pengerusi dan Ahli-ahli Jawatankuasa yang dipilih apabila sampai masa pemprosesannya.

4. Penangguhan

Beliau dan kesemua kakitanganya beredar jam 12.40 tengahari.

5. Dialog

Hadirin yang lain meneruskan agenda berdialog dan akhirnya demi kebaikan semua kami membuat keputusan. Kami akan mencari dan memilih pemborong-pemborong yang berkemampuan, berkalibar, berwibawa dan mesti mempunyai rekod yang baik dalam senarai RISDA.

Kami bersurai jam 1.20 tengahari.



Lawatan 2, 04 Feb 2010

Hadir:
Hajah Rokizan binti Haji Ibrhaim -Pengerusi
Puan Rosmah binti Pilus - Setiausaha
Encik Abdul Rashid bin Abu Talib - Bendahari
Haji Mohd Mahfud bin Haji Baba - AJK
Haji Hanizan b Hj Kidam - AJK
Pemborong 1 (1 orang)

Bertolak dari Surau Kg Perigi Jernih jam 9.30 pagi. Lawatan yang serupa kami lakukan seperti lawatan 1. Telah berakhir pada jam 11.45 pagi

Ulasan/pandangan pemborong

- Lilitan pokok-pokok tidak cukup besar dan kelihatan semuanya standard.
- Antara batas pokok-pokok getah adalah jarak.
- Mencari jalan keluar masuk
- Memahami coutour tanah di tapak kawasan.
- Beliau telah biasa dengan RISDA dan juga sanggup melaksanakan kerja-kerja apabila diberi peluang lagi. Pemborong mempunyai Kilang Proses Kayu Getah. atas nama Glorious Woodwork Sdn Bhd.



Lawatan 3, 06 Feb 2010

Hadir:

Puan Hajah Rokizan binti Haji Ibrahim -Pengerusi
Encik Abdul Rashid bin Abu Talib - Bendahari
Haji Mohd Mahfudz bin Haji Baba - AJK
Haji Abdul Hanizan bin Kidam - AJK
Pemborong 2 (2 orang)

Kami bertolak dari Surau Kg Perigi Jernih jam 9.30 pagi. Membawa pemborong mengeliling kawasan projek. Telah berakhir jam 11.45.

Ulasan/Pandangan Pemborong

- Kawasan projek tidak berbukit tinggi.

- Beliau mempunyai rakan kongsi. dan daripada Izahifa Enterprise. Biasa dengan berja-kerja RISDA. Pernah membuat projek di Kuala Terengganu dan Grik. Beliau akan membelah pokok-pokok getah di tapak kawasan kiranya terpilih. Seterusnya menolak kayu-kayu yang dibelah kepada kilang-kilang di luar.

- Beliau berhasrat datang ke tapak projek bersama rakan-rakannya dan berjanji akan memberi cadangan sebutharga (proposal) kepada Pengerusi sebelum 19 hb Feb 2010.


Lawatan 4, 10 Feb 2010*

Hadir:

Encik Abdul Rashid bin Abu Talib - Bendahari
Haji Abdul Hanizan bin Hj Kidam - AJK
Pemborong (2) (dua orang)

Mereka bermula dari Surau Kg Perigi Jernih jam 9.00 pagi. Membawa pemborong keseluruh kawasan tapak projek dan berakhir jam 11.30 pagi.

Ulasan/pandangan Peborong

Menurut Bendahari dan AJK Hj Hanizan mereka telah membawa pemborong membawa pegawai bank dan seorang rakan kongsinya. Mereka ingin mendapat maklumat tentang kos namun Bendahari dan AJK menjawab itu di luar tugas mereka.


6. ULASAN PENGERUSI

1) Objektif

Objektif Pengerusi ialah untuk melihat projek ini dapat dijayakan dengan cemerlang. Inilah sumbangan kami terhadap masyarakat setempat kampong kami yang segulungan besar adalah saudara-saudara kami

2) Pemilihan Pemborong

Untuk memilih pemborong, sebaik mungkin kami akan memenuhi kehendak sesama AJK. Sebenarnya, Pengerusi selalu mendapat panggilan telefon oleh beberapa pemborong mengenai Projek TSB (ME) PJ ini. Kami tidak mengabaikannya namun setelah menyemak dan menyelidik ramai daripada mereka ini adalah broker-broker.

Kami perlu mencari pemborong yang boleh membuat kerja-kerja hingga akhirnya projek mampu maju dan berjaya seterusnya membahagiakan orang-orang kampong kita yang kesemuanya seanak saudara.

3) Pemilihan tarikh lawatan dengan pemborong-pemborong

Oleh kerana kami tidak mahu pertindihan masa mengenai hal-hal keluarga yang mana anak perempuan kami akan masuk hospital pada 10 Feb 2010*. Beliau menjalani pembedahan caesarean pada 11 Feb 2010 seterusnya kami perlu beberapa hari berada dihospital memberi khidmat seorang ibu terhadap anak. Atas sebab-sebab tersebut kami mempercepat tarikh-tarikh lawatan ke tapak.

7. Penutup

Kami amat menghargai dan merakamkan ucapan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua yang terlibat di dalam lawatan ke tapak. Projek. Sekian laporan kami.


Hajah Rokizan binti Haji Ibrahim
Pengerusi
TSB(ME) Perigi Jernih

Rembau 20hb Februari, 2010

Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 comments: on "Rakaman Laporan Lawatan-lawatan ke Tapak Projek"

Post a Comment