Friday, March 5, 2010

Rakaman Minit Mesyuarat AJK Ke-3.

MINIT MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA
PROJEK TANAM SEMULA BERKELOMPOK
(MINI ESTET) PERIGI JERNIH [TSB(ME)PJ]

Tarikh : 19hb. Febuari, 2010 ( Jumaat )
Masa : 3.25 petang.
Tempat : Bilik Mesyuarat RISDA Rembau

Kehadiran:

Hajah Rokizan binti Haji Ibrahim - Pengerusi
Haji Mohd Mahfudz bin Haji Baba - AJK
Haji Abd Rahmid bin Kidam - AJK
Haji Abd Hanizan bin Kidam - AJK
Haji Mohammadd Kamal bin Haji Mohd Mahfudz - AJK
Encik Mohd Rizal bin Mohd Alway - AJK
Encik Azhar bin Mat Nasir - AJK
Encik Arfisyam bin Abd Hadi - AJK
Encik Abdul Rashid bin Abu Talib - Bendahari
Puan Rosmah binti Pilus - Setiausaha

Turut hadir:

Tuan Said Rashid bin Syed Mohamad - Pegawai Tanam Semula RISDA
Tuan Haji Mansor bin Abd Kadir - Ketua Setesen RISDA Rembau
Encik Abd. Aziz bin Sidek - PPR

Tidak hadir (dengan izin)

YB Dato Mohd Hidhir bin Abu Hassan - AJK
Tuan Haji Abd Hamid bin Yasin - AJK
Puan Nooraini binti Mohd Nasir - AJK
Encik Jamaludin bin Abd Ghani - AJK

Pemeriksa kira-kira:

Haji Mohd Ramli bin Haji Ahmad


1. Pendahuluan

Pengerusi mengucapkan terimakasih kepada semua yang hadir dalam mesyuarat AJK TSB (ME) PJ buat kali ketiga. Beliau menegaskan lagi penanaman semula perlu di buat dalam tahun ini juga kerana pokok-pokok getah telah melebihi 25 tahun. Mesyuarat kali ini lebih banyak membincangkan mengenai soal-soal pemborong.

Beliau juga telah menyentuh mengenai Laman Blog kita yang mendapat sambutan daripada tuan-tuan tanah dan sebaik usaha mengemaskinikan demi untuk ketelusan.


2. Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat

Pengesahan Minit Mesyuarat yang lepas telah dicadangkan oleh Tuan Haji Rahmid bin Kidam dan disokong oleh Tuan Haji Hanizan bin Kidam.


3 Ucapan Pegawai Tanam Semula NS Selatan,Tuan Syed Rashid

Beliau mengucapkan syabas dan tahniah kepada Hj Mohammad Kamal dengan kewujudan blog tsbperigijernih.blogspot.com. Ianya banyak membantu kerja pengurusan projek TSB(ME)PJ. Berbagai maklumat boleh didapati dan segala gerak kerja dikemaskini dalamnya.

Terkini beliau telah meluluskan sebanyak 51 permohonan yang berjumlah seluas 47.4749 hektar projek TSB (ME) PJ. Beliau telah membentangkan Cash flow projek dengan terperinci selain perbelanjaan jangka panjang 20 tahun kepada AJK. Semua laporan adalah sulit.

Pemilihan kontraktor akan dibuat dialam mesyuarat pada 25hb. Febuari, 2010 jam 9.30 pagi di pejabat RISDA Rembau. Beliau menjelaskan AJK yang telah dipilih sahaja akan hadir mesyuarat tersebut. Borang tender bernilai RM 50.00 dikenakan kepada kontraktor-kontraktor yang berminat.

Naskah tender merangkumi:

a. Mempelawa melaksanakan Projek Tanam Semula TSB(ME)PJ
b. Sebut harga
c. Menandatangani Surat Perjanjian


4. Perkara-perkara semasa

a. Surat putih dikeluarkan oleh pihak RISDA dan berkuatkuasa pada 1hb. March. 2010

b. Mengikut perkiraan lot-lot:

- 6permohonan peserta masih didalam proses.
- 11 masih belum dikembalikan, ke Pej RISDA Rembau ,
- 6 masih bermasalah
- 3 masih tiada tindakbalas.

c. Penandaan batu sempadan hendaklah dilakukan oleh pemborong. Jalan-jalan lama dalam ladang dikekalkan.

d. Pembayaran wang kayu getah akan dibayar kepada tuan-tuan tanah yang diluluskan permohonan sahaja. Bayaran hendaklah dilakukan sebelum kerja-kerja menebang dilakukan. Mesyuarat menjelaskan lagi tuan-tuan tanah telah sebulat suara memberi mandat kepada AJK dan mesyuarat sekali lagi menekankan pembayaran 50%-50% yang mempunyai kayu-kayu getah. Bagi yang tiada kayu hendaklah diganti wang tabung apabila mendapat hasil kelak.

5. Hal-hal lain

a. Pengerusi mengemukakan buku akuan bank Mini Estet Perigi Jernih yang lama berjumlah RM 977.93 (Ringgit Sembilan ratus tujuh puluh tujuh dan sen sembilan puluh tiga sahaja). Mesyuarat memohon jumlah wang tersebut akan dipindahkan ke akaun baru dengan kelulusan oleh pihak RISDA.

b. Cukai tanah bagi tahun 2010 hendaklah di bayar oleh individu.

c. Semua AJK akan menjalani kursus Pengurusan Tanaman Berkelompok (TSB) pada 31hb. Mei 2010 hingga 3hb. Jun 2010 . .


6. Ucapan penangguhan

Pengerusi berkata setakat ini usaha-usaha kita terlalu amat mencabar. Walaubagaimanapun beliau berharap semoga kita dkurnikan kesihatan yang baik, banyak bersabar dalam melaksanakan projek ini. Mudah-mudahan kita semua mendapat keberkatan dari Allah Subhanahu Wataala. Mesyuarat ditangguhkan jam 4.50 petang.

Disediakan oleh

Rosmah binti Plus
Setiausaha


Disemak oleh;
Hajah Rokizan binti Haji Ibrahim
Pengerusi

05 Mac 2010
____________________________________________________________________________________

Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 comments: on "Rakaman Minit Mesyuarat AJK Ke-3."

Post a Comment