Friday, March 25, 2011

Keadaan tanaman sekarang

Kelihatan tanaman yang beransur naik. Walaubagaimanapun kita masih lagi menuggu bekalan benih yang tertangguh dari pihak RISDA.




read more...

Tuesday, March 8, 2011

Tambahan kelulusan Lot.

Ahli yang ke 85.

Sabiah binti Laboh
Kg Baru, Jalan Tambang Kuda,
71300 Rembau, NS.

No. Lot 1226

Luas 0.7461 hektar.

Dengan penambahan ini maka keluasan keseluruhan projek TSB (ME) PJ ialah 73.69 hektar.
read more...

Pencerobohan pagar

Pencerobohan pagar telah berlaku dua kali. Pada 24 Feb 2011 telah diceroboh lagi oleh mereka yang tidak bertanggungjawab memasukan ternakan kambing-kambing mereka. Kami amat berharap demi tanaman kita bersama marilah sama-sama kita membenteras perkara yang tidak elok ini dengan memberi kata-kata nasihat kepada yang empunya ternakan.

Pengerusi
TSB (ME) PJ
read more...

Penanaman

Setakat ini RISDA telah dapat membekalkan sebanyak 17,500 anak-anak pokok benih getah dan telah ditanam. Ini bermakna Projek TSB (ME) PJ ini memerlukan 30,500 anak benih lagi. Kekangannya kerana RISDA masih tidak dapat membekalkan anak-anak benih. Walaubagaimanpun kita amat berharap permasalah bekalan anak-anak benih dapat diselesai dengan segera memandangkan projek penanaman ini telah melewati masa Sama-sama kita berdoa agar ianya dapat dilaksanakan oleh RISDA.

Pengerusi
TSB (ME) PJ
read more...

ALFATIHAH - PEMERGIAN ALLAHYARHAM YB MOHAMAD HIDIR BIN ABU HASAN, ADUN & EXCO MERLIMAU, MELAKA.

Pada 20 Januari, 2011 Allahyarham meninggal dunia di Hospital Pakar Putra Melaka kerana serangan sakit jantung. Allahyarham adalah juga peserta dalam projek TSB (ME) PJ yang juga salah seorang Ahli Jawatankuasa. Allahyarham juga adalah sepupu Pengerusi. Kami amat terasa kehilangannya yang banyak memberi khidmat nasihat kepada kami. Al- Fatihah semoga rohnya didalam gulungan solihan. Amin.

-----------------------------------------------------------------------------------


ALU-ALUAN

Kami, bagi pihak semua ahli-ahli dan ahli-ahli Jawatankuasa mengalukan kedatangan En Mohamad Khairul Syifaq bin Ahmad ke Stesen RISDA Rembau untuk meneruskan tugas-tugas daripada En Aziz bin Sidek yang telah bersara pada 31 Disember, 2010. Diharap beliau dapat bekerjasama dengan kita demi kejayaan projek ini.



----------------------------------------------------------------------------------


SURAT PENGERUSI KEPADA PENGARAH RISDA NEGERI

Fail kami: GR/TSB(ME)PJ(26) (2010)

20hb Disember, 2010

Hj Abdul Ghafar bin Dato’ Hj Borhanudin,
Pengarah RISDA Negeri,
Negeri Sembilan DK.

Yang Berbahagia Tuan,

BEKALAN BENIH UNTUK PROJEK TSB (ME) PERIGI JERNIH, REMBAU

Dengan hormatnya saya ingin merujuk kepada perkara diatas.

Sukacita dimaklumkan kepada tuan bahawa kerja-kerja di projek ini telah siap mengikut jadual. Pada bulan Oktober sepatutnya proses menanam dilakukankan dan selesai pada hujung tahun 2010 ini. Malangnya sehingga kini anak-anak benih cuma 10,000 pokok yang telah dibekalkan daripada 48,000 anak benih.

Saya sebagai Pengerusi projek ini telah berkali-kali merayu kepada pegawai-pegawai yang berkenaan untuk mempercepatkan bekalan benih untuk projek ini.

Jadi, dengan hal yang demikian saya mohon daripada Yang Berbahagia Tuan agar bekalan anak-anak benih yang berbaki itu dapat dihantar sebelum hujung tahun ini untuk kebaikan semua pihak seperti motto “RISDA Efektif Pekebun Kecil Produktif”.

Kerjasama tuan saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Saya yang benar,


Hajah Rokizan binti Haji Ibrahim
Pengerusi
TSB (ME) Perigi Jernih.

Salinan kepada:

Tuan Said Rashid bin Syed Mohamad - Pegawai Tanam Semula RISDA NS Selatan

Hj. Mansor Bin Abd. Kadir - Ketua Stesen RISDA Rembau
read more...