Tuesday, March 8, 2011

ALFATIHAH - PEMERGIAN ALLAHYARHAM YB MOHAMAD HIDIR BIN ABU HASAN, ADUN & EXCO MERLIMAU, MELAKA.

Pada 20 Januari, 2011 Allahyarham meninggal dunia di Hospital Pakar Putra Melaka kerana serangan sakit jantung. Allahyarham adalah juga peserta dalam projek TSB (ME) PJ yang juga salah seorang Ahli Jawatankuasa. Allahyarham juga adalah sepupu Pengerusi. Kami amat terasa kehilangannya yang banyak memberi khidmat nasihat kepada kami. Al- Fatihah semoga rohnya didalam gulungan solihan. Amin.

-----------------------------------------------------------------------------------


ALU-ALUAN

Kami, bagi pihak semua ahli-ahli dan ahli-ahli Jawatankuasa mengalukan kedatangan En Mohamad Khairul Syifaq bin Ahmad ke Stesen RISDA Rembau untuk meneruskan tugas-tugas daripada En Aziz bin Sidek yang telah bersara pada 31 Disember, 2010. Diharap beliau dapat bekerjasama dengan kita demi kejayaan projek ini.



----------------------------------------------------------------------------------


SURAT PENGERUSI KEPADA PENGARAH RISDA NEGERI

Fail kami: GR/TSB(ME)PJ(26) (2010)

20hb Disember, 2010

Hj Abdul Ghafar bin Dato’ Hj Borhanudin,
Pengarah RISDA Negeri,
Negeri Sembilan DK.

Yang Berbahagia Tuan,

BEKALAN BENIH UNTUK PROJEK TSB (ME) PERIGI JERNIH, REMBAU

Dengan hormatnya saya ingin merujuk kepada perkara diatas.

Sukacita dimaklumkan kepada tuan bahawa kerja-kerja di projek ini telah siap mengikut jadual. Pada bulan Oktober sepatutnya proses menanam dilakukankan dan selesai pada hujung tahun 2010 ini. Malangnya sehingga kini anak-anak benih cuma 10,000 pokok yang telah dibekalkan daripada 48,000 anak benih.

Saya sebagai Pengerusi projek ini telah berkali-kali merayu kepada pegawai-pegawai yang berkenaan untuk mempercepatkan bekalan benih untuk projek ini.

Jadi, dengan hal yang demikian saya mohon daripada Yang Berbahagia Tuan agar bekalan anak-anak benih yang berbaki itu dapat dihantar sebelum hujung tahun ini untuk kebaikan semua pihak seperti motto “RISDA Efektif Pekebun Kecil Produktif”.

Kerjasama tuan saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Saya yang benar,


Hajah Rokizan binti Haji Ibrahim
Pengerusi
TSB (ME) Perigi Jernih.

Salinan kepada:

Tuan Said Rashid bin Syed Mohamad - Pegawai Tanam Semula RISDA NS Selatan

Hj. Mansor Bin Abd. Kadir - Ketua Stesen RISDA Rembau
Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 comments: on "ALFATIHAH - PEMERGIAN ALLAHYARHAM YB MOHAMAD HIDIR BIN ABU HASAN, ADUN & EXCO MERLIMAU, MELAKA."

Post a Comment