Thursday, December 16, 2010

Minit Mesyuarat AJK 17hb Disember, 2010

Tarikh : 17hb Disember 2010 (Jumaat)
Masa : 3.00 petang
Tempat : Surau Nur Hidayah Kg. Pergi Jernih, Rembau, NS.

Kehadiran:
Hjh Rokizan bt Hj. Ibrahim : Pengerusi
Hj. Mohd Mahfudz bin Hj. Baba : AJK
Hj. Mohammad Kamal BIN Hj. Mohd Mahfudz : AJK
En Jamaluddin bin Osman : AJK
Hj. Abdul Hanizan bin Kidam : AJK
Hj. Abdul Hamid bin Yassin : AJK
En Abdul Rashid bin Abu Talib : Bendahari
Puan Rosmah bt Pilus : Setiausaha

Turut Hadir :
Tuan Syed Rashid bin Syed Mohamad : Pegawai Tanam Semula RISDA N.S. Selatan
En Abdul Aziz bin Sidek : PPR RISDA
En Eng Fee Hiong : Glorious Wood Work Sdn.Bhd.

Tidak hadir :
YB Dato Mohd Hidhir bin Abu Hassan (dengan izin) : AJK
Hj. Abdul Rahmid bin Kidam (dengan izin) : AJK
Pn Noraini bt Mohd Nasir (dengan izin) : AJK
En Arfisyam bin Abd Hadi (dengan izin) : AJK
En Mohd Rizal bin Mohd Always : AJK : AJK
En Azhar bin Md Nasir : AJK

Pemeriksa Kira-kira:
Hj Mohd Ramli bin Hj. Ahmad



1 . Ucapan Pengerusi
Pengerusi memberi salam dan mengucapkan terima kasih diatas kehadiran semua.. Beliau berharap projek dapat berjalan seperti yang dirancangkan. Semangat kerjasama perlu ditingkat dan harap banyak-banyak bersabar untuk melihat projek ini terus berjaya.
2 . Ucapan Tuan Syed Rashid bin Syed Mohamad
Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir dan ingin mendengar terus perkembangan projek. Menurut beliau masalah anak benih akan di selesaikan oleh pihak RISDA.
3 . Mengesahkan minit mesyuarat.
Tuan Hj. Mohd Mahfudz bin Hj. Baba mencadangkan minit mesyuarat bertarikh 9hb Julai 2010 diterima. Tuan Hj. Abdul Hamid bin Yassin telah menyokong.
4. Lapuran Projek oleh Setiausaha.
i) Penanaman
Setiausaha melaporkan iaitu tiga kali penerimaan berjumlah 10,000 anak benih getah (2,500, 2,500 dan 5,000) Semua anak-anak pokok getah yang telah dibekalkan telah pun ditanam sehingga hari ini. Penanaman bermula di bahagian masuk pintu utama ke kawasan projek.
ii) Baja
225 kampit baja penggalak akar telah dihantar oleh pihak RISDA ke rumah Setiausaha, hampir dengan kawasan projek. Ini bermaksud penyimpanan baja sementara bagi menjamin keselamatan. Pengerusi telah memberi wang sagu hati sebanyak RM50.00 atas dasar penghargaan kepada bonda Setiausaha.
iii) Ukuran sempadan
Mesyuarat lalu telah meminta pengukuran persempadanan dibuat oleh pihak RISDA. Kerjasama akan diberi oleh AJK dan Pemborong. Setakat ini tiada apa-apa tindakan oleh pihak RISDA.
iv) Perangkap Binatang.
3 Perangkap Binatang bersama 3 pintu telah pun dibuat. Pengerusi memohon satu tambahan Perangkap Binatang dan pintu di laluan sungai (Log Bridge) kerana terdapat banyak ternakan liar seperti Kambing, Lembu dan Kerbau. Perjanjian dalam kontrak, pihak RISDA membayar 3 Perangkap Binatang dan tiada bayaran pintu. Hakikinya (reality) kawasan projek memerlukan pintu-pintu. Walaubagaimanapun pemborong telah mengadakan 11 pintu ditambah 1 pintu kecil (di beri percuma oleh pemborong). Pemborong telah menuntut harga untuk kos 11 pintu iaitu 1@RM450 x 11 = RM4950.
v) Pembentungan
Keperluan pembentungan dibuat oleh Pemborong di 2 tempat iaitu lot di kawasan bersempadanan landasan keretapi dan lot berhampiran kawasan perumahan. Kos yang dituntut ialah 1 kaki @ RM 4.40 x 11kaki x2 = RM 96.80. Tuan Syed Rashid mohon Pemborong melaksanakan tanpa tuntutan.
5 . Perkembangan Semasa.
i) Sistem perparitan perlu diperbetulkan di kawasan belakang rumah En Daud kerana telah tedapat air mengalir ke dalam rumah apabila hujan lebat. TINDAKAN PEMBORONG
ii) Pagar duri dan pengadang dibayar selepas diukur jarak mengikut syarat perjanjian…TINDAKAN AJK dan RISDA

ii) Bebagai-bagai perbincangan telah dibahaskan mengenai bekalan anak benih oleh RISDA amat runcing. Pengerusi akan memaklumkan masalah anak-anak benih kepada Pengarah RISDA Negeri melalui verbal dan surat. TINDAKAN PENGERUSI

iii) Penyelenggaraan semasa yakni ladang perlu di lakukan dalam bagaimana keadaan sekali pun untuk mengelakan semak tumbuh-tumbuhan. Segala kos dibayar oleh RISDA. AJK tidak mahu menampung kerugian kos.TINDAKAN PEMBORONG & RISDA.

iv) Ukuran longkang dan lebar jalan mengikut spesifikasi yang telah RISDA tetapkan. Prasarana (PDL) diambil kira.TINDAKAN PEMBORONG DAN RISDA

v) Tanaman kontan iaitu pisang telah ditanam seluas 10 ekar dan di tambah 10 ekar lagi oleh En.Kasbi.Mesyuarat memutuskan pengusaha dikenakan deposit satu pusingan kos meracun seluas kawasan yang di usahakan…Mesyuarat mengharapkan lagi ada pengusaha lain untuk tanaman kontan.TINDAKAN AJK DAN PEMBORONG.

vi) Isu batu sempadan akan dibawa dalam Mesyuarat Agong. Pihak RISDA akan cuba membantu..TINDAKAN PENGERUSI DAN AJK.

vii) Keperluan bangsal dalam ladang dipohon daripada pihak RISDA..TINDAKAN RISDA.

viii) Diatas permintaan Pengerusi Surau, bayaran dikenakan RM20.00 menggunakan tempat untuk bermesyuarat. Mesyuarat akur dan telah di persetujui. TINDAKAN BENDAHARI.

6 . Pembentanagn Kewangan
Pembentangan kewangan mengikut lampiran yang disediakan oleh Bendahari.
Bayaran wang kayu getah telah selesai dibuat kepada tuan-tuan tanah mengikut keluasan tanah masing-masing. Bayaran wang tabung daripada Pemborong telah diterima.
Sumbangan tabung perlancaran yang masih belum diterima daripada RISDA sebanyak RM 2000.00 akan di masukkan ke dalam Tabung TSB (ME) PJ. Mohon pihak RISDA membekalkan penyatanya.
AJK dibenarkan belanja pengurusan dan pentadbiran sebanyak RM 400.00/bulan. Pemantauan ladang dibayar kepada AJK terlibat ialah minima RM 10.00/hari dan maksima RM 50.00/bulan, Bayaran menggunakan wang tabung Tuntutan hendaklah disertakan dengan resit.
Pemeriksa kira-kira belanjawan akan di semak dan di sahkan semula oleh pihak RISDA.
7 . Hal-hal lain
a. Mesyuarat menyeru kerjasama semua pihak agar pastikan pintu-pintu di kebun sentiasa di tutup bagi menjaga tanaman di cerobohi musuh.
b. En Abdul Rashid bi Abu Talib – terdapat sedikit perbezaan dalam kira-kira wang. Ini kerana berlainan computer digunakan. Harap maklum.

c. En Mohammad Kamal bin Mohd Mahfudz - telah bertanya harga sepokok bagi sulaman benih. Tn Syed Rashid melaporkan anggaran RM 4.00/pokok kerana pokok sulaman adalah pokok lebih besar.

d. Puan Rosmah bt Pilus - telah bertanyakan juadah mesyuarat. Pihak RISDA menyediakan peruntukan untuk bermesyuarat dan boleh di tuntut.

8 . Ucapan Penangguhan
Pengerusi bagi pihak semua AJK mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih dan mohon maaf jika terdapat kesalahan semasa menjalan tugas-tugas kami dengan En Abdul Aziz bin Sidek PPR RISDA. Beliau telah memberi kerjasama mengendalikan projek ini akan bersara pada akhir tahun. Sekali lagi Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir dan di harap sentiasa memberi penuh komitmen untuk kejayaan TSB(ME) PJ.
Tuan Hj. Abdul Hamid bin Yassin juga selaku Tuan Imam Surau membacakan doa selamat.
Mesyuarat di tangguhkan jam 5.15 petang

Disediakan oleh.


……………………… ……………………………
(ROSMAH BINTI PILUS)
Setiausaha

Disemak,


Hajah Rokizan binti Haji Ibrahim
Pengerusi
TSB (ME) PJ





Surat panggil Mesyuarat AJK TSB (ME) PJ Ke -6






D/A Lot 1589, Km 1.5 Jalan Chembong-Rantau,
71300 Rembau,
Negeri Sembilan.

Tel. 06-6858543(R)
019-6647460
rokizan@yahoo.com
http://tsbperigijernih.blogspot.com

10hb Dis 2010

Fail kami: GR/TSB(ME)PJ(25) (2010)

Tuan Syed Rashid bin Syed Mohamad
Pegawai Tanam Semula Negeri Sembilan Selatan
Pejabat Risda Tampin.
Tampin, Negeri Sembilan.

Tuan,

Mesyuarat Jawatankuasa (ME) TSB Perigi Jernih
Tarikh : 17hb Disember, 2010, Jumaat
Jam : 2.30 petang
Tempat : Surau Nur Hidayah, Kg Perigi Jernih
______________________________________________

1. Saya merujuk kepada perkara diatas dan ingin menjemput tuan hadir pada mesyuarat tersebut.

2. Bersama-sama ini disertakan juga agenda mesyuarat.


3. Kerjasama tuan didahului dengan ucapan terima kasih

Saya yang benar,



Hajah Rokizan binti Haji Ibrahim
Pengerusi
TSB(ME) Perigi Jernih

Salinan kepada: Ketua Stesyen Risda Rembau – Tuan adalah dijemput hadir.

Glorious Woodwork Sdn Bhd.

Ahli-Ahli Jawatankuasa

Pemeriksa Kira-Kira - Mohd Ramli bin Ahmad




AGENDA MESYUARAT

- *Mengesahkan minit mesyuarat yang lepas

- Pemkembangan projek

- Perkara-perkara semasa.

- Membentangkan Penyata Kewangan

- Perkara-perkara berbangkit.

- Hal-hal lain.


* Sila bawa bersama Minit Mesyuarat AJK 09hb Julai, 2010 yang dihantar melalui email bertarikh 23hb Ogos, 2010, 77KB.
read more...

Thursday, December 9, 2010

Anak benih sampai lagi - 03hb Dis 2010


Sebanyak 5,000 anak-anak benih getah tiba.


Penanaman anak-anak benih giat dilakukan






Salah satu Pintu Besi daripada sebelas (11) buah yang terdapat di ladang.



Pintu Besi yang telah dicerobohi di ladang.
read more...