Saturday, July 30, 2011

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan 1432H dan Selamat Berpuasa

Assalamualaikum semua,

Alhamdulillah. Syukur kita ke hadrat Allah kerana diberi peluang sekali lagi untuk bertemu semula dengan bulan Ramadhan yang diberkatiNya.

Oleh itu, kami ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan 'Selamat Menyambut Bulan Ramadhan 1432H dan Selamat Berpuasa'.

Semoga kita semua sentiasa dirahmati Allah. Amin.


-------------------------------------------------------------------------------------


MINIT MESYUARAT AJK KALI KE-7
PROJEK TANAM SEMULA BERKELOMPOK
(MINI ESTET) PERIGI JERNIH, TSB(ME) PJ


Tarikh : 24hb Jun, 2011 (Jumaat)
Masa : 3.00 petang
Tempat : Pejabat Ghazro, 7A,Taman Rembau Permata, Chembong,
Rembau, N.S.

Kehadiran:
Hjh Rokizan bt Hj Ibrahim Pengerusi
Hj Mohd Mahfudz bin Hj Baba AJK
Hj Abdul Hamid bin Yassin AJK
En Jamaludin bin Osman AJK
Hj Abdul Hanizan bin Kidam AJK
Hj Abdul Rahmid bin Kidam AJK
En Abdul Rashid bin Abu Talib Bendahari
Pn Rosmah bt Pilus Setiausaha

Turut hadir:

Tn Sy Rasid bin Sy Mohamad Peg Tanam Semula RISDA N.S Selatan
En Khairul Syifaq bin Ahmad PP RISDA Rembau
En Eng Fee Hiong Glorious Wood Work Sdn Bhd

AJK Tidak hadir:

Pn Noarini bt Mohd Nasir
En Arfisyam bin Abd Hadi
En Mohd Rizal bin Mohd Alway
En Azhar bin Md Nasir
Hj Mohammad Kamal bin Mohd Mahfudz
Hj Mohd Ramli bin Hj Ahmad Pemeriksa Kira-Kira


1. Ucapan Pengerusi.

Pengerusi mengucapkan terima kasih di atas kehadiran semua AJK yang ada. Termasuk Tuan Syed yang dapat meluangkan waktu untuk kita bermesyuarat hari ini. Pengerusi telah menjelaskan mengenai kesihatan beliau yang tidak baik beberapa bulan kebelakangan. Maka oleh hal demikian agak lama tidak dapat mengadakan mesyuarat. Alhamdulillah kini telah pun sihat dan kita bermesyuarat di Pejabat beliau. Beberapa masalah akan kita bincangkan seperti dari segi pembayaran kepada kontraktor dan bekalan anak-anak benih.
Banyak masalah timbul apabila ketiadaan anak-anak benih mengikut jadual. Anak-anak pokok hutan telah hidup, kawasan boleh menjadi semak walaupun tapak telah disediakan. Kerja-kerja seperti membaris, lubang-lubang yang telah tersedia telah timbus, pagar-pagar mulai rosak dan pintu-pintu dicerobohi. Ini boleh mendatangkan tambahan kos.

2. Ucapan Tuan Syed Rashid bin Syed Mohamad.

Beliau menyampaikan ucapan takziah dan mesyuarat menghadiahkan AL-Fatihah kepada Allahyarham YB Dato Mohd Hidir bin Abu Hassan ialah seorang AJK kita di dalam TSB ini.

Beliau telah mengucapkan terima kasih kerana AJK dapat bermesyuarat bagi meneruskan projek kita. Setakat ini didapati kerja-kerja penyelenggaraan seperti meracun kawasan berjalan baik. Bekalan anak-anak benih pokok masih diperlukan untuk proses penanaman yang telah terbengkalai tidak mengikut jadual Beliau telah menerangkan dengan panjang lebar mengenai permasalahan bekalan anak-anak benih yang masih berbaki dan tertangguh. Walaubagaimanapun beliau telah menegaskan lagi bahawa penjagaan awal bagi tanaman yang telah ditanam adalah penting bagi mengelak anak benih mati.

Bayaran bagi kerja-kerja yang telah siap dan telah dituntut oleh pemborong telah dimasukkan ke dalam akaun TSB (ME) PJ.
Beliau telah mengingatkan dan berharap kepada semua AJK bahawa apa sahaja terdapat permasalahan hendaklah sentiasa berusaha memantau dan bersemangat untuk menjayakan projek ini.


3. Mengesahkan Minit Mesyuarat.

Tuan Hj. Abdul Hamid bin Yassin mencadangkan minit mesyuarat 17hb Disember 2011 diuluskan dan En. Jamauddin bin Osman menyokong.


4. Perkembangan Projek

a. Bayaran tuntutan oleh pemborong.
i. Pagar,
ii. Perangkap Binatang,
iii. Teres.

Bayaran berjumlah RM97,935.00 (Ringgit Sembilan puluh tujuh ribu sembilan ratus tiga puluh lima sahaja) telah dibuat. Rujuk surat GR/TSB(ME)PJ(27) (2010) bth 10hb Jun 2011 – cek CIMB bernombor 000003.
Makluman semua

b. Pintu-pintu besi di ladang.

Mesyuarat telah bersetuju bahawa 3 pintu di bayar oleh RISDA manakala bagi 8 pintu ditanggung melalui wang tabung. Bayaran berjumlah RM4,950.00 (Ringgit Empat ribu sembilan ratus lima puluh sahaja) untuk kesemua kesebelasan pintu telah dibayar kepada pemborong menggunakan wang tabung TSB (ME) PJ. Rujuk surat GR/TSB(ME)PJ(29)(2010) bth 24 hb Jun, 2011 – cek CIMB 000004.
Makluman semua

c. Tanaman Kontan.

Tanaman Pisang diusahakan oleh En. Kasbi bin Sharif seluas 10 ekar. Didapati pokok-pokok pisang ditanam rapat menghindarkan anak pokok getah menerima cahaya matahari. Banyak anak-anak pokok getah telah mati. Mesyuarat telah memutuskan supaya pengusaha menebang pokok-pokok pisangnya setelah keluar hasil buah pertama. Keluasan kawasan penanaman yang bermasalah ini seluas 2 ekar.
20 ekar yang diusahakan oleh Ah Chong untuk tanaman kontan. Tindakan jarak penanaman pokok kontan dengan anak-anak benih pokok getah ditangani lebih awal.
Tindakan Pengusaha Tanaman Kontan

c. Batu Sempadan.

Mesyuarat juga telah dimaklumkan bahawa Teknologi GPS akan digunakan dan harga untuk satu batu sempadan akan ditentukan. Pihak RISDA akan membawa kepada pakar untuk memberi penerangan mengenai teknologi GPS kepada AJK di mesyuarat akan datang.
Tindakan AJK dan RISDA

d. Baja.
Pemborong akan mengambil sendiri baja terus ke ladang. Pembiayaan membaja akan dikeluarkan oleh RISDA
Tindakan AJK, Pemborong dan Pengusaha Tanaman Kontan

e. Penanaman.

a. Penerimaan anak-anak benih pokok getah oleh PPR Rembau terus ke ladang:

28 Okt 2010 - 2,500 anak benih biasa
09 Nov 2010 - 2,500 “
10 Nov 2010 - 2,500 “
03 Dis 2010 - 5,000 “
07 Jan 2011 - 2,500 “
13 Jan 2011 - 2,500 “
21 Jan 2011 - 2,500 “
11 Apr 2011 - 2,248 anak benih satu tingkat daun
12 Apr 2011 - 1,500 “
18 Ap 2011 - 5,098 “
19 Apr 2011 - 1,100 “
21 Apr 2011 - 1,252 “
Jumlah kini: 31,198
Kesemua benih anak pokok getah telah ditanam.


b. Kontrovesi penghantaran anak-anak benih.Terdapat kontroversi penghantaran benih yakni kurang 5,000 seperti dalam kiraan/catatan iaitu:
i.. 16 Jan 2011 tiada penghantaraan benih 2,500
ii. 21 Jan 2011 kiraan benih dikebun cuma 2,500, bukan 5,000 seperti dicatat.
Tindakan AJK dan RISDA

c Luas keseluruhan projek.

Keseluruhan projek luasnya ialah 72.9466 hektar ditolak 0.7883 (Lot 743) tidak releven dimasukan dalam projek TSB (ME) PJ. 72.9044 hektar X @550 anak benih = 40,098

Ini bermakna penghantaraan anak-anak benih masih lagi berbaki 8,900. Mesyuarat dimaklumkan bahawa 5,000 anak-anak benih ini akan sampai pada bulan September – November, 2011. Pokok-pokok yang mati akan disulam. Walaupun anak-anak benih bakal dihantar namun projek masih lagi memerlukan 3,900 untuk keseluruhan jumlah 40,098
Tindakan/Makluman semua dan RISDA

5. Perkembangan Semasa.

a. Kerja-kerja mencantas:- Kerja-kerja mencantas perlu dilakukan.
- Kos mencantas RM 100.00/hektar/tahun.
- Setiap 3 bulan kerja mencantas akan dilakukan. Ini bermakna 4 pusingan mencantas perlu dalam setahun. Hj. Abdul Hanizan yang mana beliau akan mengaturkan tugas-tugas mencantas ini.
Tindakan Hj Abdul Hanizan bin Kidam

b. Pagar Runtuh.

Pagar-pagar yang runtuh telah diperbaiki semula oleh Pemborong. Pihak RISDA Rembau mohon kerja pengukuran semula dibuat kerana menurut beliau perbezaan ukuran terlalu jauh beza.
Tindakan RISDA dan Pemborong.

c. Pembangunan Jalan dalam kebun.

Dimaklumkan harga Jalan baru sama dengan harga teres RM 19/rantai. Pengukuran baru juga perlu dibuat.
Tindakan RISDA, AJK dan Pemborong.
d. Pembajaan Dan Racun.Kerja-kerja dibuat di kawasan yang telah ditanam. RISDA akan bayar 2(dua) pusingan meracun selepas penanaman.
Tindakan RISDA dan Pemborong.

e Membatalkan Penyertaan.

Lot 743 milik Nooriah binti Hassan seluas 0.68 hektar dibatalkan kerana tidak relevan dan tidak sesuai.
Tindakan AJK dan RISDA.

f. Papan Tanda Larangan.

Oleh kerana berlaku pencerobohan oleh Penternak-Penternak Binatang dan sebagainya maka mesyuarat telah bersetuju dan meluluskan meletak Papan Tanda Kawasan Larangan perlu dibuat dan diletakan di 2 (dua) tempat di kawasan projek yang bersesuaian diladang.
Tindakan RISDA dan AJK.

6. Pembentangan Kewangan.Pembentangan mengikut lampiran yang disediakan oleh Bendahari. Baki akaun di bank setakat semasa ialah RM 292,227.05 (Ringgi Dua ratus sembilan puluh dua ribu dua ratus dua puluh tujuh dan sen lima sahaja). Pembayaran kos 11 (sebelas) pintu dibuat hari ini sebanyak RM 4,950.00(Ringgit Empat ribu sembilan ratus lima puluh sahaja). Disahkan oleh Hj. Abdul Rahmid bin Kidam dan disokong oleh Hj Abdul Hanizan bin Kidam.
Makluman semua

7. Hal-hal lain.

a. Pn. Rosnah bt Pilus

Memohon dipercepatkan pembajaan pokok-pokok yang telah lama ditanam kerana masih banyak baja-baja dalam simpanan di bengkel(tumpang) di kediaman beliau.
Tindakan AJK dan Pemborong

b. Hj. Abdul Rahmid bin Kidam

Memohon kursus pengurusan getah kepada AJK dan empunya tanah.
Tindakan AJK dan RISDA.

8. Ucapan Penangguhan

Pengerusi berharap Ahli-ahli Jawatan Kuasa bersatu hati dan kuatkan semangat menangani tomahan-tomahan yang dilemparkan oleh peserta-peserta dan daripada berbagai-bagai pihak demi kemajuan kemajuan projek TSB(ME) PJ ini.
Beliau telah mengucapkan terima kasih kepada semua AJK yang masih sanggup berusaha dan memberi kerjasama.
Mesyuarat ditangguhkan jam 5.40 petang


Disediakan oleh,


(ROSMAH BINTI PILUS)
Setiausaha
TSB(ME) Perigi Jernih


Disemak oleh,


Hajah Rokizan binti Haji Ibrahim
Pengerusi
read more...