Thursday, November 3, 2011

Rakaman gambar pada Mesyuarat AJK (Skeleton) pada 20hb Oktober, 2011

read more...

Surat Panggil Mesyuarat AJK (Skeleton) pada 20hb Oktober, 2011

D/A Lot 1589, Km 1.5 Jalan Chembong-Rantau,
71300 Rembau,
Negeri Sembilan.

Tel. 06-6858543(R)
019-6647460
rokizan@yahoo.com
http://tsbperigijernih.blogspot.com
Fail kami:GR/TSB(ME)(31) (2010)

18hb Oktober, 2011

Tuan Syed Rashid bin Syed Mohamad
Pegawai Tanam Semula Negeri Sembilan Selatan
Pejabat Risda Tampin.
Tampin, Negeri Sembilan.

Tuan,

Mesyuarat Jawatankuasa(skeleton) (ME) TSB Perigi Jernih
Tarikh : 20hb Okt, 2011, Khamis
Jam : 2.30 petang
Tempat : Pejabat RISDA Tampin, N.S.
______________________________________________

1. Berikutan Mesyuarat AJK pada 11hb Oktober, 2011, seperti yang telah diminitkan, saya menjemput tuan hadir pada mesyuarat tersebut diatas.

2. Bersama-sama ini disertakan juga agenda mesyuarat.

3. Kerjasama tuan didahului dengan ucapan terima kasih

Saya yang benar,



Hajah Rokizan binti Haji Ibrahim
Pengerusi
TSB(ME) Perigi Jernih

Salinan kepada: Ketua Stesyen Risda Rembau – Tuan adalah dijemput hadir.
Glorious Woodwork Sdn Bhd.

Ahli-Ahli Jawatankuasa :
- Haji Mohd Mahfudz bin Haji Baba
- Haji Abd Rahmid bin Kidam
- Haji Abdul Hanizan bin Kidam
- Haji Mohammad Kamal bin Mohd Mahfudz
- Encik Jamaludin bin Abd Ghani
Bendahari - Encik Abdul Rashid bin Abu Talib
Setiausaha - Puan Rosmah binti Pilus






AGENDA MESYUARAT

- Meluluskan minit mesyuarat yang lepas
- Kerja-kerja penyelenggaraan dan sebutharga.
- Hal-hal lain.
read more...

Rakaman gambar-gambar Mesyurat AJK pada 11 Okober 2011

Rakaman gambar-gambar semasa mesyuarat tidak menggambarkan Pengerusi dan semua AJK yang hadir gembira. Bahasa Badan menjelaskannya.



read more...

Minit Mesyuarat AJK bertarikh 11 Oktober, 2011

TANAM SEMULA BERKELOMPOK (MINI ESTET) PERIGI JERNIH,TSB (ME) PJ.
_____________________________________________________________________________

Tarikh : 11hb Oktober 2011 (Selasa)
Masa : 3.00 petang
Tempat : Pejabat Ghazro, 7A,Taman Rembau Permata,
Chembong, Rembau, N.S.


Kehadiran:

Hjh Rokizan bt Hj Ibrahim Pengerusi
Hj Mohd Mahfudz b Hj Baba AJK
Hj Abdul Hanizan b Kidam AJK
En Jamaluddin b Osman AJK
Hj Abdul Rahmid b Kidam AJK
Hj Mohammad Kamal b Mohd Mahfudz AJK
Pn Rosmah bt Pilus Setiausaha

Turut Hadir:

Tuan Syed Rasid b Syed Mohammad Peg Tanam Semula RISDA NS Selatan
En Eng Fee Hiong Glorious Wood Work Sdn. Bhd.
En Kasbi b Sharif Pengusaha Tanaman Kontan (Pisang)
En Chong Soon Fatt Pengusaha Tanaman Kontan (Pisang)

AJK Tidak Hadir:

Pn Noraini bt Mohd Nasir
En Arfisyam b Abd Hadi
En Mohd Rizal b Mohd Alway
En Azhar b Md. Nasir
En Abdul Hamid b Yassin
En Abdul Rashid b Abu Talib Bendahari
Hj Mohd Ramli b Hj Ahmad Pemeriksa Kira-Kira
Wakil Stesen Risda Rembau


1. Ucapan Pengerusi.

Pengerusi memberi salam dan mengalu-alukan kedatangan hadirin Beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada Ahli-Ahli Jawatankuasa yang rajin hadir mesyuarat dan dapat meneruskan usaha kerjasama untuk melihat kemajuan projek TSB (ME) PJ. Walaupun beliau merasa agak terkilan dengan Sistem Penyampaian (Delivery System) pentadbiran pihak RISDA seperti penangguhan membekalkan anak-anak benih, lewat pembayaran dan sebagainya namun beliau berharap usaha-usaha bersama di pihak AJK, Pemborong dan pihak RISDA sendiri harus berjalan baik.


2. Ucapan Tuan Syed Rasid b Syed Mohamad.

Tuan Syed Rasid telah juga mengucapkan terima kasih kerana mengadakan mesyuarat ini. Bagi beliau, merupa mesyuarat ke-6 hari ini membincangkan permasalahan yang serupa yang dihadapi oleh TSB lain. Selaku Pegawai Tanam Semula RISDA N.S Selatan yang bertanggungjawab dengan pentadbiran dan projek telah menyatakan kekangan yang dihadapi oleh RISDA. Panjang huraian beliau namun menyakinkan mesyuarat untuk menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh projek TSB(ME) PJ.


3. Mengesahkan Minit Mesyuarat.

Minit mesyuarat tidak dapat disahkan kerana kelewatan Setiausaha menyediakannya. Walaubagaimanapun mesyuarat setuju diteruskan, membincangkan masalah dan perkembangan projek ini.


4. Perkembangan Projek:

a. Anak-anak benih satu tingkat daun telah diterima di ladang oleh PPR Khairul Syifaq bin Ahmad :

29 Sep 2011 - 1,500
30 Sep 2011 - 1,500
10 Okt 2011 - 1,100
12 Okt 2011 - 920* (sehari selepas mesyuarat AJK ini)

Jumlah - 5,000 dan semuanya telah ditanam.

Ini bermakna TSB (ME) PJ masih memerlukan 3,900 anak-anak benih untuk melengkapkankan tanaman. Ini diperlukan dalam masa terdekat.

b. Semenjak 28 Okt 2010 sehingga 21 Apr 2011 sejumlah 31,198 anak-anak benih telah ditanam. Oleh kerana penghantaran anak-anak benih jarak masa berbeza maka pertumbuhannya tidak seragam. Didapati sebanyak 15% yang mati. Ada sebab mati dimakan Kambing dan ada juga bekalan benih yang tidak memuaskan selain daripada faktor cuaca panas selepas ditanam.

c. Pokok-pokok renek.

Terdapat pokok-pokok hutan dan pokok-pokok renek telah tubuh bagi kawasan yang belum di tanam kerana ketiadaan benih itu. Ini telah menimbulkan masalah bagi Pemorong membuat kerja-kerja yang sepatut dilakukan seperti meracun keseluruhan projek sekaligus dan sebagainya. Oleh hal yang demikian didapati projek tidak dapat berjalan sempurna dan tidak beres.


d. Kerja-kerja Membaris.

Baris-baris yang telah dibuat telah lenyap.

e. Lubang tanam benih.

Semua lubang-lubang untuk menanam benih telah timbus.


5. Keadaan fizikal Ladang.

a. Pagar.

Pagar keliling mulai usang setelah lebih satu tahun dibina. Terdapat banyak bocor dan ada yang mengalami masalah kehakisan tanah. Terdapat juga jaring-jaring hitam dicerobohi. Oleh yang demikian pencerobohan kawasan ladang amat tinggi terutama sekali oleh Penternak-Penternak Binatang seperti Kambing.

b. Pintu-pintu besi.

Sebuah Pintu Besi di jalan masuk dari Kg Pulau Besar telah hilang. Kebanyakkan kunci-kunci telah hilang dan pintu-pintu besi terdedah oleh penceroboh-penceroboh.

c. Jalan-jalan.

Kebanyakan jalan-jalan sedia ada berlubang-lubang kerana berlaku hakisan tanah.

d. Parit.

Terdapat di beberapa bahagian, parit telah cetek.


6. Penyelenggaraan Ladang.

Tn Syed Rashid akan memanggil mesyuarat AJK(skeleton) minggu hadapan di Pejabat RISDA Tampin untuk membincangkan penyelenggaran dan sebutharga.

a. Pembersihan.

Rumput-rumpai di teres-teres, anak-anak pokok renek dan pokok hutan di dada(had tinggi dua kaki saja dibenarkan) hendaklah dilakukan oleh pemborong terlibat mengikut pusingan.

Tindakan AJK dan Pemborong



b. Pembajaan.

Pembajaan juga hendaklah dilakukan oleh Pemborong dan Pengusaha Tanaman Kontan yang terlibat mengikut jadual.

Tindakan AJK, Pemborong dan Pengusaha Tanaman Kontan

c. Penanaman kontan.

Pengusaha Tanaman Kontan disarankan agar sama-sama menjaga keseimbangan kesuburan pertumbuhan anak-anak pokok getah dengan tanaman kontan mereka melalui konsep menang-menang. Pengusaha perlu mengikut speksifikasi perjanjian yang ditetapkan iaitu 3 kaki daripada jarak pokok. Pengusaha juga diingatkan menyelesaikan deposit dan cukai tanah mengikut syarat perjanjian.

Tindakan AJK danPengusaha Tanaman Kontan

d. Penanaman sulaman anak-anak pokok.

Anak-anak pokok yang mati hendaklah disulam. Kerja-kerja menyulam tanaman ini patut dilakukan serentak dengan penanaman anak-anak benih pokok kini.Bagi Pengusaha Tanaman Kontan, sulaman tanaman hendaklah dilakukan dikawasannya tanpa bayaran. Mesyuarat telah bersetuju sulaman pokok adalah terdiri daripada 3 – 4 tingkat daun yang dibekalkan oleh RISDA Jalan Chembong-Rantau.

Tindakan RISDA, Pembong, AJK dan Pengusaha Tanaman Kontan

7. Isu-isu Semasa.


a. Bayaran lewat.

Pengerusi merasa gundah tentang bayaran yang dituntut oleh Pemborong kepada RISDA. Bayaran terlalu lewat dan sehingga kini ada tuntutan pemborong yang masih belum dibayar. Apabila ini berlarutan akan hilang minat Pemborong bekerja dan boleh menjejaskan projek. Mesyuarat telah menyarankan harapan kepada Tuan Syed Rashid supaya memperbaiki keadaan.

Tindakan Pengerusi,Tuan Syed Rashid/RISDA.

b. Batu Sempadan.

Isu ini berlarutan setiap kali mesyuarat diadakan. Ianya perlu diselesaikan ketika anak-anak pokok getah masih kecil. Apabila tidak ditangani sekarang akan menimbulkan masalah di kemudian hari. Penyelesaikan masalah ini perlu dibincangkan semula mengenai kos persempadanan.
Tindakan AJK Tuan Syed Rashid.


d. Mesyuarat Agong.

Pihak RISDA ingin mengadakan aktiviti sempena Mesyuarat Agong kemungkinan akan diadakan pada bulan Disember, 2011.

Tindakan AJK dan RISDA.


c. Jalan-jalan di ladang.

Pemborong juga perlu prihatin dan menjaga bersama memperbaiki jalan-jalan di dalam ladang. Pembaikpulih jalan di ladang yang rosak perlu untuk kemudahan laluan kenderaan.

Tindakan AJK, Pemborong dan RISDA.

d. Jalan-Jalan Kampung.

Pekerja ladang yang masuk dan keluar disarankan memandu berhemah terutama ketika melalui kawasan kampung.

Tindakan AJK, Pemborong dan RISDA.
e. Pembaikpulihan.

Pembaikpulihan/penyelenggaran pagar, parit, jalan-jalan di ladang dan pintu besi disegerakan. Pemborong boleh membuat tuntutan bayaran daripada RISDA.

Tindakan RISDA, Pemborong, AJK

8. Pembentangan Kewangan.

Mesyuarat kali ini ini tidak dapat membentangkannya kerana ketidakhadiran Bendahari yang tidak dapat dielakkan.
Tindakan Bendahari

9. Hal-hal lain.

a. En Jamaluddin bin Osman telah mengutarakan permasalahan perancangan yang keliru oleh pihak RISDA. Pihak RISDA tidak dapat mengimplimentasi apa yang telah dirancang. Beliau memberi pandangan sepatutnya segala perancangan yang telah dibuat mengikut jadual yang telah ditetapkan. Apabila perancangan tidak dapat dilakukan maka projek menanggung masalah amnya dan peserta khasnya.

Tindakan RISDA.

b. Hj Abdul Rahmid bin Kidam mencadangkan pengunaan pagar ala tentera digunapakai dan relevan.
Tindakan AJK, Pemborong dan RISDA

c. Puan Pengerusi mahu kesemua AJK celek IT(Information Technology) demi diri masing-masing dan memudahkan komunikasi. Untuk itu mohon pihak RISDA mengadakan kursus IT kepada AJK yang memerlukan.

Tindakan AJK dan RISDA 10. Ucapan penangguhan.

Pengerusi mengucapkan terima kasih. Sementara itu beliau melahirkan rasa kecewa kerana perjalanan projek tidak mengikut jadual yang telah ditetap seperti di dalam Dokumen Perjanjian berikutan sistem penyampaian yang lemah daripada pihak RISDA. Ini telah banyak menimbulkan berbagai-bagai masalah kepada projek. Beliau mengakui dalam mesyuarat kali ini banyak lontaran ungkapan yang agak keras dan beliau tidak terkecuali. Apa yang mesyuarat inginkan ialah perjalanan projek dapat berjalan sempurna seperti objektif awal. Bagi pihak mesyuarat beliau memohon maaf jika ada yang tersinggung.

Beliau memohon kepada semua yang terlibat dalam projek ini jangan berputus asa sebaliknya terus memberi lebih komitmen untuk kebaikan bersama.

Mesyuarat ditangguhkan jam 5.15 petang.






Disediakan oleh,



ROSMAH BINTI PILUS
Setiausaha
TSB (ME) Perigi Jernih


Disemak oleh,


HAJAH ROKIZAN BINTI HAJI IBRAHIM Setiausaha TSB
Pengerusi
read more...

Keadaan Tanaman yang tidak setara

1. Keadaan tanaman tidak membesar setara (uniform) kerana benih-benih tidak dibekalkan oleh pihak RISDA secara serentak.

2. Pihak RISDA tidak membekalkan benih-benih mengikut jadual yang telah dijanjikan walaupun Jawatankuasa dan Pemborong telah mengurus dan menyiapkan infra straktur mengikut jadual. Sepatutnya semua bekalan benih telah selesai ditanam pada penghujung tahun 2010.

3. Kebelakangan ini benih-benih yang telah dibekalkan tidak baik mutunya.

4. Sehingga kini bekalan benih-benih masih berbaki lantas keadaan dikebun mendukacitakan.

5. Saya sebagai Pengerusi dan kesemua Ahli-ahli Jawatankuasa amat rasa kecewa dengan cara pentadbiran pihak RISDA.












Oleh kerana pembekalan anak-anak benih yang tidak dapat dibekalkan serentak maka pertumbuhan pokok-pokok tidak setara. Lagi mengecewakan kerana anak-anak benih masih belum lagi dibekalkan sepenuhnya.
read more...

Tuesday, October 11, 2011

Mesyuarat AJK pada Selasa,11hb Oktober, 2011

D/A Lot 1589, Km 1.5 Jalan Chembong-Rantau,
71300 Rembau,
Negeri Sembilan.

Tel. 06-6858543(R)
019-6647460
rokizan@yahoo.com
http://tsbperigijernih.blogspot.com
Fail kami:GR/TSB(ME)(29) (2010)

4hb Oktober, 2011

Tuan Syed Rashid bin Syed Mohamad
Pegawai Tanam Semula Negeri Sembilan Selatan
Pejabat Risda Tampin.
Tampin, Negeri Sembilan.

Tuan,

Mesyuarat Jawatankuasa (ME) TSB Perigi Jernih
Tarikh : 11hb Okt, 2011, Selasa
Jam : 3.00 petang
Tempat : Pejabat Ghazro, N0. 7A, Jalan TRP 1, Tmn Rembau Permata, Chembong,
Rembau.
______________________________________________

1. Saya merujuk kepada perkara diatas dan ingin menjemput tuan hadir pada mesyuarat tersebut.

2. Bersama-sama ini disertakan juga agenda mesyuarat.


3. Kerjasama tuan didahului dengan ucapan terima kasih

Saya yang benar,



Hajah Rokizan binti Haji Ibrahim
Pengerusi
TSB(ME) Perigi Jernih

Salinan kepada: Ketua Stesyen Risda Rembau – Tuan adalah dijemput hadir.
Glorious Woodwork Sdn Bhd.

Ahli-Ahli Jawatankuasa :
- Haji Mohd Mahfudz bin Haji Baba
- Haji Abd Rahmid bin Kidam
- Haji Abd Hamid bin Yasin
- Haji Abdul Hanizan bin Kidam
- Puan Nooraini bt Mohd Nasir
- Mohammad Kamal bin Mohd Mahfudz
- Mohd Rizal bin Mohd Alway
- Arfisyam bin Abd Hadi
- Azhar bin Md Nasir
- Jamaludin bin Abd Ghani
Bendahari - Abdul Rashid bin Abu Talib
Setiausaha - Puan Rosmah binti Pilus
Pemeriksa Kira-Kira - Mohd Ramli bin Ahmad


AGENDA MESYUARAT

- Meluluskan minit mesyuarat yang lepas

- Perkara-perkara berbangkit

- Isu-isu semasa semasa - tanaman
- anak-anak benih
- penyelengaraan.
- Penyataan Kewangan

- Hal-hal lain.
read more...

Wednesday, September 7, 2011

Keadaan kebun setakat 18 Ogos 2011.

Kebun yang bersih.




Tanaman sedang naik subur.




Dari satu sudut permandangan daripada jalanraya berhampiran Desa Permai.



Kebun yang bersih.
read more...

Saturday, July 30, 2011

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan 1432H dan Selamat Berpuasa

Assalamualaikum semua,

Alhamdulillah. Syukur kita ke hadrat Allah kerana diberi peluang sekali lagi untuk bertemu semula dengan bulan Ramadhan yang diberkatiNya.

Oleh itu, kami ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan 'Selamat Menyambut Bulan Ramadhan 1432H dan Selamat Berpuasa'.

Semoga kita semua sentiasa dirahmati Allah. Amin.


-------------------------------------------------------------------------------------


MINIT MESYUARAT AJK KALI KE-7
PROJEK TANAM SEMULA BERKELOMPOK
(MINI ESTET) PERIGI JERNIH, TSB(ME) PJ


Tarikh : 24hb Jun, 2011 (Jumaat)
Masa : 3.00 petang
Tempat : Pejabat Ghazro, 7A,Taman Rembau Permata, Chembong,
Rembau, N.S.

Kehadiran:
Hjh Rokizan bt Hj Ibrahim Pengerusi
Hj Mohd Mahfudz bin Hj Baba AJK
Hj Abdul Hamid bin Yassin AJK
En Jamaludin bin Osman AJK
Hj Abdul Hanizan bin Kidam AJK
Hj Abdul Rahmid bin Kidam AJK
En Abdul Rashid bin Abu Talib Bendahari
Pn Rosmah bt Pilus Setiausaha

Turut hadir:

Tn Sy Rasid bin Sy Mohamad Peg Tanam Semula RISDA N.S Selatan
En Khairul Syifaq bin Ahmad PP RISDA Rembau
En Eng Fee Hiong Glorious Wood Work Sdn Bhd

AJK Tidak hadir:

Pn Noarini bt Mohd Nasir
En Arfisyam bin Abd Hadi
En Mohd Rizal bin Mohd Alway
En Azhar bin Md Nasir
Hj Mohammad Kamal bin Mohd Mahfudz
Hj Mohd Ramli bin Hj Ahmad Pemeriksa Kira-Kira


1. Ucapan Pengerusi.

Pengerusi mengucapkan terima kasih di atas kehadiran semua AJK yang ada. Termasuk Tuan Syed yang dapat meluangkan waktu untuk kita bermesyuarat hari ini. Pengerusi telah menjelaskan mengenai kesihatan beliau yang tidak baik beberapa bulan kebelakangan. Maka oleh hal demikian agak lama tidak dapat mengadakan mesyuarat. Alhamdulillah kini telah pun sihat dan kita bermesyuarat di Pejabat beliau. Beberapa masalah akan kita bincangkan seperti dari segi pembayaran kepada kontraktor dan bekalan anak-anak benih.
Banyak masalah timbul apabila ketiadaan anak-anak benih mengikut jadual. Anak-anak pokok hutan telah hidup, kawasan boleh menjadi semak walaupun tapak telah disediakan. Kerja-kerja seperti membaris, lubang-lubang yang telah tersedia telah timbus, pagar-pagar mulai rosak dan pintu-pintu dicerobohi. Ini boleh mendatangkan tambahan kos.

2. Ucapan Tuan Syed Rashid bin Syed Mohamad.

Beliau menyampaikan ucapan takziah dan mesyuarat menghadiahkan AL-Fatihah kepada Allahyarham YB Dato Mohd Hidir bin Abu Hassan ialah seorang AJK kita di dalam TSB ini.

Beliau telah mengucapkan terima kasih kerana AJK dapat bermesyuarat bagi meneruskan projek kita. Setakat ini didapati kerja-kerja penyelenggaraan seperti meracun kawasan berjalan baik. Bekalan anak-anak benih pokok masih diperlukan untuk proses penanaman yang telah terbengkalai tidak mengikut jadual Beliau telah menerangkan dengan panjang lebar mengenai permasalahan bekalan anak-anak benih yang masih berbaki dan tertangguh. Walaubagaimanapun beliau telah menegaskan lagi bahawa penjagaan awal bagi tanaman yang telah ditanam adalah penting bagi mengelak anak benih mati.

Bayaran bagi kerja-kerja yang telah siap dan telah dituntut oleh pemborong telah dimasukkan ke dalam akaun TSB (ME) PJ.
Beliau telah mengingatkan dan berharap kepada semua AJK bahawa apa sahaja terdapat permasalahan hendaklah sentiasa berusaha memantau dan bersemangat untuk menjayakan projek ini.


3. Mengesahkan Minit Mesyuarat.

Tuan Hj. Abdul Hamid bin Yassin mencadangkan minit mesyuarat 17hb Disember 2011 diuluskan dan En. Jamauddin bin Osman menyokong.


4. Perkembangan Projek

a. Bayaran tuntutan oleh pemborong.
i. Pagar,
ii. Perangkap Binatang,
iii. Teres.

Bayaran berjumlah RM97,935.00 (Ringgit Sembilan puluh tujuh ribu sembilan ratus tiga puluh lima sahaja) telah dibuat. Rujuk surat GR/TSB(ME)PJ(27) (2010) bth 10hb Jun 2011 – cek CIMB bernombor 000003.
Makluman semua

b. Pintu-pintu besi di ladang.

Mesyuarat telah bersetuju bahawa 3 pintu di bayar oleh RISDA manakala bagi 8 pintu ditanggung melalui wang tabung. Bayaran berjumlah RM4,950.00 (Ringgit Empat ribu sembilan ratus lima puluh sahaja) untuk kesemua kesebelasan pintu telah dibayar kepada pemborong menggunakan wang tabung TSB (ME) PJ. Rujuk surat GR/TSB(ME)PJ(29)(2010) bth 24 hb Jun, 2011 – cek CIMB 000004.
Makluman semua

c. Tanaman Kontan.

Tanaman Pisang diusahakan oleh En. Kasbi bin Sharif seluas 10 ekar. Didapati pokok-pokok pisang ditanam rapat menghindarkan anak pokok getah menerima cahaya matahari. Banyak anak-anak pokok getah telah mati. Mesyuarat telah memutuskan supaya pengusaha menebang pokok-pokok pisangnya setelah keluar hasil buah pertama. Keluasan kawasan penanaman yang bermasalah ini seluas 2 ekar.
20 ekar yang diusahakan oleh Ah Chong untuk tanaman kontan. Tindakan jarak penanaman pokok kontan dengan anak-anak benih pokok getah ditangani lebih awal.
Tindakan Pengusaha Tanaman Kontan

c. Batu Sempadan.

Mesyuarat juga telah dimaklumkan bahawa Teknologi GPS akan digunakan dan harga untuk satu batu sempadan akan ditentukan. Pihak RISDA akan membawa kepada pakar untuk memberi penerangan mengenai teknologi GPS kepada AJK di mesyuarat akan datang.
Tindakan AJK dan RISDA

d. Baja.
Pemborong akan mengambil sendiri baja terus ke ladang. Pembiayaan membaja akan dikeluarkan oleh RISDA
Tindakan AJK, Pemborong dan Pengusaha Tanaman Kontan

e. Penanaman.

a. Penerimaan anak-anak benih pokok getah oleh PPR Rembau terus ke ladang:

28 Okt 2010 - 2,500 anak benih biasa
09 Nov 2010 - 2,500 “
10 Nov 2010 - 2,500 “
03 Dis 2010 - 5,000 “
07 Jan 2011 - 2,500 “
13 Jan 2011 - 2,500 “
21 Jan 2011 - 2,500 “
11 Apr 2011 - 2,248 anak benih satu tingkat daun
12 Apr 2011 - 1,500 “
18 Ap 2011 - 5,098 “
19 Apr 2011 - 1,100 “
21 Apr 2011 - 1,252 “
Jumlah kini: 31,198
Kesemua benih anak pokok getah telah ditanam.


b. Kontrovesi penghantaran anak-anak benih.Terdapat kontroversi penghantaran benih yakni kurang 5,000 seperti dalam kiraan/catatan iaitu:
i.. 16 Jan 2011 tiada penghantaraan benih 2,500
ii. 21 Jan 2011 kiraan benih dikebun cuma 2,500, bukan 5,000 seperti dicatat.
Tindakan AJK dan RISDA

c Luas keseluruhan projek.

Keseluruhan projek luasnya ialah 72.9466 hektar ditolak 0.7883 (Lot 743) tidak releven dimasukan dalam projek TSB (ME) PJ. 72.9044 hektar X @550 anak benih = 40,098

Ini bermakna penghantaraan anak-anak benih masih lagi berbaki 8,900. Mesyuarat dimaklumkan bahawa 5,000 anak-anak benih ini akan sampai pada bulan September – November, 2011. Pokok-pokok yang mati akan disulam. Walaupun anak-anak benih bakal dihantar namun projek masih lagi memerlukan 3,900 untuk keseluruhan jumlah 40,098
Tindakan/Makluman semua dan RISDA

5. Perkembangan Semasa.

a. Kerja-kerja mencantas:- Kerja-kerja mencantas perlu dilakukan.
- Kos mencantas RM 100.00/hektar/tahun.
- Setiap 3 bulan kerja mencantas akan dilakukan. Ini bermakna 4 pusingan mencantas perlu dalam setahun. Hj. Abdul Hanizan yang mana beliau akan mengaturkan tugas-tugas mencantas ini.
Tindakan Hj Abdul Hanizan bin Kidam

b. Pagar Runtuh.

Pagar-pagar yang runtuh telah diperbaiki semula oleh Pemborong. Pihak RISDA Rembau mohon kerja pengukuran semula dibuat kerana menurut beliau perbezaan ukuran terlalu jauh beza.
Tindakan RISDA dan Pemborong.

c. Pembangunan Jalan dalam kebun.

Dimaklumkan harga Jalan baru sama dengan harga teres RM 19/rantai. Pengukuran baru juga perlu dibuat.
Tindakan RISDA, AJK dan Pemborong.
d. Pembajaan Dan Racun.Kerja-kerja dibuat di kawasan yang telah ditanam. RISDA akan bayar 2(dua) pusingan meracun selepas penanaman.
Tindakan RISDA dan Pemborong.

e Membatalkan Penyertaan.

Lot 743 milik Nooriah binti Hassan seluas 0.68 hektar dibatalkan kerana tidak relevan dan tidak sesuai.
Tindakan AJK dan RISDA.

f. Papan Tanda Larangan.

Oleh kerana berlaku pencerobohan oleh Penternak-Penternak Binatang dan sebagainya maka mesyuarat telah bersetuju dan meluluskan meletak Papan Tanda Kawasan Larangan perlu dibuat dan diletakan di 2 (dua) tempat di kawasan projek yang bersesuaian diladang.
Tindakan RISDA dan AJK.

6. Pembentangan Kewangan.Pembentangan mengikut lampiran yang disediakan oleh Bendahari. Baki akaun di bank setakat semasa ialah RM 292,227.05 (Ringgi Dua ratus sembilan puluh dua ribu dua ratus dua puluh tujuh dan sen lima sahaja). Pembayaran kos 11 (sebelas) pintu dibuat hari ini sebanyak RM 4,950.00(Ringgit Empat ribu sembilan ratus lima puluh sahaja). Disahkan oleh Hj. Abdul Rahmid bin Kidam dan disokong oleh Hj Abdul Hanizan bin Kidam.
Makluman semua

7. Hal-hal lain.

a. Pn. Rosnah bt Pilus

Memohon dipercepatkan pembajaan pokok-pokok yang telah lama ditanam kerana masih banyak baja-baja dalam simpanan di bengkel(tumpang) di kediaman beliau.
Tindakan AJK dan Pemborong

b. Hj. Abdul Rahmid bin Kidam

Memohon kursus pengurusan getah kepada AJK dan empunya tanah.
Tindakan AJK dan RISDA.

8. Ucapan Penangguhan

Pengerusi berharap Ahli-ahli Jawatan Kuasa bersatu hati dan kuatkan semangat menangani tomahan-tomahan yang dilemparkan oleh peserta-peserta dan daripada berbagai-bagai pihak demi kemajuan kemajuan projek TSB(ME) PJ ini.
Beliau telah mengucapkan terima kasih kepada semua AJK yang masih sanggup berusaha dan memberi kerjasama.
Mesyuarat ditangguhkan jam 5.40 petang


Disediakan oleh,


(ROSMAH BINTI PILUS)
Setiausaha
TSB(ME) Perigi Jernih


Disemak oleh,


Hajah Rokizan binti Haji Ibrahim
Pengerusi
read more...

Saturday, June 25, 2011

Rakaman gambar-gambar Mesyuarat AJK pada 24.06.2011 di Pejabat Pengerusi di Chembong.

Mesyuarat banyak menyentuh mengenai masalah bekalan benih dan pembayaran kerja-kerja kepada pemborong.




read more...

Thursday, June 23, 2011

kemaskini


Sebahagian lot, terdapat pokok telah naik tinggi.



read more...
Tanaman kini semakin membesar



read more...

Friday, March 25, 2011

Keadaan tanaman sekarang

Kelihatan tanaman yang beransur naik. Walaubagaimanapun kita masih lagi menuggu bekalan benih yang tertangguh dari pihak RISDA.




read more...

Tuesday, March 8, 2011

Tambahan kelulusan Lot.

Ahli yang ke 85.

Sabiah binti Laboh
Kg Baru, Jalan Tambang Kuda,
71300 Rembau, NS.

No. Lot 1226

Luas 0.7461 hektar.

Dengan penambahan ini maka keluasan keseluruhan projek TSB (ME) PJ ialah 73.69 hektar.
read more...

Pencerobohan pagar

Pencerobohan pagar telah berlaku dua kali. Pada 24 Feb 2011 telah diceroboh lagi oleh mereka yang tidak bertanggungjawab memasukan ternakan kambing-kambing mereka. Kami amat berharap demi tanaman kita bersama marilah sama-sama kita membenteras perkara yang tidak elok ini dengan memberi kata-kata nasihat kepada yang empunya ternakan.

Pengerusi
TSB (ME) PJ
read more...

Penanaman

Setakat ini RISDA telah dapat membekalkan sebanyak 17,500 anak-anak pokok benih getah dan telah ditanam. Ini bermakna Projek TSB (ME) PJ ini memerlukan 30,500 anak benih lagi. Kekangannya kerana RISDA masih tidak dapat membekalkan anak-anak benih. Walaubagaimanpun kita amat berharap permasalah bekalan anak-anak benih dapat diselesai dengan segera memandangkan projek penanaman ini telah melewati masa Sama-sama kita berdoa agar ianya dapat dilaksanakan oleh RISDA.

Pengerusi
TSB (ME) PJ
read more...

ALFATIHAH - PEMERGIAN ALLAHYARHAM YB MOHAMAD HIDIR BIN ABU HASAN, ADUN & EXCO MERLIMAU, MELAKA.

Pada 20 Januari, 2011 Allahyarham meninggal dunia di Hospital Pakar Putra Melaka kerana serangan sakit jantung. Allahyarham adalah juga peserta dalam projek TSB (ME) PJ yang juga salah seorang Ahli Jawatankuasa. Allahyarham juga adalah sepupu Pengerusi. Kami amat terasa kehilangannya yang banyak memberi khidmat nasihat kepada kami. Al- Fatihah semoga rohnya didalam gulungan solihan. Amin.

-----------------------------------------------------------------------------------


ALU-ALUAN

Kami, bagi pihak semua ahli-ahli dan ahli-ahli Jawatankuasa mengalukan kedatangan En Mohamad Khairul Syifaq bin Ahmad ke Stesen RISDA Rembau untuk meneruskan tugas-tugas daripada En Aziz bin Sidek yang telah bersara pada 31 Disember, 2010. Diharap beliau dapat bekerjasama dengan kita demi kejayaan projek ini.



----------------------------------------------------------------------------------


SURAT PENGERUSI KEPADA PENGARAH RISDA NEGERI

Fail kami: GR/TSB(ME)PJ(26) (2010)

20hb Disember, 2010

Hj Abdul Ghafar bin Dato’ Hj Borhanudin,
Pengarah RISDA Negeri,
Negeri Sembilan DK.

Yang Berbahagia Tuan,

BEKALAN BENIH UNTUK PROJEK TSB (ME) PERIGI JERNIH, REMBAU

Dengan hormatnya saya ingin merujuk kepada perkara diatas.

Sukacita dimaklumkan kepada tuan bahawa kerja-kerja di projek ini telah siap mengikut jadual. Pada bulan Oktober sepatutnya proses menanam dilakukankan dan selesai pada hujung tahun 2010 ini. Malangnya sehingga kini anak-anak benih cuma 10,000 pokok yang telah dibekalkan daripada 48,000 anak benih.

Saya sebagai Pengerusi projek ini telah berkali-kali merayu kepada pegawai-pegawai yang berkenaan untuk mempercepatkan bekalan benih untuk projek ini.

Jadi, dengan hal yang demikian saya mohon daripada Yang Berbahagia Tuan agar bekalan anak-anak benih yang berbaki itu dapat dihantar sebelum hujung tahun ini untuk kebaikan semua pihak seperti motto “RISDA Efektif Pekebun Kecil Produktif”.

Kerjasama tuan saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Saya yang benar,


Hajah Rokizan binti Haji Ibrahim
Pengerusi
TSB (ME) Perigi Jernih.

Salinan kepada:

Tuan Said Rashid bin Syed Mohamad - Pegawai Tanam Semula RISDA NS Selatan

Hj. Mansor Bin Abd. Kadir - Ketua Stesen RISDA Rembau
read more...