Monday, April 26, 2010

Laporan Projek oleh Pengerusi TSB(ME) PJ, 26hb April, 2010.




1. Pendahuluan.

Laporan ini merangkumi daripada tarikh 21 Mac 2010 sehingga 26hb April 2010.

2. Peristiwa dan progress.

1). Sebagaimana peserta-peserta mengetahui iaitu 56 orang telah dibayar wang pokok-pokok getah pada 21 Mac 2010. Ramai yang menerima dengan baik dan mengucapkan terima kasih. Seperti biasa ada segelintir yang bising tetapi setelah diterangkan oleh Pengerusi dan Pegawai Tanam Semula RISDA mereka mungkin telah faham.

2). Kami dapati pada hari tersebut ramai yang menghulurkan sumbangan wang sebesarnya RM50.00 dan paling sedikit .30 sen yang berjumlah RM431.30. Mewakilkan Pengerusi, pungutan telah bertambah RM154.90 Jumlah kutipan sebanyak RM586.20. Sebenarnya sebelum ini Pengerusi dan AJK bergerak diatas belanja sendiri dalam mengendalikan projek ini.

3). Permohonan yang berbaki sebanyak 20 + + sehingga kini masih belum dapat kelulusan. Ini disebabkan berbagai perkara/masalah persaorangan yang perlu Pengerusi, AJK dan RISDA atasi. Ini menimbulkan masalah walaupun demikian demi progress projek, kerja-kerja selanjutnya diteruskan juga.

4). Seminggu kemudian kecuh dengan penorehan berlaku di tapak projek. Macam-macam tomahan dilemparkan daripada segelintir peserta. Tidak kurang juga daripada seorang dua AJK sendiri yang tidak sepatut berlaku. Orang-orang yang tidak berkenaan pun mengambil kesempatan.

5). Kebenaran laluan menyisir keretapi telah diperolehi oleh Pemborong dengan pihak Keretapi Tanah Melayu. Tetapi untuk meneruskan kerja-kerja kita seharusnya menunggu kesemua permohonan lulus. Walaubagaimanapun kayu-kayu getah telah mula di tebang mulai 31 Mac 2010 pada lot-lot yang telah lulus. Perjalanan masuk/keluar lori-lori muatan kayu-kayu telah berjalan lancar. Namun pada minggu berikutnya kerja-kerja pemasang rasuk (beam) dilakukan di sisiran jalan keretapi. Lori-lori tidak dapat melaluinya seperti biasa.

6). Pengerusi telah memohon laluan Desa Permai Mampong daripada pihak Kerajaan Tempatan dan telahpun mendapat kelulusan. Deposit telah dibayar oleh pemborong sebanyak RM10,000.00. Perundingan telah pun dibuat oleh Pengerusi dan beberapa orang AJK penduduk taman namun mereka meminta bayaran daripada Pemborong sebanyak RM20,000.00. Beberapa orang lagi minta RM20,000.00 termasuklah seorang AJK TSB (ME) PJ. Apabila dijumlahkan sebanyak RM40,000.00. Saya tidak membenarkan pembayaran ini.

7). Pengerusi telah memohon jalan-jalan alternatif. Tetapi perkara yang sama juga berlaku. Seterusnya Pengerusi menggunakan kuasa yang ada, berbudibicara dengan pihak-pihak tertentu maka akhirnya mendapat laluan menyusur rezab Sg Mampong. Kini kerja-kerja membuat laluan sedang dijalankan dalam keadaan cuaca yang lembab.

3. Penghargaan

Saya ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kerana sumbangan tenaga dan kesungguhan berkerjasama yang telah diberikan demi perjalanan projek ini. Mereka ialah:

1) Setiausaha, Puan Rosmah binti Pilus

2) AJK, Hj Hanizan bin Kidam (Ali)

3) AJK, Haji Mahfudz bin Haji Baba,

4) Bendahari, En Abd Rashid bin Abu Talib

5) AJK, Haji Mohammad Kamal bin Hj Mohd Mahfudz.

6) The Glorious Woodwork Sdn Bhd.

Pihak-pihak berkuasa tempatan ialah:

1) YBhg Tn Hj Mohd Rawi bin Baharom, Pegawai Daerah.

2) Tn Hj Zubir bin Khalid, Penguasa Daerah, Perparitan & Saliran

3) En Sallehuddin bin Mohd Noor, Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan)

4) Puan Nor Rahila binti Mohd Yusof, Pengurus Besar, Pertubuhan Peladang Kawasan.


4. Syor

Sekali lagi saya sebagai Pengerusi menyeru, sama-sama kita berusaha demi kebaikan masyarakat setempat
menjurus berbakti kepada bangsa, Negara dan Agama. Usah timbulkan permasalahan.


5. Penutup

Diharap laporan ini akan menyedarkan kesemua AJK dan peserta-peserta akan kesungguhan kita
melaksanakan projek TSB (ME) PJ ini.


Sekian laporan saya.



Hajah Rokizan binti Haji Ibrahim
Pengerusi
TSB (ME) Perigi Jernih

26hb April, 2010
Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

1 comments: on "Laporan Projek oleh Pengerusi TSB(ME) PJ, 26hb April, 2010."

Unknown said...

Salam..

Terima kasih atas info yang dikemukakan oleh pihak pengerusi dalam memaklumkan progress aktiviti yang berlangsung.

Saya ingin mengesyorkan kepada pihak Pengerusi agar pada masa akan datang, jika ada aktiviti yang melibatkan para AJK, maklumkanlah di dalam blog ini agar para AJK dapat bersama hadir untuk membantu apa yang patut.

Mungkin tidak ramai yang akan datang tetapi perlu juga dimaklumkan agar AJK akan alert dengan aktiviti yang akan dilaksanakan dalam projek ini.

Harap cadangan saya ini mendapat respond daripada pihak pengerusi. saya juga berharap agar semua AJK akan terus bersatu dalam projek ini sehingga mendapat manfaat bersama.

Wasalam...

Post a Comment