Friday, February 3, 2012

Minit Mesyuarat

MINIT MESYUARAT AJK(SKELETON)
PROJEK TANAM SEMULA BERKELOMPOK
(MINI ESTET) PERIGI JERNIH, TSB (ME) PJ
MEMBINCANGKAN MENGENAI PENYELENGGARAAN


Tarikh : 20 Oktober 2011
Masa : 3.00 petang
Tempat : Bilik Gerakan RISDA, Tampin

Kehadiran:

1. Hjh. Rokizan Bt Hj. Ibrahim (Pengerusi)
2. Hj. Mohd Mahfudz B Hj. Baba (AJK)
3. Hj. Abdul Hanizan B Kidam (AJK)
4. Hj. Abdul Rahmid B Kidam (AJK)
5. Pn. Rosmah Bt Pilus (Setiausaha)

Turut Hadir:

1. Tuan Syed Rashid B Syed Mohammad (Peg. Tanam Semula RISDA
Negeri Sembilan Selatan)
2. Hj. Mansur B Abd. Kadir (Peg. RISDA Rembau)
3. En. Eg Fee Hiong (Glorious Wood Work Sdn. Bhd.)


1. Ucapan Pengerusi

Pengerusi mengalu-alukan kedatangan semua. Salam dan terima kasih di atas kesudian AJK dan Pegawa-Pegawaii RISDA yang dijemput untuk membincangkan perkembangan projek TSB (ME) PJ kesinambungan daripada Mesyuarat AJK yang telah diadakan pada minggu lepas, 11hb Oktober, 2011. Banyak masalah yang timbul dan perlu di atasi bersama.



2. Ucapan Tuan Syed Rashid Bin Syed Mohammad

Beliau menjelaskan mempunyai masa satu jam sahaja untuk hadir mesyuarat ini. Kita cuma perlu bincangkan perkara penyelenggaraan sahaja.

3. Perkembangan Projek

3.1 Anak Benih

a) Sebanyak 3,900 anak pokok lagi yang diperlukan keseluruhan untuk penanaman dan bekalan 4,000 untuk menyulam.

b) Tuan Hj. Mansur menerangkan bahawa pihak RISDA akan memohon anak benih tersebut termasuk untuk tujuan sulaman dan keseluruhannya berjumlah 8,000 anak pokok.


c) Satu lot 1226 Sabiah Labuh yang telah ditanam tetapi permohonan belum dibuat oleh kerana kesilapan teknik. Permohonan telah dikemukan kepada En. Khairul Sifaq.

d) Lot 743 telah ditolak dalam mesyuarat lepas kerana tidak relevan/sesuai untuk penanaman kerana persempadanannya dan kos perlu diambil kira.


e) Lot 864 tidak terdapat dalam rekod walaupun permohonan telah dihantar. Namun kerja-kerja di lot ini telah dilakukan.

3.2 Persempadanan

a) Persempadanan kawasan akan dilakukan oleh pakar berlesen dengan kos yang paling rendah. Mesyuarat telah bersetuju anggaran kos adalah RM 90/ekar.
Tindakan Tuan Syed Rashid/AJK

b) Penandaan sempadan yang hilang akan diganti.
Tindakan AJK
c) Bayaran ditanggung oleh RISDA melalui duit bantuan.
Tindakan Risda

4. Penyelenggaraan Ladang

4.1 Benih pokok 15% mati kerana cuaca, penyakit anak pokok dan pencorobohan oleh kambing. Benih yang mati akan disulam.

4.2 Meracun pusingan ke tiga akan dilakukan pada bulan Disember 2011.

4.3 Kecekapan kontraktor melaksanakan segera penanaman. Ini dituntut oleh pihak jawatankuasa walaupun sistem penghantaran anak benih pokok tidak tersusun.

5. Keadaan Fizikal Ladang

5.1 Pagar Dawai Bergulung

a) Kontraktor di arahkan untuk memasang pagar dawai bergulung di kawasan yang telah dikenalpasti kawasan kambing-kambing masuk.

b) Harga yang dicadangkan:
(i) RM 150.00 / 100m menggunakan pagar
(ii) RM 100.00 / 100m tanpa menggunakan pagar
Tindakan AJK/pemborong

5.2 Pintu Besi

Ada pintu-pintu perlu dialihkan ke kawasan yang telah dikenalpasti tanpa upah kos dilakukan oleh kontraktor.
Tindakan AJK/pemborong

5.3 Jalan
Jalan yang berlubang akibat daripada hakisan diperbaiki dengan menggunakan traktor.
Tindakan Kontraktor dan AJK

5.4 Parit
Perparitan akan diperbaiki serentak bersama jalan kebun dalam tempoh masa 2 hari kerja.
Tindakan Kontraktor dan AJK

5.5 Elaun Memantau AJK

Elaun dibayar dari duit tabung sehari RM 10.00 sahaja dan sebulan hanya RM 50.00 sahaja dan boleh dituntut oleh AJK
Tindakan AJK/Bendahari

6. Isu-Isu Semasa

6.1 Pihak RISDA bercadang untuk mengadakan program kempen membaja atau cara menoreh. Mesyuarat Agong dalam waktu terdekat dan akan dibincangkan lagi.

6.2 8,000 benih anak pokok yang akan dibekalkan melengkapkan proses penanaman dan sulaman TSB (ME) PJ.

6.3 Laman blog TSB (ME) PJ sentiasa dikemaskini dan semoga blog TSB kita menjadi contoh untuk TSB yang lain.

7. Ucapan Penagguhan

Pengerusi mengucapkan terima kasih sekali lagi kepada semua. Lebih-lebih lagi kepada Tuan Syed walaupun kesuntukan masa dan masih mampu memberi ruang untuk bermesyuarat bagi membincangkan perkembangan/penyelenggaraan projek.

Mesyuarat ditangguhakan pada jam 4.07 petang.


Disediakan Oleh,

………………………………..
(ROSMAH BT PILUS)
Setiausaha
Tanam Semula Berkelompok
(Mini Estate) Perigi Jernih


Disemak Oleh,

................
(HJH. ROKIZAN BT HJ. IBRAHIM)
Pengerusi
Tanam Semula Berkelompok
(Mini Estet)Perigi Jernih
Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 comments: on "Minit Mesyuarat"

Post a Comment