Friday, February 3, 2012

TSB (ME) PJ Terpilih Untuk Program Membaja Peringkat Negeri Sembilan

MAKLUMAN

Pada 7hb Disember, 2011 Pengerusi dan beberapa orang AJK telah dijemput hadir ke satu mesyuarat di adakan di Pejabat RISDA Tampin. Mesyuarat telah dihadiri ramai pegawai-pegawai Kanan dan kakitangan RISDA. Tujuan mesyuarat ialah memberitahui kami tentang pemilihan antara TSB(ME) Perigi Jernih dan TSB Sungai Layang akan ke peringkat Negeri Sembilan untuk Program Membaja RISDA. Akhirnya mesyuarat telah memilih TSB (ME) Perigi Jernih. Pengerusi dan AJK amat rasa bersyukur ke hadrat Allah s.w.t.

Tarikh Program Membaja Peringkat Negeri Sembilan akan diadakan pada Isnin 21 Disember, 2011. Dengan notis yang singkat RISDA telah bertungkus lumus membuat persiapan. Kami diberitahu persiapan sebagaimana menyambut YAB Menteri Besar yang akan meresmikan program ini nanti. Kami kagum dengan perbelanjaan yang besar. Semenjak daripada itu kerja-kerja persiapan dilakukan terus menerus sehingga hari sebenar. Kami Ahli-Ahli Jawatankuasa bergilir-gilir hadirkan diri tanda sentiasa memberi sokongan kepada RISDA.

Dilaporkan oleh,
Pengerusi.
Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

1 comments: on "TSB (ME) PJ Terpilih Untuk Program Membaja Peringkat Negeri Sembilan"

daelanvalenta said...

Borgata Hotel Casino & Spa - Trip.com
A 평택 출장마사지 stay at Borgata 정읍 출장안마 Hotel Casino & Spa places 경산 출장안마 you in the 제천 출장안마 heart of Atlantic City, 파주 출장마사지 steps from Hard Rock International Airport and minutes  Rating: 4.2 · ‎9 reviews

Post a Comment