Sunday, February 7, 2010

Sukacita kami rakamkan surat-surat yang mencetus projek Tanaman Semula Berkelompok (Mini Estet) Perigi Jernih {TSB (ME) PJ} ini.

Lot 1589, Km 1.5, Jalan Chembong-Rantau,
71300 Rembau,
Negeri Sembilan

Tel. 019-6647460
06-6858543 (Rumah)

19 April, 2009

Fail Kami: GR/TSBPJ

Tuan,



Cadangan Projek Tanaman Semula Berkelompok oleh Risda,
Mini Estet Bukit Tinggam, PerigiJernih Rembau, Negeri Sembilan
______________________________________________________________

Merujuk kepada perkara diatas, Projek Mini Estet Risda yang sedia ada selama 25 tahun telah tamat tempuhnya. Sehubungan dengan itu kami berhasrat dan mengesyur supaya dapat kita bersama-sama membuat tanaman semula.

2. Dengan hal yang demikian kami ingin menjemput tuan/wakil hadir mesyuarat untuk membincangkan perkara tersebut:

Tarikh : 3hb Mei, 2009, Ahad

Masa : 3.00 petang

Tempat : di Surau Kg Perigi Jernih, Rembau, Negeri Sembilan.

3. Kerjasama tuan/puan diucapan terima kasih. Semoga dengan cara ini sama-sama kita dapat menyumbang kepada peningkatan ekonomi diri, negeri seterusnya negara.



Saya yang benar,



Hajah Rokizan binti Haji Ibrahim (Amy)
(Lot tanah 1201 & 848)
Peneraju

-------------------------------------------------------------------------------------



Kertas Cadangan Menanam Semula Ladang-Ladang Bukit Tinggam, Perigi Jernih, Rembau, Negeri Sembilan - 3 Mei 2009
_________________________________________________________________________

Pendahuluan

Ladang-Ladang kita yang telah dijadikan Mini Estet dengan kerjasama anak syarikat Risda selama tempuh 25 tahun sebagaimana surat perjanjian telahpun tamat tempuhnya. Saya sebagai salah seorang tuan milik lot ladang rasa terpanggil untuk sama-sama kita dapat memikirkan supaya mendapat produktiviti.

Keadaan semasa

Keadaan Mini estet tersebut telah menjadi hutan. Pokok-pokok getah tua masih ditoreh telah sampai ke pucuk menggunakan galah-galah tinggi. Susu getah dialurkan daripada atas ke bawah menggunakan benang yang panjang. Dalam erti kata lain di penghujung hayat pokok-pokok getah tersebut pihak tertentu telah menfaatkan dengan maksimum untuk mendapatkan hasil yang masih berbaki.

Pendekatan tanam Semula:

i. Tanaman Semula Individu TSI

ii. Tanam Semula Komersial TSK

iii. Tanam Semula Berkelompok TSB


Syor

Sama-sama kita memikirkan yang terbaik agar kita dapat menyumbang kepada peningkatan ekonomi diri, negeri seterusnya negara.


Penutup

Diharap perjumpaan kita ini akan membawa manfaat dan barakah.


Disediakan Oleh:
Hajah Rokizan binti Haji Ibrahim
Peneraju





Minit Mesyuarat Membentangkan Cadangan Projek Tanaman Semula Berkelompok oleh Risda, Kebun-Kebun Kecil Kg Perigi Jernih, Mukim Tanjung Keling, Rembau, Negeri Sembilan pada Ahad, 03hb Mei, 2009, di Surau Kg Perigi Jernih, Rembau, Negeri Sembilan.

1. Kehadiran

Seramai 80 orang empunya tanah/wakil daripada 95 nama senarai ahli-ahli (ada yang mempunyai lebih daripada satu lot).

2. Pendahuluan

Mesyuarat bermula pada jam 3.15 petang. Puan Hajah Rokizan bt Haji Ibrahim sebagai Pengerusi Majlis memperkenalkan diri beliau serta mengalu-alukan kedatangan para hadirin yang datang dari jauh dan dekat.

Pengerusi juga menyatakan kepada hadirin tentang objektif mesyuarat iaitu untuk memberi taklimat tentang Kertas Cadangan Tanaman Semula perkara diatas.

3. a. Pembentangan

i. Ladang-Ladang yang telah diusahakan oleh Risda cara/kaedah Mini Estet dengan kerjasama anak syarikat Risda selama tempuh 25 tahun sebagaimana surat perjanjian telahpun tamat tempuhnya. Beliau sebagai salah seorang tuan milik lot ladang rasa terpanggil untuk bersama-sama hadirin dapat memikirkan supaya dapat menambah produktiviti ladang tersebut.

ii. Keadaan Mini estet tersebut telah menjadi hutan. Pokok- pokok getah tua masih ditoreh telah sampai ke pucuk menggunakan galah-galah tinggi. Susu getah dialurkan daripada atas ke bawah menggunakan benang yang panjang. Dalam erti kata lain di penghujung hayat pokok-pokok getah tersebut pihak tertentu telah menfaatkan dengan maksimum untuk mendapatkan hasil yang masih berbaki.

b. Pendekatan Tanaman Semula oleh Risda

i. Tanaman Semula Individu TSI
ii. Tanam Semula Komercial TSK
iii. Tanam Semula Berkelompok TSB

4. Kesimpulan mesyuarat

a. Ahli-Ahli Jawatankuasa Mini Estet tersebut tidak wujud lagi. Kebanyakan telah meninggal dunia dan tidak diganti. Sehubungan dengan itu mesyuarat telah bersetuju melantik Pengerusi dan Ahli-Ahli Jawatakuasa Baru Sementara. Seperti di Lampiran 1

b. Pengerusi membawa usul hutang-hutang dimansuhkan oleh Mini Estet kerana pada lojiknya tiada lagi hutang setelah tamat tempuh.

c. Mesyuarat sebulat suara menerima baik cadangan menaman semula getah/sawit oleh Risda dengan cara berkelompok (TSB)

d. Pengerusi dan Ahli-ahli Jawatankuasa Sementara akan berhubung dengan pihak Risda untuk proses seterusnya.


5. Persetujuan

Hadirin yang hadir telah menerima baik cadangan serta bersetuju untuk memberi mandat, sokongan dan akan sentiasa berkerjasama dengan Pengerusi dan Ahli-ahli Jawatankuasa sementara demi untuk menjayakan projek ini. Berikutnya lima tahun kemudian akan berunding semula membuat penyerahan atau sebagainya kepada tuan-tuan punya tanah.

6. Penutup.

Pengerusi sekali lagi mengucapkan berbanyak tarima kasih kepada hadirin dengan sokongan mereka. Beliau telah meminta hadirin mengemaskinikan nama, alamat dan nombor telefon pada borang-borang yang telah disediakan. Ini bertujuan untuk memudahkan komunikasi pada masa-masa yang akan datang. Beliau mengingatkan supaya mereka yang balik jauh ke tempat masing-masing berhati-hati di jalan raya supaya selamat. Mesyuarat-mesyuarat akan datang akan diberitahu kelak. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.15 petang.


Disediakan oleh:

Hajah Rokizan binti Haji Ibrahim
Peneraju Projek
Dengan kerjasama
Puan Noorani bt Md Nasir
Setiausaha Sementara.




Lampiran 1


Senarai nama-nama AJK Sementara

Pengerusi : Hajah Rokizan binti Haji Ibrahim

AJK : Yg Berhormat Dato Mohamad Hidhir bin Abu Hasan
Hají Mohd Mahfudz bin Hají Baba
Haji Abd Rahmid bin Kidam
Haji Abd Hamid bin Yasin
Haji Abdul Hanizan bin Kidam
Abdul Rashid bin Abdul Talib
Mohd Rizal bin Mohd Alway
Azhar bin Mohd Nasir
Arfisyam bin Abdul Hadi
Jamaludin bin Abd Ghani
Puan Rosmah bt Pilus.
Setiausaha Puan Nooraini bt Mohd Nasir



________________________________________________________________________________




Minit Mesyuarat Projek Tanaman Semula Berkelompok oleh Risda, Kebun-Kebun Kecil Kg Perigi Jernih, Mukim Tanjung Keling, Rembau, Negeri Sembilan pada Ahad, 13hb Jun, 2009, di Pejabat Stesen Risda , Rembau, Negeri Sembilan.

1. Kehadiran

Seramai 70 orang empunya tanah/wakil daripada 95 nama senarai ahli-ahli (ada yang mempunyai lebih daripada satu lot).

2. Pendahuluan

Puan Hajah Rokizan bt Haji Ibrahim menyemak hadirin yang hadir. Kemudian diserahkan kepada Pengerusi Majlis iaitu Tuan Haji Mansor Ketua Stesen Risda Rembau. Mesyuarat bermula pada 9.35 pagi.

3. Kandungan.

Pegawai Tanam Semula Negeri Sembilan Selatan Tuan Syed Rashid telah memberi penerangan dengan panjang lebar mengenai Tanaman Semula Berkelompok. Ianya adalah projek ahli-ahli sendiri yang melantik Pengerusi dan barisan Ahli-ahli Jawatankuasa yang diberi mandat dan kepercayaan untuk mengurus. Pihak Risda bertindak sebagai penasihat dan sentiasa memantau serta memberi sokongan terhadap projek TSB ini.

Beliau juga menerangkan tanaman semula getah dan kelapa sawit. Berbagai pro dan kontra telah disampaikan.

Mulai hari ini pihak Risda dan Ahli-ahli semua boleh meneruskan kempen mengenai tanaman semula ini. Jangka masa tanaman akan dimulakan tahun hadapan iaitu tahun 2010. Ada masa lagi bagi Ahli-ahli jawatankuasa dan ahli-ahli semua memikirkan tanaman yang hendak dipilih.

Seterusnya beliau menegaskan secara automatik Projek Mini Estet selama 25 tahun telah berakhir dan ahli-ahli tiada lagi menanggung hutang piutang.

4. Perbincangan

Berbagai-bagai persoalan telah dibincangkan dan telah berjalan dengan baik tanpa sebarang kekecuhan. Ini telah menunjukkan kematangan berfikir ahli-ahli dan wakil mereka yang terdiri daripada empat generasi. Antara lain yang disentuh mengenai komoditi getah dan sawit.

Bagi generasi lama projek ini adalah untuk anak-anak mereka sedangkan generasi muda pula berpendapat ada baiknya ahli-ahli sendiri boleh memperolehi habuannya dengan tanaman sawit yang lebih cepat mendapat hasil.

Kaveat gran tanah hendaklah dilakukan secara berkelompok dan akan diuruskan oleh Risda. Bayaran RM40.00 akan dikenakan oleh Pejabat Tanah Rembau.

Bagi siapa yang telah hilang geran tanah boleh dapatkan surat daripada pihak Risda untuk mendapatkan carian resmi dengan percuma.

5. Perlantikan Pengerusi dan AJK TSB.

Perlantikan ini telah disahkan oleh pihak Risda.

Pengerusi - Hajah Rokizan binti Haji Ibrahim

AJK - Yg Berhormat Dato Mohamad Hidhir bin Abu Hasan
- Haji Mohd Mahfudz bin Haji Baba
- Haji Abd Rahmid bin Kidam
- Haji Abd Hamid bin Yasin
- Haji Abdul Hanizan bin Kidam
- Puan Nooraini bt Mohd Nasir
- Mohd Rizal bin Mohd Alway
- Azhar bin Mohd Nasir
- Arfisyam bin Abd Hadi
- Mohammad Kamal bin Mohd Mahfudz
- Jamaludin bin Abd Ghani
Bendahari - Abdul Rashid bin Abu Talib
Setiausaha - Puan Rosmah binti Pilus

Pemeriksa Kira-Kira - Mohd Ramli bin Ahmad

6. Pengisian Borang Mohon Tanam Semula.

Tuan Pengerusi Majlis menekankan demi memudahkan ahli yang tinggal jauh dari Rembau supaya mengisi borang Tanam Semula Risda selepas mesyuarat. Ramai yang telah berbuat demikian.

7. Penutup.

Mesyuarat telah ditangguh pada jam 12.30 tengahari dan diakhiri dengan jamuan makan tengahari.

Disediakan oleh


Rosmah binti Pilus
Setiausaha
Disahkan oleh Pengerusi


_____________________________________________________________________________




Lot 1589, Km 1.5, Jalan Chembong-Rantau,
71300 Rembau,
Negeri Sembilan

Tel. 019-6647460
06-6858543 (Rumah)

02 Januari, 2010

Fail Kami: GR/TSB (ME)PJ

Tuan,



NOTIS AKHIR
Projek Tanam Semula Berkelompok oleh Risda,
Mini Estet Bukit Tinggam, Perigi Jernih
Rembau, Negeri Sembilan
___________________________________________________

Rujuk: Surat-surat kami terdahulu GR/TSBPJ.

Merujuk kepada perkara diatas, Projek Mini Estet Risda yang sedia ada selama 25 tahun telah tamat tempuhnya. Sehubungan dengan itu kami bersama Jawatankuasa-Jawatankuasa yang di pilih dengan kerjasama Risda akan melaksanakan projek Tanam Semula Berkelompok tersebut.

Oleh kerana nama anda ada di dalam senarai kami maka kami memberitahu notis terakhir ini. Setakat ini kami belum menerima sebarang jawapan atau tindak balas daripada pihak tuan. Jikalau tuan berminat menyetai projek Tanam Semula Berkelompok ini sila dapatkan borang permohonan yang boleh di dapati di mana-mana Pejabat Stesen Risda yang berhampiran. Setelah dilengkapkan sila kembalikan ke Pejabat Stesen Risda Rembau DENGAN SEGERA. Untuk makluman terkini, bayaran-bayaran pokok getah kepada tuan-tuan tanah akan dibuat dalam masa terdekat.

Jika kami tiada menerima sebarang jawapan daripada tuan selepas NOTIS ini, Lot tuan tidak akan dimasukan ke dalam projek ini dan kami tidak akan bertanggungjawab ke atasnya kelak.

Saya yang benar,


Hajah Rokizan binti Haji Ibrahim (Amy)
Pengerusi

Salinan kepada: Ketua Unit, Setesen Risda Rembau, Negeri Sembilan.

Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 comments: on "Sukacita kami rakamkan surat-surat yang mencetus projek Tanaman Semula Berkelompok (Mini Estet) Perigi Jernih {TSB (ME) PJ} ini."

Post a Comment