Tuesday, February 23, 2010

Dirakamkan MM AJK Ke-2

MINIT MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA
PROJEK TANAM SEMULA BERKELOMPOK
(MINI ESTET) PERIGI JERNIH {TSB (ME) PJ}

Tarikh : 29hb Januari 2010 ( Jumaat )
Masa : 9.30 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat RISDA Rembau


Kehadiran:

Hajah Rokizan binti Haji Ibrahim - Pengerusi
Tuan Syed Rashid bin Syed Mohamad - Pegawai Tanam Semula RISDA
Encik Aziz bin Sidek - Wakil RISDA
Haji Mohd Mahfudz bin Haji Baba - AJK
Haji Abd Rahmid bin Kidam - AJK
Haji Abd Hanizan bin Kidam - AJK
Haji Abd Hamid bin Yasin - AJK
Encik Mohd Rizal bin Mohd Alway - AJK
Encik Jamaludin bin Abd Ghani - AJK
Puan Nooraini binti Mohd Nasir - AJK
Encik Azhar bin Mohd Nasir - AJK
Encik Abdul Rashid bin Abu Talib - Bendahari
Puan Rosmah binti Pilus - Setiausaha

Tidak hadir:

YB Dato Mohd Hidhir bin Abu Hasan (dengan izin) - AJK
Haji Mohd Kamal bin Haji Mohd Mahfudz ( ” ) - AJK
Encik Arfisyam bin Abd Hadi ( ” ) - AJK

Pemeriksa kira-kira:

Haji Mohd Ramli bin Haji Ahmad


1. Pendahuluan

. Pengerusi mengucapkan terima kasih di atas kehadiran AJK yang amat memberansangkan pada mesyuarat tergempar ini. Ini memberikan semangat bagi beliau berusaha sambil mengajak kesemua AJK merapatkan barisan untuk terus bekerjasama untuk melaksanakan projek ini dengan cemerlang.

Beliau juga memberitahu bahawa Laman Blog projek kita ialah http://www. tsbperigijernih.blogspot.com. Sila layari dan menfaatkan sepenuhnya untuk sesesama kita berinteraksi. Semua peserta TSB (ME) PJ juga digalakan melayarinya supaya boleh megetahui semua perkembangan projek. Beliau juga menyarankan supaya semua AJK dan pihak RISDA agar mempunyai e-mel sendiri bagi memudahkan kerja-kerja berhubung seperti surat- menyurat dan sebagainya.

2. Ucapan Tuan Syed Rashid – Pegawai Tanam Semula.

Beliau juga turut gembira dan berterima kasih di atas kehadiran AJK yang amat baik bagi tahun baru 2010. Beliau menyatakan bahawa beliau yang meminta mengadakan mesyurat ini diadakan kerana keadaan semasa, mengenai projek ini semakin panas terutama dalam menentukan hala tuju pemilihan pemborong..

Jelas beliau lagi, mengikut prosedur selepas proses borang-borang pemohonan diluluskan, kad putih akan dikeluarkan atas nama-nama pemohon kepada Pengerusi. Kemudian, Jadual Kerja-Kerja yang telah dirancang oleh AJK boleh diteruskan dengan nasihat dan kerjasama RISDA. Dalam masa yang sama RISDA plantation akan memberhentikan penorehan getah yang sedia ada.

Sebelum proses penebangan bermula, pembayaran pokok akan dibuat kepada tuan-tuan empunya tanah.

3. Laporan TSB (ME) PJ oleh Pegawai Risda

Encik Abdul Aziz bin Sidek memberi laporan bahawa 76 lot kesemuanya:

50 pemohonan peserta telah menghantar borang pemohonan dengan lengkap.

16 peserta telah mengambil borang permohonan tetapi masih belum mengembalikannya ke pelabat RISDA.

7 peserta masih tiada jawapan walaupun telah dihubungi.

3 peserta tidak dapat dikesan.



4. Perbincangan

a. Pencarian Batu Sempadan. Mengenai Batu Sempadan akan diserah kepada kontraktor untuk penandaan semula. Ini termasuk menentukan lot-lot tanah yang tidak masuk dalam projek Mini Estet dahulu.

b. Dividen. Terdapat berlakunya lagi torehan pada pokok-pokok getah hingga kini maka sepatutnya dibayar oleh RISDA Pantation kepada pemilik-pemilik tetapi dividen akhir dibayar pada November 2009.

c. Borang tender. RISDA akan keluarkan borang tender bernilai RM
50.00 setiap satu. Tender Tertutup (Close Tender) akan diserahkan kepada pemborong yang berwibawa, berkelayakan dan mempunyai rekod yang baik dalam senarai RISDA berasaskan dasar sedia ada oleh Kerajaan.

d. Lawatan kawasan kebun. Telah dilakukan pada 3hb. Febuari 2010 jam 9.00 pagi beserta 17 orang terdiri daripada Pegawai-Pegawai Risda, Pengerusi, beberapa orang Ahli Jawatankausa dan peserta-peserta.


e. Jadual kerja TSB(ME)PJ


PROGRAM

Lawatan ke projek TSBMEPJ
Sebutharga daripada pemborong
Pemilihan pemborong
Award tender
Kerja penebangan bermula.


f. Masalah ternakan di persekitan projek. Terdapat banyak ternakan liar di persekitaran kawasan projek seperti Kerbau, Lembu, Kambing. Lazimnya akan terjadi juga pemotongan pagar kawat oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Mesyuarat telah bersetuju:

- Sistem perparitan diguna pakai untuk mengatasi masalah ternakan dan pemotongan kawat.

- Ciri-ciri saiz parit : lebar atas - 10 kaki
lebar dasar - 4 kaki
kedalaman - 6 kaki

- Pemasangan pagar kawat cuma di kawasan berhampiran rumah - rumah di persekitaran dan mana perlu sahaja.
- Kos pembinaan parit jauh lebih murah daripada pagar.
.
Kos perparitan RM 120.00 / rantai
Kos pagar RM 200.00 / rantai


g. Jalan-jalan sedia ada di Ladang.

- Jalan keluar dan masuk di tapak projek hendaklah diuruskan oleh pemborong dengan mendapat kelulusan Majlis Daerah Rembau. Sebaik mungkin Jalan-Jalan Kampung tidak diganggu.

- Jalan-jalan di dalam kebun yang sedia ada akan dikekalkan.


5. Hal-hal lain.

a. Kursus untuk AJK TSB(ME)PJ.
Objektif penghantaran kursus ini oleh RISDA ialah penekanan bina insan untuk produktiviti seperti peningkatan ilmu dan kemudahan teknologi penorehan. Pengangkutan, penginapan dan makan dibiaya oleh RISDA. Pemilihan tarih terpulang kepada semua

- Jadual kursus:

a). Kursus Pengurusan Tanam Semula Berkelompok
Tarikh : 22hb. Mac – 25hb. Mac 2010
31hb Mei – 3hb Jun 2010
26hb Julai – 29hb Julai 2010
18hb Okt – 21hb Okt 2010

b). Kursus Amalan Penanaman Getah Muda
Tarikh : 1hb Feb – 4hb Feb 2010
1hb Mac – 4hb Mac 2010
5hb April – 8hb April 2010
3hb Mei – 6hb Mei 2010
14hb Jun – 17hb Jun 2010
5hb Julai – 8hb Julai 2010
2hb.Ogos – 5hb. Ogos 2010
4hb. Okt - 7hb. Okt 2010

c. Kewangan.

- Mesyuarat telah bersetuju bahawa Akuan Bank diatas nama ........ ditandatangani oleh:

1). Pengerusi
2) Setiausaha
3). Bendahari

- Pengeluaran wang bernilai kurang dari RM20,000.00 boleh ditandatangani oleh dua daripada tiga yang tersenarai diatas dan pengerusi tetap ada.

- Pengeluaran melebihi RM20,000.00 mesti dibuat oleh ketiga- tiganya.

- Semua pembayaran yang dibuat adalah diputuskan dalam mesyuarat.
.

6. Ucapan penangguhan.

Pengerusi sekali lagi mengucapkan berbanyak terima kasih kepada hadirin semua dan memohon maaf jika ada sebarang kata-kata beliau dalam menyaran dan melaksanakan tugas-tugas agar kita sentiasa produktif. Moga-moga diberkati Allah. Mesyuarat ditangguhkan jam 11.30 pagi.



Disediakan oleh:




Rosmah bt Hají Pilus
Setiausaha

17 Feb 2010


Disemak Oleh:

Hajah Rokizan binti Hají Ibrahim
Pengerusi
17 Feb 2010

TSB (ME) PJ

Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 comments: on "Dirakamkan MM AJK Ke-2"

Post a Comment