Sunday, February 7, 2010

Rakaman Minit Mesyuarat AJK pertama.

MINIT MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA
PROJEK TANAM SEMULA BERKELOMPOK
MINI ESTET PERIGI JERNIH (TSB MEPJ)
06 November, 2009, jam 3.00 petang di Pejabat Stesen Risda , Rembau,
Negeri Sembilan.

Kehadiran:

Hajah Rokizan binti Haji Ibrahim - Pengerusi
Tuan Syed Rashid bin Syed Mohamad - Pegawai Tanam Semula RISDA
Encik Mohd Samsul bin Sali - Pemangku Ketua Stesen RISDA Rbau
Encik Abdul Aziz bi bin Sidek - Wakil Risda
Haji Mohd Mahfudz bin Haji Baba - AJK
Haji Abd Rahmid bin Kidam - AJK
Haji Abdul Hanizan bin Kidam - AJK
Encik Mohd Rizal bin Mohd Alway - AJK
Haji Mohammad Kamal bin HajiMohd Mahfudz - AJK
Encik Jamaludin bin Abd Ghani - AJK
Puan Rosmah binti Hají Pilus - Setiausaha

Tidak Hadir

YB Dato Mohamad Hidhir bin Abu Hasan
dengan izin) - AJK
Puan Nooraini bt Mohd Nasir (dengan izin) - AJK
Haji Abd Hamid bin Yasin - AJK
Encik Azhar bin Mat Nasir (dengan izin) - AJK
Encik Arfisyam bin Abd Hadi (dengan izin) - AJK

Encik Abdul Rashid bin Abu Talib - Bendahari

Makluman:

Haji Mohd Ramli bin Haji Ahmad - Pemeriksa Kira-Kira



1. Pendahuluan.

Puan Pengerusi mengalu-alukan dan berterima kasih di atas kedatangan Tuan Syed Rashid, Pegawai Tanam Semula RISDA, Negeri Sembilan Selatan, para-para wakil RISDA dan para AJK ke mesyuarat yang pertama kali diadakan. Beliau juga turut mengingatkan kepara AJK tugas dan tanggungjawab besar dan berat yang menanti, perlu dipikul untuk menjayakan projek ini. Namun kerja-kerja murni ini adalah bersifat sukarela demi kebaikan yang boleh membantu menjana peningkatan pendapatan ahli-ahli peserta yang terdiri daripada masyarakat setempat kampung kita. Semoga usaha-usaha yang kita lakukan diberkati Allah Subhanahuwataala.

Sebelum memulakan perbincangan, bacaan doa selamat dan salam kepada arwah-arwah yang telah meninggalkan harta kepada kita, telah disempurnakan oleh Tuan Haji Rahmid bin Kidam.

2. Ucapan Pegawai RISDA Tuan Syed Rashid b. Syed Mohamad.

Salam dan selamat bermesyuarat kepada Ahli Jawatankuasa. Beliau merakamkan rasa bangga dan menghargai akan kesungguhan Ahli Jawatankuasa untuk menjayakan projek ini. Sistem teknologi terkini seperti email, SMS, blog dsb. yang digunakan oleh Pengerusi akan memudahkan pengurusan dan gerak kerja projek ini.

Beliau turut menyentuh mengenai pengalamannya dalam mengendalikan projek-projek terdahulu. Perkara penting yang perlu ditekankan ialah masalah perihal situasi ahli-ahli, melaksanakan projek, hasil-hasil keuntungan dan jadual kerja agar projek berjalan lancar.

3. Pembentangan perkembangan projek.

Pihak RISDA telah menerima sebanyak 46 lot permohonan peserta-peserta daripada 76 lot. Terdapat juga individu-individu lain di persekitaran lot-lot berhampiran projek ini yang ingin menyertai dan kita mengalu-alukannya. Pengerusi menyarankan agar diperhebatkan lagi kempen TSB ME PJ ini. Satu senarai nama-nama yang berbaki 30 lagi akan diberi kepada AJK.
Tindakan: Pengerusi & En Abdul Aziz bin Sidek

Pihak RISDA akan mengeluarkan surat pembatalan kaveat tersebut kepada peserta-peserta. Mereka perlu membawa surat berkenaan ke Pejabat Tanah Rembau untuk pembatalan kaveat dengan bayaran sebanyak RM60.00

Tindakan: En Abdul Aziz bin Sidek & semua peserta

Dimaklumkan kepada kontraktor yang dipertanggungjawab kelak agar mencari jalan masuk-keluar di kawasan projek untuk pengendalian kerja laluan jentera berat.

Tindakan: Pengerusi
4. Pembentangan kerja.
(*Sila juga lihat Jadual kerja di Lampiran 1)

(1) Pihak RISDA akan memberi notis tamat kerja-kerja menoreh di kawasan lot-lot projek oleh syarikat yang dipertanggungjawabkan. Tarikh akhir kerja pada 31hb Disember, 2009. Bayaran terakhir kepada perserta MEPJ ialah pada Januari, 2010.
Tindakan: Tuan Syed Rashid

(2) Mesyuarat telah memutuskan tarikh akhir pihak RISDA menerima permohonan TSB MEPJ ialah 31 DISEMBER 2009. Walaubagaimanapun selagi pihak kontraktor belum memulakan kerja-kerja memagar kawasan, permohononan lewat masih boleh dipertimbangkan.

(3) Lawatan ke kebun akan dilaksanakan bermula 15 – 31 Disember 2009. Sekurang-kurangnya 10 lot sehari dikenalpasti (tanda batu-batu sempadan) oleh tuan tanah dan para waris.
Tindakan: En. Abdul Aziz b Sidek dan para peserta

(4) Proses melulusan permohonan oleh pihak RISDA bermula 1-15 Januari 2010.

(5) Tender dan sebutharga:

- Atas dasar Close Tender. Penebangan kayu getah dan kerja-kerja bermula 17 Februari, 2010.

- Kontraktor bertauliah dikenalpasti oleh pihak RISDA

- Kelulusan tender adalah berdasarkan keputusan bersama:
a. Pegawai RISDA
b. Pengerusi
c. Setiausaha
d. Bendahari
e. 2 orang AJK :
Tuan Haji Rahmid dan
Tuan Haji Hanizan.

(6) Jenis Tanaman Komoditi dicadangkan adalah Getah dan Kelapa Sawit. Walaubagaimanapun, ianya bergantung kepada pemilihan majoriti.

(7) Semua AJK dialu-alukan untuk mengikuti kursus Pekebun Kecil di IKPK Temerloh yang dibiayai sepenuhnya oleh RISDA. Jangka masa kursus selama 3 – 4 hari. Tarikh kursus akan diberitahu oleh pihak RISDA.


5. Hal-hal lain

(1) Pengerusi telah menyarankan bahawa kehadiran mesyuarat adalah penting. Diharapkan semua AJK dapat menghadirkan diri pada setiap mesyuarat diadakan. Mesyuarat-mesyuarat AJK pada masa akan datang diadakan pada hari Jumaat, jam 3.00 petang untuk kemudahan AJK yang bekerja di luar daerah untuk mengambil time-off atau cuti hujung minggu. (Notis mesyuarat akan diberitahu sekurang-kurangnya dua minggu sebelum).

(2) Pihak RISDA akan menyumbangkan wang insentif RM 2,000 untuk permulaan projek ini.

(3) Akaun projek TSB MEPJ akan dibuka.

(4) Tuan Syed Rashid mohon pihak AJK membentangkan Belanjawan Projek untuk 20 tahun.

(5) Dicadangkan untuk mengadakan Laman Blog Projek TSB MEPJ. Pembina blog akan diberi saguhati atas inisiatif itu.

Tindakan: Hj. Mohamad Kamal bin Hj. Mohd Mahfudz

(6) Kedudukan AJK diperlukan sehingga projek mengeluarkan hasil dalam jangka masa 5 tahun. Walaubagaimanapun, status AJK akan boleh digugurkan apabila mereka enggan memberi sumbangan lagi.

(7) Turut dibincangkan mengenai Penubuhan Tabung Kewangan Projek 50% 50%.

(8) Perundangan AJK juga dibincangkan. Tuan Syed Rashid dan kakitangannya akan membantu dalam penyediaan format.



6. Penutup.

Pengerusi mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Tuan Syed dan pada semua yang hadir. Semoga dengan komitmen semua AJK, hasrat murni pelaksanaan projek ini akan tercapai. Mesyuarat ditangguhkan 5.35 petang.




Disediakan oleh,
Puan Rosmah binti Hj. Pilus.

Dengan Kerjasama IT
En Arfisyam bin Abdul Hadi.

Di semak oleh,
Hajah Rokizan binti Haji Ibrahim
Pengerusi

Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

1 comments: on "Rakaman Minit Mesyuarat AJK pertama."

Unknown said...

Terima kasih atas info...

Post a Comment